Isnin, 11 Oktober 2010

aku..suka tengok perempuan. tiap-tiap hari aku naik bus604 tu, macam..heaven? setiap gadis dalam tu..special. masing-masing ada keistimewaan tersendiri. walau kat mata orang dia jelik, itam, muka berjerawat, tapi aku..somehow discovered apa yang cantik kat dia. dan aku suka, bila menghargai cantiknya seseorang gadis itu, tanpa dia tau. aku selalu tanya, macam..

kenapalah orang tak nampak cantiknya dia ni?
kenapa eh..orang tak perasan ke hidung dia cantikkkk sangat?
eh..cantiknya bibir dia..
wahh, muka dia..sempurna!

aku fikir, isy kalau aku lelaki..
haha.

tapi aku rasa,sebab aku perempuanlah aku nampak semua tu.
aku..dont feel offended ye, tapi..sorang pun kat sini tak pernah buat aku macam..

eh!wahhhh.hensemnya lelaki tu!
uihh.gila ah.asal hensem sangat mamat tu..?
eh..lelaki ni..hensemnya..

oke, tipu. ada la sorang dua, takkanlah tak wujud langsung kan, sahsah la tipu unless aku jalan menunduk..ecece..ayat yang pernah terbit dalam kepala aku ayat yang last tu.haha.

pagi ni, lepas sesi tayangan semua drama-drama mandarin amatur(haha) aku tiba-tiba terbayang makaroni goreng yang tak pernah aku beli selama kafe ni bukak. sebagai sarapanlah. jadi..berharap dan 95% yakin yang makaroni goreng ada pagi ni, aku menuju ke kafe.hati dah gembira, dah menggebu. harap-harap datanglah selera aku. umpamanya menapak ke tepi lautan pada malam hari mengharapkan sang cinta hati mengekor dari belakang dan buat aku rasa selesa. (?)

sampai-sampai dekat kafe, orang tengah beratur panjang. semua mamat. aku tak pandang pun, jalan terus. yang penting makaroni!

..tapi.dah takde rupanya. hampa. kecewa.
tapi perut..lapar mintak di isi.

jadi duduklah aku,makan kuetiaw campor bihun, dalam bekas polisterin. orang lain makan dalam pinggan, aku je dalam polisterin. haha. (..sebab, aku takut tak habis?) dekat meja bulat yang boleh duduk empat orang tapi aku sorang je yang duduk?haha. kepala aku dah mula fikir macam-macam. makan kuetiaw campor bihun, tapi kepala entah ke mana. tak fikir pun kuetiaw atau bihun.

*jari jemari teberenti kejap agak lama*

sekejap..kat mana boleh aku jumpa satu tempat yang semua lelaki yang ada hensem-hensem eh?
bosan pulak aku asik tengok perempuan je.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.