Khamis, 24 November 2011

Kita, yang wujud hasil pantulan serpihan-serpihan cermin yang memenuhi sepanjang perjalanan kita menuju ke Tuhan yang Satu.

Ada kalanya warna yang terpalit tidak sengaja ketika kita alpa, terus kekal di situ tanpa kita sedar dan kita bawa bersama ke hulu ke hilir sehingga satu masa apabila kita peduli untuk melihat kembali diri kita; baru kita perasan adanya kotoran di situ. Jika cantik, maka biarkan sajalah. Apa salahnya? Tapi kalau lagi menjelikkan rupa..haruslah kita segera cuci, bersihkan.

Ketika ini, cermin-cermin yang bersepah sepanjang jalan tidak sengaja wujud selama ini tanpa sebab. Ketika kita peduli untuk periksa pakaian kita, rupa kita, maka kita sedar bahawasanya, rupa-rupanya itu cermin ada di mana-mana.

Yang selama ini kita tidak terperasankan.

Mungkin kerana silau. Entah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.