Memaparkan catatan dengan label bebelan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bebelan. Papar semua catatan

Sabtu, 17 Disember 2011

Review : Tentang Buku

Saya harus dikecam barangkali kerana mendahulukan sesuatu yang bukan sepatutnya berada dalam keutamaan, pada masa-masa begini. Ketika teman sekelas saya tekun menelaah buku pelajaran (dia juga teman sebilik saya), saya tekun mencatat nota-nota penting daripada tulisan Kassim Ahmad, Mencari Jalan Pulang : Daripada Sosialisme Kepada Islam.

Tetapi saya tetap saya. Sebagaimana takrifan yang mereka yang pernah tinggal sebilik, atau serumah dengan saya; saya kira itu memang saya. Mungkin. Ini bukan fasa untuk saya takrifkan saya bagaimana - sekurang-kurangnya bukan sekarang. Belum lagi. Mereka katakan saya terlalu..rileks. Entah.

Spontan, kadang-kadang, saya bertanyakan tentang Perang Vietnam dan Perang Korea contohnya - kerana ada disebut oleh, boleh saya panggil - Pak Kassim, yang mana memang tulisannya diwarnai sejarah-sejarah lama era 1930-an hingga awal 1990-an; selayaknya kerana beliau lahir, mungkin saya boleh katakan/kategorikan/rasakan yang beliau lahir sebagai baby boomer. Dan seluruh, sepanjang-panjang tulisannya membawa aura pasca WW2 dan 31 Ogos 1957.

Eloklah, kerana saya, pada tahap ini memang kena dengan;
"Those who cannot remember the past, are condemned to repeat it,"- George Santayana

Bukan satu ini saja yang saya baru baca, sebenarnya tapi, saya dahagakan sesuatu yang saya tidak tahu. Pelik, kita ini hidup dikelilingi macam-macam benda, perkara, apa sahaja. Tapi dibutakan oleh sesetengah perkara..lain. Antara yang membuatkan saya meleret panjang senyum adalah apabila Pak Kassim menyentuh tentang umat Islam seluruh dunia yang mewarisi Islam, bukan sesungguhnya menjadi seorang muslim itu sendiri. Ini umum. Apa yang poin yang dia gariskan adalah bagaimana kita, dididik untuk khatam Quran itu, berkali-kali, tetapi disembunyikan daripada kita apa yang disurahkan daripada kitab pedoman itu.

Bagaimana kita disuruh untuk khatam berkali-kali, melagukannya penuh syahdu penuh irama - tetapi kita tidak diajar untuk memahami maknanya. Ia bukan sesuatu untuk diajarlah, sebenarnya, ya betul. Tapi apabila rutin itu disemai, diturunkan diwarisi, akhirnya apa? Muslim itu buta Quran? Bersepah di mana-mana tapi isi kandungnya ditiraikan kulit tebal dan sekadar dihiaskan di rak-rak sekitar dunia.

Saya masih mencari tafsir yang benar-benar memuaskan hati saya. Ya, tulisan Pak Kassim selalunya kontroversi, pemikirannya kiri, pernah malah masih - difitnahkan sesat malah dianggap merbahaya. Tapi kadang-kadang apa yang difikirkannya selari dengan apa yang ada dalam kepala saya. Sekurangnya-kurangnya - mungkin 1/5 daripada. Atau 1/10 - tak kisah. Tapi ada sesuatu tentang Pak Kassim, atau nasionalis kiri yang saya berminat untuk tahu. Memperbanyakkan timbang tara untuk dijadikan..rumusan dan seterusnya menetapkan..pegangan?

Panjang, kalau ingin saya ceritakan semua di sini. Terlalu..banyak. Nanti pengakhirannya saya lebih cerita kisah saya daripada apa yang saya jumpa daripada Pak Kassim. Poinnya, saya melihat evolusi Pak Kassim. Semua orang begitu, mungkin. Setelah melalui fasa-fasa membangun, belajar, rebel dan sebagainya, akan datang satu fasa di mana pengakhirannya kita jadi..konservatif, mungkin? Kerana akhirnya keberanian untuk berfikir itu yang membawa kembali kepada Tuhan yang Esa. Bukan untuk menjadi sesat, tetapi memperkukuh dasar. Bak kata Pak Kassim, bukankah hidup ini untuk mati, dan mati untuk hidup yang lebih tinggi?(Sajak Pembunuhan Dajjal, 1998)


Rabu, 13 Julai 2011

Senja itu cuaca redup, angin bertiup sekali-sekala. Ah, cuaca yang sempurna untuk menikmati petang. 
Sedang aku dan mak berjalan dari kereta ke 711, seorang ah cai yang berdiri sengetkan bahu ke kanan merenung tidak berkutik.

