Jumaat, 23 September 2011

Hujan tak turun, petang ni cuaca terik sangat. Petang yang indah. Elok sangat kalau berjalan-jalan petang ni, ambik angin petang. 

Jalan tepi tasik.
Duduk tepi tasik.
Tak perlu cakap apa-apa; biar sepi yang berkata-kata. Biar rasa yang berputar menyampaikan rasa. Biar setiap saat yang berlalu penuh dengan rasa yang satu ni. Biar angin petang menampar-nampar pipi, biar gemersik daun-daun yang berlanggar yang penuhkan suasana ini. Biar perasaan ini, berputar sekitar alam.
Memang sampai bila pun aku tak akan lupa.

Aku pandang ke luar tingkap. Terasa menggigit-gigit hati nak berjalan, tapi.. satu-satunya orang yang aku nak sangat ada, tak ada. 

Elok-elok dengan cuaca yang tengah terik dekat luar, daripada aku keluar, duduk bawah pokok, melayan angin petang sambil menghabiskan karya Mitch Albom yang baru aku beli; sebaliknya aku lari masuk dalam bilik air, bukak shower.

dan termenung.

Aku nak hujan lebat turun sekarang jugak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.