Jumaat, 18 Mac 2011

Parasit.

Sejuk pagi dinihari mencengkam betis. Dalam sayup-sayup, bunyi besi berlaga besi menendang-nendang gegendang telinga. Aku bangkit mengekor deria yang masih belum jaga sepenuhnya.

Di dapur, aku isi water heater, menyanyi - meraikan pagi yang tuhan cipta. Jiran sebelah masih sunyi sepi, barangkali pagi yang hening ini umpama comforter yang (dianggap) dicipta untuknya sebagai nikmat melayan nafsu.

Nafsu.

Aku atur langkah perlahan ke stor. Ada pedang besi yang terbaring telanjang di atas lantai - berukirkan nama Pedang Kekuatan. 

Di suatu fragmen yang lain, aku lihat seorang pria sedang cuba cabut pedang ini dari dadanya. 

Yang ditikam jauh dalam-dalam,
oleh aku.

Dan aku hanya pandang sambil menghirup susu panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.