"Amoi, ini adik kamu ka?" Tanyanya sambil mengunjuk ke arah mak aku yang ada di tengah-tengah antara aku - ah cai.

Aku pandang mak. Mak pandang aku.

"Aiya, bukanlah. Ini anak saya. Saya mak ini anak." Mak aku terangkan sambil aku sesak nafas di sebelah.

"Oh, yaka? Muka sangat sama woo."

Aku pamit mak untuk terus berjalan, lepas tersengih-sengih macam kerang busuk dan mengabaikan saja ah cai itu yang masih teruja tengok rupa kami yang serupa.


Aku tak puas hati.
Celah mana yang aku macam kakak?


Isnin, 9 Mei 2011

Ulang Kali ke..empat (kot).

Aku tak boleh solat, aku takleh ngaji, aku tak boleh apa. Baru aku perasan tadi, petang ni petang terakhir aku dekat sini. Besok lusa, aku tak kan termenung lagi tengok langit senja dari katil aku. Dari koridor antara dua bangunan.

Besok lusa, takde dah kelibat aku berdiri termenung dekat koridor tu tengok bulan time malam-malam. Takde dah kelibat aku yang suka termenung sekejap dengan sebelah barat sekejap dekat sebelah timur. Kadang-kadang, kalau berpeluang, aku dapat tengok bulan dari katil aku. Aku baring, tenung je bulan lama-lama. Aku boleh macam tu, dekat sejam setengah. 

Budak aras aku pun tak nampak dah kot kelibat minah emo ni layan emo dekat koridor. Orang lain lepak koridor dengan enfon - bergayut. Berchenta dengan boifren. Aku? Bergayut berchenta dengan bulan, matahari pagi, matahari senja. Haha. Lame.

Lepas ni cuti empat bulan - aku yakin aku akan lupa. Tapi bila-bila aku terpandang lagi tempat-tempat ni, aku akan ingat semua. Vividly.

Semua tu bukan hanya sekadar merenung ditenung kosong; segala rasa yang hadir mencipta memori. Mengenal cinta, cinta itu cinta ini. Berkasih dengan tuhan, mengadu domba di situ di sana. Selalunya, entri sebegini aku akan buat bila aku dah nak habis sem. Ini mungkin yang ke-empat. Motif? Entah.

Aku tak dapat dah kot macam ni..

Mungkin sem depan pulak, aku dah tak hirau benda-benda macam ni? 
Waw, the emo nini changed? Hahaha.

Mintak maaflah, post aku kat sini tak pernahnya gembira. Thanks to those yang tahan baca posts kat sini, siap follow lagi. Thanks, sangat. 

Uh..ya. Ini post emo.

Khamis, 21 April 2011

Moron.

Hujan turun melebat lagi petang ini. Masih; kilat sabung-menyabung macam semalam, dan gelap seperti semalam. Bezanya hari ini, aku akur pada rasa hati.

Apa benar aku yang dulu makin hilang ditelan masa? Ya kamu, yang nampak aku macam begini, tolong? Aku hilang petunjuk; bila? Di mana? Bagaimana? Kenapa? Siapa?
..Siapa?

Sejak bila aku mula pilih untuk hentikan waktu?

Aku tak perlukan lagi 4-5 tahun untuk aku terduduk dalam memikir kalaulah ada siapa-siapa yang boleh aku pinta supaya bagi aku penempeleng barang 2-3 kali supaya aku sedar; jangan jadi bodoh!

Rugi masa, lah.

Khamis, 14 April 2011

Masa.
Nikmat.

Hanyut dalam setiap patah kata dan tinta bertulis yang aku letak di depan mata, ditambah dengan susunan pemandangan tulang-tulang buku yang tersusun kemas rak demi rak, aku jadi stress.

Selama 4 bulan ni, apa yang aku nampak?

