Khamis, 18 November 2010

bismillah.

bangun pagi ini, sudah masuk hari entah keberapa aku..mimpi ngeri. dan bila aku bangun, selalunya aku rasa..lebih baik aku kekal dalam tidur, sebab betapa ngerinya mimpi, realiti hidup lagi ngeri, lagi perit, lagi pedih, lagi.. real.

bangun pun, bukan cara yang lembut. roh tidak masuk perlahan-lahan, menyusup masuk secara lembut lalu menggerakkan jasad jisim untuk bangkit dan akhirnya sedar fajar sadik bakal muncul. tidak. apa yang berlaku, sebaliknya. setiap kali aku terjaga, semuanya ala-ala roh yang menyentap masuk secara kasar, kelam-kabut dan tergesa-gesa. dan aku tersedar, setiap kali, dengan nafas yang tercungap-cungap.

saat itu, aku memang betul-betul akan sambung tidur. paksa diri.
dan akhirnya bangkit sekali lagi dengan kepala yang berat sebab terlebih tidur, campur tidur yang tidak rela.

boleh aku katakan, jiwa aku sangat merusuh sekarang. tambah-tambah lagi dengan keadaan aku sekarang. tambah-tambah lagi dengan hormon estrogen yang tinggi. pembersihan dinding rahim. haha. saintifik sangat? poyo je aku.

ketawa yang aku zahirkan di papan taip, di hadapan skrin, semuanya - plastik. malah, ketawa di luar alam maya pun, plastik. aku, terkenal dengan ketawa yang nak tak nak. walaupun sesungguhnya aku tengah menikmati sesungguh-sungguhnya ketawa itu. dan sekarang, aku..cenderung LOL. sebab..entah. ketawa yang zahir sebab memenuhi tuntutan keadaan atau ketawa yang sebenarnya mereflekkan hati yang sedang pedih sebenarnya. hati yang sedang merusuh sebenarnya. ketawa yang ikhlas?oh..itu dengan cinta hati saja rasanya. entah, tak tau.

macam yang korang baca, aku, macam nilah. almost..negatif sepanjang masa. mengenali aku dari sini, maksud aku, blog ini, sebenarnya..bertuah lah korang. melihat sisi diri aku yang sangat dalam. ini sekadar meluahkan, sekadar bercerita. aku, memang tahu dan faham keadaan ini. apa yang hati rasa, dan ditimbal balik oleh akal, semuanya; perlu diseimbangkan.

bila aku selongkar balik semua post aku, melihat transisi satu demi satu, ketawa aku, perlahan. perjalanan hidup yang nampak sangat perlahan. tapi, rasanya aku tak perlu update apa yang aku buat, sangat. sebab..belog ini kan tempat aku berbicara secara intim dengan readers? :)

aku..tidak peduli apa yang korang hendak fikir. terpulang.
jadikan cerita-cerita aku, pengajaran.
suatu hari, bila entri aku sudah berbau positif, sila ucap tahniah pada aku.
yang itu, memang nyata aku sudah matang. :) ..mungkin.haha.

btw, punca sebenar aku buat entri macam ni pun tak jelas. malah- tak nampak pun. untuk sesaat aku terberenti dan memikir, oh, panjangnya post aku! hahaha.

aku sebenarnya..tengah celaru. dengan macam-macam. mahu istikharah, tak boleh pulak. jadi, jadi macam ni lah. haih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.