tolong, hadirkan aku kembali pada ruang aku.
kembalikan aku pada bilik kecil itu.
kalau itu saja yang tinggal untuk aku lihat segalanya
biar memori itu berputar berlegar
segenap ruang sempit yang ada
biar
sebab aku mahu
kerana aku manusia lalai yang selalu terlupakan masa lalu
tentang betapa sucinya hati kudus yang pernah wujud suatu masa lalu
aku mahu
melihat
merasa
mendengar
jeritan-jeritan yang selama ini aku abaikan
jeritan yang seringkali diabaikan kewujudannya
jeritan yang seringkali terabaikan signifikasinya dalam rumus
rumus apa?
rumus hidup
aku mahu aku
aku mahu dia
aku mahu kamu
aku mahu kita
lihat
ya, cuba lihat
nampak atau tidak nampak?
tuu, di sana. ya, di sanalah.
ada sesuatu yang memanggil dari kejauhan
apa dia?
jeritan itulah.
belajar membaca.
belajar mendengar.
belajar memahami.
belajar bertindak.
tolong,
jangan diabaikan lagi jeritan itu
panduanlah itu, tidak tahukah?
mari. ikut aku, marilah.
tidak mahukah?
di suatu sudut bilik kecil itu,
ada sesuatu di situ,
berdarah berdenyut berlemak berlendir
busuk
panas
seolah amarah bersuara menyampaikan hasrat
"keluarkan aku dari sini!"
ya iya, jeritan itu juga,
tolong, jangan di abaikan.
mari, ke marilah.
usah takut.
ikut aku.
mari kita bermain bersama-sama.
marilah.
oh, pisau di sudut lagi satu abaikan saja.
jangan takut ya, itu bukan darah manusia, itu darah ayam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.