Ptar 3 Ptar 4 depan-depan mata, tiap-tiap bangun pagi aku dah nampak. Kalau jalan kaki tak sampai 2 minit pun. Saat aku hilang, gelisah ke, mengada-ngada mak nenek, yang depan mata aku tak nampak, yang nun jauh di sacc mall yang ada limited sources tu yang aku kejar. Ah, duit lagi mengalir. Ni, sebelah aku je. 

Bukan aku mengikut orang, tapi tindakan refleks saat aku panggil kembali Shazni 7-8 tahun lepas supaya sambung membesar. Apa ni, terbantut-bantut. Mengada-ngadalah.

Umur bukan sekadar nombor, okay.


Isnin, 11 April 2011

Tipikal.

Bumi ini penuh dengan pasir jerlus. Bila kau sedar yang kau hampir menapak ke atasnya, tolong, cepat-cepat lari. Jangan kau tenggelam dan binasa.

Meminjam kata-kata seorang yang saya kenal;
"Cinta membuat aku mampus dan hidup semula berjuta kali [jurukopi, 2010]"

Dan memegang apa yang saya percaya,  apa yang sudah jadi kenangan, biar kekal dalam lipatan sejarah. Aku tak boleh jilat ludah aku sendiri - jika dia pernah bagi tsunami cinta sekalipun, dia, aku sudah pilih untuk jadikan lipatan sejarah. 

"Maaf hanya untuk seorang escapist yang gunakannya untuk escape dari kesalahan. Yang penting, selepas ini apa yang patut kau buat dengan aku?[Mira Awek Chuck Taylor, 20xx]"

Bezanya dengan aku - aku langsung tak perfect, berbekalkan watak gadis tipikal dengan aset tipikal, aku rasa aku kosong saja di dalam.Dan, memang tipikal. Plain.

Itu apa yang aku mahu percaya saja sekarang.

Rabu, 16 Februari 2011

katakan, setiap esak tangis seorang emak, yakinkah kita untuk peluk bahu seorang emak itu dan tenangkan ia, bukannya menangis bersama-sama ia? atau, yakinkah kita untuk berkata-kata, memujuk, seyakin kita memujuk seorang teman kala ia sedih dan terluka?

atau,

pekakah kita terhadap setiap tingkah seorang emak, tatkala ia diam membisu kerana pedih, atau ketika ia ketawa kerana menyembunyikan duka lara? 

atau, yang paling simple,
perasankah kita, akan tingkah kita yang menjawab kasar, bertingkah kasar, terhadap seorang emak? kerana semuanya sudah jadi seperti biasa kepada kita.

setiap hati dari kita makin membesar egonya untuk menuturkan waima sepatah maaf, yang lazimnya laju meluncur atas dasar profesionalisme ketika bersama orang lain. 

sudah, saya hendak sambung tulis pun rasa hilang yakin. 
mungkin, ya, disamping kita menyenangkan hati seorang emak, mesti akan ada sesuatu yang lain yang kita buat yang setara dengan derhaka kepadanya.

Rabu, 9 Februari 2011

Faceless.

memang penat juga selalunya tulis benda-benda berat, negatif, aura-mati/pembunuh, emosi nak mampus, sloppy, tapi, ye, perlu juga. jadi tadi saya semacam, gila, sikit. sikit. cuma bayangkan saja depan mata dan terus, pup! rasa itu datang. macam real sungguh. i mean, macam real sungguh ada di depan mata, mata itu, renungan itu, renungan yang kelam jauh tenggelam ke dasar ceruk mana entah, katakan satu tempat yang gelap sungguh- tiada lain hanya kegelapan. sempit, sesak, hampir tiada oksigen. berada di dalam itu walau untuk, um, approximately 0.0001s, semacam membawa seluruh dunia kegelapan masuk ke dalam dunia eternal fantasi/realiti, cukup dos untuk buatkan serangan jantung atau kegagalan fungsi bernafas serta-merta. serta merta.

jadi saya sesak nafas kerana percubaan untuk merasa bernyawa. apa, selama ini saya di mana? aduh, realitikah? untuk berada di kedudukan mana saya tidak dibenarkan untuk merasa apa-apa bukan bahagia- ia seolah mandatori derita. dan hanya bila susuk jisim itu nyata tereflek secara realiti, saya harus rasa, bernyawa. dan oleh kerana itu juga bila susuk jisim itu nyatanya tidak tereflek secara hadir, saya, tidak lengkap. tidak, bernyawa. lalu apabila nafas yang hadir ketika rasa itu pun hadir, itu adalah nyawa saya. dan saya, bernyawa.

