Sabtu, 26 Disember 2009

::Tahun Baru?

Kita semakin hampir ke penghujung tahun 2009. Aku terpanggil pulak nak cite pasal ni bile aku terbaca kwan bek aku nyer blog yang turut citer benda yang lbh kurg sama.
Setahun, rasa macam terlalu panjang pulak kali ni. Kalau tahun2 sebelum ni, setahun tu macam seminggu je rasanya. Terlalu banyak transformasi yang aku buat tahun ni. Kire, da setanding dah la dengan transformer,heh. Kwan2 aku yang terdekat boleh nampak apa yang jadi dengan diri aku ni. Kan kwan2? =) ye mungkin aku da berubah secara luarannya,tapi dalaman,aku rasa tak. Sejauh mana aku boleh berubah lagipun? Pernah masa aku dekat2 nak final xm da haritu,aku tension sangat jadi aku msg la sorg kawan bek aku ni. Aku citer serba sedikit pasal apa yang jadi kat aku, especially penampilan aku. Jadi kawan bek aku ni pun berkata, “ye mungkin ko kata dalaman ko tak berubah,tapi ko penah dengar tak kisah seorg ayah dengan anak2nya?” aku kata lah tak. Then dia pun cerita la dengan panjang lebarnya…
SEORANG ayah dengan anak2nya sedang melihat sebuah cerita. Tiba-tiba ada satu babak yang menampilkan pelakon lelaki dan wanitanya bercium. Spontan si ayah menutup kedua mata kedua2 anaknya. Anaknya pun berkata,” ala yah,sekejap je pun dorg bercium..takkan kami tak boleh tgk?skejap je yah..takde efek pun…” si ayah pula menjawab, “walaupun sekejap anakku, tapi benda yang tak elok walaupun sedikit pasti akan ada kesannya, anakku..” si anak diam tanpa berkata apa2 walaupun mungkin dalam hati mereka memprotes.

Nak dijadikan cerita, suatu hari, si ayah sedang sibuk membuat cookies di dapur. Maka datanglah anak2 lelakinya ke dapur.. “yah,ayah buat apa yah?”soal si anak yang seorg. “Ayah buat cookies ha..” jawab si ayah. “nak rasa satu boleh yah?”soal si anak yang lagi satu. Si ayah membenarkan dan dengan rakusnya kedua-dua anak itu menjamah cookies yang da siap dimasak. “wah,sedaplah yah! Ayah letak apa dalam cookies ni yah?” tanya si anak dengan terujanya. “Ala..ada lah..sikit je pun ayah letak.tak penting pun..” jawab si ayah seakan mahu berahsia. Tapi si anak masih tidak berpuas hati. “Ala bagitau la yah…please….”
Lalu si ayah pun menarik nafas dan perlahan-lahan memberitahu kedua anaknya..” Ayah letak TAHI…tak banyak,sikit je pun….” Lantas kedua-dua anaknya tergamam.

Habis je aku baca mesej kawan bek aku tu,aku pun tergamam skali..taik ke?biar betol! Tapi aku paham msg yang kawan aku tu cuba nak sampaikan walaupun aku tak boleh nak terima cerita kawan bek aku tu. Dia pun cakap,”walaupun ko kata luaran ko je yang berubah, tapi ko sedar tak yang dalaman ko pun last2 akan terkena gak tempiasnya?ko pernah ditarbiah..ko pernah bergaul dengan yang org2 yang baik akhlaknya mahupun penampilan..pikir2kan lah..”

Maka aku pun teruslah terpikir2.sambil kedua2 akal dan nafsun aku bertelagah.. tapi sejenak kemudian, nasihat keramat mak aku datang bergema dalam kepala. Sejurus, aku tersenyum. Ya, tersenyum=) “baik mak.” Aku bermonolog sendirian.
Ye mungkin siapa2 yang knal aku dulu,kemudian tgk aku macam ni, mungkin ada yang benci lalu hlang hormat tapi..percayalah,aku perlu buat kesilapan aku sendiri. Barulah aku betul2 paham kenapa dan mengapa..=) bukanlah bermakna aku sengaja jadi macam ni,tak,bukan..tapi..adalah.setiap apa yang kita buat tu kita kenalah pikir kesan jangka pendek dan panjang..kan?dan percayalah,aku dah pun pikirkannya..=)

Kawan2, kuasa menilai dosa dan pahala seseorg tu bukannya ditangan kita..yang itu adalah urusan DIA..adalah yang terbaik untuk kita sentiasa muhasabah diri dahulu..hadirnya aku dengan artikel ini adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri je..dan menceritakan pengajaran dari kisah aku kepada anda,ya,anda, saudara2 saya sekalian..dan moga2 dengan dah masuknya tahun baru jumaat yang lepas, azam aku yang paling mengungguli carta setiap tahun baru menjelma, iaitu memperbaiki diri sendiri,akan tercapai..insyaAllah.

p/s : sori ye sebarang kata yang buat siapa2 terasa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.