Khamis, 14 Julai 2011

Di luar aku tengok bulan jingga separuh ditutup awan kelabu, yang berarak perlahan, masih, cuba menutupi bulan. Andai sekejap saja rezeki pun jadilah. Tak betah aku lama di luar, kerana setiap saat manusia tidak pernah bersendirian. Lagi-lagi dinihari begini. Berani-berani takut, akhirnya aku masuk ke dalam rumah kembali.

Saat siang, lazimnya waktu untuk hyper, petang melankoli seiring matahari senja yang tenggelam di balik bukit-bukit hijau. Tidak pernah walau sehari yang aku tidak akan tinggal menghargai sekecil-kecil kicau burung dari kejauhan. Mana tahu, suatu hari nanti aku tinggal hidup berdasarkan memori sekarang saja. Kan?

Stereng yang kecil, simple, aku lihat dia genggam kemas. Setiap detik saat jarum jam yang berdetik dalam kepala menghiasi sepi antara aku dan dia. Tiada kata yang aku boleh zahirkan. Semuanya hadir dalam kepala saja, beratur panjang; terbit dari transmitter lalu keluar dari kepala lalu pecah. Tapi tiada satu pun yang dihantar walau dari selemah-lemah getar suara aku. 

Rambut kamu yang serabai tapi terurus natural, hidung kamu yang mancung, panjang, tajam. Mata kamu yang..Uh, mata kamu paling mahal.

Teringat saat senja di tepi pantai tempoh hari, aku berdiri membawa kamu lari untuk aku letupkan rasa yang ada di dalam dada untuk kamu waktu itu; tapi yang aku mampu? Tergagap saja.

Sebab aku jiwang, dan kamu suka ketawakan aku cheesy.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.