Ahad, 6 Februari 2011

Moonlight Sonata.

jadi saya di sini, menyedut udara shah alam sekali lagi. untuk kesekian kalinya. hari ini penuh adventure bagi saya. uluyam-kualakububharu-uluyam-shahalam-banting-shahalam, akhirnya saya di sini. senja di kfc, berhalwakan bunyi-bunyian enjin motokar dan segala, saya suap nasi suapan demi suapan dengan memanggil segala nostalgia yang ada; tipikal saya. dalam bisu, saya sampaikan energi lemah tanpa saya sendiri sedari, dan mempengaruhi energi yang lainnya juga, mereka..jadi sedih. suram saja jadinya. lantas dengan sedikit usaha, saya cuba, cuba, sapukan dengan aura gembira yang masih bersisa. mereka harus lihat saya senyum, bukan begini. journey mereka harus diteruskan lagi selepas ini, tidak macam saya; sudah selamat sampai.

dan saya di sini lagi, memerah daya dengan langkah yang tidak seberapa- mencuba mencari makna, atau cuba mencari semangat? energi negatif bukanlah yang sepatutnya saya ada untuk memulakan hari-hari seterusnya. tipikal saya, cuba mencari petunjuk, atau mungkin arah, atau mungkin apa-apa sajalah namanya; untuk membentuk energi saya selepas ini, untuk membentuk tetapan minda saya, dan memijak ke trek yang betul; dengan berbicara dengan hati sendiri, atau mungkin berbicara dengan apa-apa saja entiti yang boleh berkomunikasi dengan saya. apa saja.

jadi journey saya awal tadi membawa jasad saya untuk mengembara ke banyak tempat, melihat ramai orang, melihat banyak kereta, motor, basikal dsb. dan juga mendengar banyak lagu. banyak, lagu. dari 40an, ke 70an, hinggalah ke disco-type music, atau apa-apa sajalah nama yang diberi, lantas menyeret minda saya, tenaga saya, untuk menyedut nostalgia yang ada. muzik, sememangnya mewujudkan tenaga yang tidak kita ternampakkan. dan saya sendiri suka menukar-nukar siaran mengikut kehendak saya, dimana, menyeret/memaksa aura yang wujud bertukar-tukar dengan drastik- ya, itu saya. 

jadi saya begitu. masih, begini. sungguh, hari ini hari bermakna. kerana selalunya hari-hari saya kusam, kosong. semacam tiada pengisian, lantas, Tuhan hadirkan sekalisekala petanda yang jelas di depan mata, sekadar untuk mengingatkan saya kembali, atau mungkin menjelaskan apa yang sudah ada depan mata, atau mungkin memberikan 'warna' kepadanya agar saya bisa nampak, dengan penuh sedar dan faham.manusia itu memang sifatnya pelupa. akan lupa. akan alpa- itu saya juga. ya iya, kita semua manusia, kan? bila hidup saya begini, sekurang-kurangnya, saya nampak butir-butir halus makna hidup. butir-butir halus pengajaran Dia. butir-butir halus kehadiran Dia dalam setiap apa-apa saja yang ada di muka bumi ini. dan di dunia lain. segalanya. ia mengajar saya, erti syukur.  terhadap sekecil-kecil nikmat.

jadi saya masih menaip. sebentar tadi saya cuma mencari alasan untuk tidak membuang masa di atas katil dan terkebil-kebil atau terpusing-pusing mencari posisi selesa, untuk akhirnya lari lagi ke alam mimpi. sungguh, mengarut. alam mimpi itu apa saja, 'siapa' saja yang mewujudkan/menghidupkan jalan ceritanya. tapi juga, ia satu lagi jenis journey yang saya suka. saya harap saya boleh belajar ilmu melangkah ke mimpi orang. bukan saya takut, atau mengalah, tapi ya iya, adakalanya saya 'tidur' dan 'bermimpi'. 'berjalan' untuk mencari sesuatu yang tertinggal di belakang, atau mungkin mengejar apa yang ada di depan, lantas temui jawapan dalam semua dejavu yang bila-bila saja boleh datang. dan kadang-kadang, saya memaksa diri untuk mengingati apa dejavu yang seterusnya, agar saya tahu hala tuju saya di masa hadapan. perkara seperti- masihkah saya begini, atau masihkah teman saya bersama sama, atau berlakukah sesuatu yang saya paling tidak mahu dsb. tapi ya iya, perkara seperti itu wajib kita hadirkan kepercayaan kita dengan qada' dan qadar, dan hakikat bahawa kita dilarang sama sekali menilik masa depan kita dan kita sama sekali tidak boleh. tidak.

