Jumaat, 7 September 2012

Seperti Encik Morris dan Buku-Bukunya.


Pertama kali aku datang
Ini tanah tandus
Kali kedua aku datang
Ini masih tanah tandus, bezanya timbul satu pucuk muda antara rekahan kering di sekitarnya
Kau suruh aku buka mata
Tengok apa yang ada
Aku kata
Ruh baru bakal menghijaukan tempat ini
Kau kata salah
Kau kata
Sekitar ini, lembah ini adalah minda aku
Kau kata
Dulunya lembah ini kering kontang
Tapi sejak aku kembali pijakkan kaki ke sini
Kau kata
Aku akhirnya benarkan lembah ini berbunga
Kau kata kau dah tunggu lama
Kembali mengemudi aku ke laluan yang tuhan takdirkan untuk aku
Aku tanya
Aku tidak terlambatkah?
Kau kata perkiraan dunia takkan pernah sama dengan perkiraan aku sendiri
Kau kata lagi
Baja yang aku pakai pun tak semestinya sama
Aku tak usah semberono tadah tangan pada mana-mana baja yang orang tawarkan
Demi lembah ini menjadi cantik seperti yang aku jangka mula-mula
Aku lah yang perlu tentukan baja mana yang aku mahu
Kan? Kau tanya, retorik.
Lepas tu aku tanya
Tapi aku sekarang macam Encik Morris yang hilang buku-bukunya
Macam mana?
Kau jawab
Jangan risau
Kau ambiklah ini, lepas kali terakhir kita jumpa dulu, ingat apa aku kata?

Aku tau kau tak akan pedulikan ini dan bunuh diri, cuba terbang ke mentol yang panas, kepada matahari yang kau sangkakan betul. Aku cuma rasa aku patut cakap sesuatu.

Dan kau beri aku senaskhah jurnal yang pernah aku campak dulu.
Aku tau kau nak bina perpustakaan dalam ni, sabarlah.
Kata kau sambil ketawa, dan seterusnya menghilang dari pandangan mata.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.