Khamis, 10 Mac 2011

Bencana.

maria hadir lagi di situ. suatu masa dahulu, ketika dia sudah yakin benar, yang dia takkan silap lagi. tapi kali ini, maria paksa diri untuk hadir di situ. sekadar lari sebentar untuk meredakan fikirannya yang terlampau serabut. tapi dia terkejut. satu-satunya tempat untuk dia lari, kini sudah jadi padang jarak padang tekukur.
tiada lagi kanak-kanak riang, pokok-pokok renek yang suka hiburkan dia dengan gemersik tarian dedaunannya, juga tiada lagi puing-puing kecil yang gemar bermain di kakinya.

semuanya, tiada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.