di tengah-tengah antara dua bangunan, aku suka tongkat dagu barang seminit dua, boleh jadi 5 enam minit, semata-mata mahu tengok langit malam, walaupun kosong tiada taburan bintang, malah bulan - masih, aku akan berhenti sebentar di situ, rutin; setiap kali ulang alik ke tandas. berharap, tolonglah, ada bulan. kalau ada, nah, alamatnya boleh tertidur berdiri aku di situ - menghadap bulan.
kalau siangnya pula, aku disajikan dengan langit senja yang hari-hari memang tidak mengecewakan. sambil-sambil aku berjiwang, memikir soal amal, iman, etc.
sepanjang hari ini juga, wajah mak dengan bapak tak henti-henti terpampang depan mata - walau kabur mata sampai ada enam imej jadinya - campur air mata; aku tak boleh lari dari memori berada di perkuburan arwah adik bapak; perginya tahun 2009. berada di situ, dengan bayangan roh arwah yang masih bingung, masih tidak boleh terima hakikat yang dia..sudah hampir lepas hubungan dengan dunia, sudah tiada, dengan bau kapur barus yang sangat kuat - aku, yang nampak - tidak tahu hendak rasa apa. tapi rasa ketika itu, insaf, harus sangat kuat. lagi-lagi bila arwah datang mendekat, memaksa aku terangkan kebenaran. bagaimana harus aku..?
pulangnya semua orang, aku sedaya upaya menahan langkah kaki daripada beransur balik. semua sudah di depan, bapak, dengan air matanya, harus juga balik. redha sudah dia; yang mana ketika arwah tenat, hampir-hampir dia rela paru-parunya diambil menggantikan paru-paru arwah yang sudah rosak - tepu dengan garam kering - arwah lemas di laut, sedang niatnya mahu mengajarkan rescue operation kepada freshie; tapi dia yang jadi mangsa. ketentuan. dan sungguh, aku terasa mahu lawan hakikat ketika itu, tidak mahu balik, tidak mahu jadi orang terakhir yang akhirnya akan memulakan sesi arwah di bawah sana. tapi adik bongsu aku yang ketika itu baru mencecah 11 tahun, menghantar isyarat berdosa aku dengan niat aku tu. jadi aku, redhakan.
semalam, tidur aku tidak lena (lagi), terganggu dengan mimpi bukan-bukan. yang kotor yang jernih yang..pelik. saya termimpikan teman sekerja, tiba-tiba. mula-mula adiknya, kemudian link kepada dia. sugul, kelihatannya. tidak bercakap apa-apa. dan setakat itu saja. tidak lama selepas itu, cinta hati telefon, memaklumkan yang..ayah teman saya ini tadi, sudah pergi. kalut terus. saya..tidak terkata.
lalu saya telefon teman saya ini, dengar saja suaranya saya jadi tersentuh. tidak banyak yang saya cakap, kerana saya sendiri tidak boleh bayang kalau..(tahan nafas)..jadi saya cakap yang saya termampu. dalam tabah nadanya mula-mula, dia jadi sebak sebentar, saya faham, jadi saya minta izin untuk letak dan sempat berpesan lagi. kali pertama, dia tidak letak, saya pun tidak letak. dalam 7-8 lapan saat begitu. jujur, saya katakan yang saya berat hati nak letak. tapi saya terpaksa juga, letak. kali kedua pun begitu. kalau saya tidak tegakan hati, barangkali kami terus begitu sampai kredit saya habis. sungguh, saya harap saya ada di sebelah dia ketika itu. sangat. sangat.
dan sepanjang hari, kepala saya penuh dengan fikiran kematian (memang, tidak synchronized langsung dengan entri di bawah) dan memori di perkuburan arwah adik bapak.
dan juga..
...dan aku kacau mak banyak kali dengan missed calls dan mesej di malam-malam buta. sebak. luluh hati, membaca tulisan emak. aku, tak boleh tanpa emak. kami, mutual. saya kuat kerana emak kuat, dan emak terus kuat kerana saya terus kuat.
yaRabb, jangan uji aku yang satu ini, tolong?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.