Jumaat, 7 September 2012

Tentang Tentang



Ini tentang rasa.
Ini tentang rasa yang terbiar. Tentang fikiran-fikiran yang sering terlintas, singgah, tapi tidak kita biarkan singgah lama.
Ini tentang engkau.
Ini mungkin tentang cinta.
Ini mungkin tentang pengakuan cinta.
Ini juga mungkin surat yang tak kesampaian.

Atau ini mungkin boleh jadi apa-apa.
Ikutlah.

--

Bila malam datang, bila siang tadinya langsung menyesak dalam kepala,
Kau akan jumpa aku di ceruk sebelah sini.

Aku memang sentiasa duduk di sini.

--

Kau tidak sepatutnya tidur dalam jaga. Nanti hati kau kebas.

--

Gaji bukan cinta dan kata-kata kau bukan cinta. Baju kau bukannya cinta dan berpegangan tangan itu bukan cinta. Surat panjang berjela bukan cinta dan sms itu bukan cinta. Matahari senja itu bukan cinta dan bunga itu bukan cinta. Kebenaran itu bukan cinta dan menang perbalahan itu bukan cinta. Tumpang kepala di bahu itu bukan cinta dan kebisuan itu bukan cinta. Gelak tawa dan air mata itu bukan cinta. Bunyi ombak menghempas pantai dan daun-daun bergeseran itu bukan cinta. Penat itu bukan cinta. Renung mata ke mata itu bukan cinta dan sejambak bunga itu bukan cinta. Sebungkus coklat dan kad ucapan kelas pertama juga bukan cinta. Atau bunyi hujan yang turun waktu petang itu juga bukan cinta.

Kau, kau. Kau adalah cinta.

--

Bila kau bawa cahaya, hati-hati dengan mereka yang tak nampak. Kerana mereka akan cuba bawakan kau kegelapan.

--

Dan setiap hari, dunia menjerit-jerit katakan ini penting! Itu penting! Yang ini penting! Dan setiap hari, terpulang kepada engkau untuk letakkan tangan di dada dan katakan, Tak, yang ni yang penting.

--

Dan jangan kau harap kau dapat tutup realiti dengan berlatar belakangkan muzik dan gambar hitam putih, dan semoga kau dahagakan dan nikmati setiap saat realiti itu, dalam setiap inci kesempurnaan kejadiannya.

--

Puisi kau adalah kesunyian. Tapi masih, kau menulis untuk menghilangkan sepi.

--

Bila udara bertemu air, ia menjadi cermin. Begitu juga jadinya bila kita bersatu.

--

Tutup mata kau bila dunia mengecam kau. Begitu lebih baik daripada kau cuba menjadikan seluruh dunia itu yang buta.

--

Persoalannya,
 bukan berapa banyak kali hati kau boleh terluka,
tapi berapa banyak kali ia mampu sembuh.

--

Jika kau ialah lebah di bilik gelap, cahaya mentol jadi seperti matahari untuk bawa kau pulang.
Tapi tolong, jangan terbang ke arah itu.
Rehatlah, simpan tenaga sampai datangnya subuh.
Tidurlah.

Aku tau kau tak akan pedulikan ini dan bunuh diri, cuba terbang ke mentol yang panas, kepada matahari yang kau sangkakan betul. Aku cuma rasa aku patut cakap sesuatu.

--

Tiada gambar orang nampak hidup tanpa kita lukiskan mata. Jadi bukakan mata kau. Biarkan seseorang antara kami ini rasa hidup.

--

Aku dah cuba banyak kali coretkan kau di atas kertas,
Tapi setiap kali pun kau akan terbang.

--

Tentang kau,
kau buatkan aku bernostalgia atas cinta yang belum pun terjadi lagi.

--

Bila kau tiada apa-apa untuk dikatakan kepada aku, aku tak kisah, katakan saja.

--

Cuma agar kita ingat, memang ada orang yang diletakkan dalam hidup kita untuk menghancurkan kita.
Cuma supaya kita boleh belajar macam mana untuk cantumkan semua sekali setiap kali.

--

Ini semua ilham yang dicuri, ini semua idea yang ditanam oleh setiap yang ada daripada kamu,
Dan aku cuma muntahkan saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.