oh. jadi saya masih lagi menaip. hakikatnya saya letih benar. terlalu banyak untuk satu hari. termasuk apa yang berlaku selepas 00:00hours. ini namanya paksa diri.

Khamis, 4 November 2010

tolong kembali, pada asalnya.

"sial macam mana pun hidup ni, semua tu dugaan untuk kita.."
"TAK ada apa pun yang sial dalam hidup ni, semua tu ujian dari Allah. tak ada istilah sial."
"..sori, bahasa orang muda (sengih)"
.sabtu, 30 oktober 2010

bila mulut kau masin sangat, nah, jadilah.
usah diteriak-teriakkan, lain kali.
Allah terus makbulkan.
kau kata, kau malas sudah mahu fikir dan nah, itulah kejadiannya.
walaupun perkara yang libatkan maruah, kesucian diri kau,
pun kau.. mintak bukan-bukan?
gila.

sekarang, suci itu bukan hak kau lagi. 
dulu juga, kau pinta, jadilah apa-apa, wujudkanlah apa-apa supaya kau..tak kawin. sebab kau..mau 
hidup untuk mak kau, adik-adik kau. kau mahu..mereka bahagia. mahu..tiada lagi air mata, tiada lagi barang-barang pecah, tiada lagi siri arwah nenek-mahu-bawak-mak-kau-masuk-dunia sana. tiada lagi bentak-bentakan, tiada lagi. TIADA.

dari kecil kau tanam azam dalam kepala. seawal umur 10 tahun. bila mana, usia sebegitu sepatutnya kau main perang-perang, tumbuk-tumbuk, guling-guling kat lumpur etc etc. dan kau membesar..dengan tiada tujuan lain, sudah.

kau pernah jadi sebaik-baik umat, dan sekarang, kau sejahat-jahat umat.
semua, kau sudah rasa.
SEMUA.
er..mungkin tak semua. 
tapi, masih, kau..
hm.

aku pandang begini, bila kau sudah lalui fasa yang terburuk hidup kau, hari esok..menjanjikan keindahan, jika kau terus sabar, redhakan, dan terus percaya, dengan janji Allah.
dan aku terus pegang, jangan sekali-kali putus asa dengan aturan Allah.
sejijik mana pun yang kau pernah buat, Allah, Tuhan manusia yang Maha Esa, tidak pernah prejudis dengan hambaNya. TIDAK sekali-kali, akan.

cumanya..
tolonglah, kembali pada Dia.

Dia..tidak pernah tolak hambaNya yang merangkak-rangkak demi mendapatkan redhaNya.

bangkit kembali, ya?

Jumaat, 13 Ogos 2010

Laskar Pelangi.

Anak-anak kecil itu langsung tidak berdosa, malah sungguh naif. sesuci renungan mata mereka mampu saja menumpaskan benteng hati mereka-mereka yang tinggi nilai simpatinya. melihat saja semangat juang mereka demi ilmu, bisa meruntun hati demi melihatkan keazaman yang tidak bisa diukur dengan mana-mana skala yang ada di dunia ini.

lihat saja buku tulis anak-anak itu, kasihan. bandingkan pula dengan buku tulis kita. malunya kita. buku tulis yang bersih sesuci lembar kain yang putih itu suka disia-siakan tanpa apa-apa rasa bersalah mahupun menghargai. tapi lihat, anak-anak kecil itu, demi mendapatkan sebuah buku tulis pun perlu mengemis.

kita, buku ilmiah dipandang sepi seolah-olah batu-batu di tepi-tepi jalan. jauh tidak bernilai bagi kita. tapi anak-anak ini? apa mereka buat? melihat anak-anak yang lebih baik nasibnya di luar pagar besi sekolah elit itu, hati mereka tidak dapat tidak, masih berasakan cemburu, masih meronta-ronta mahupun kehidupan yang sama. lalu, bila Flo memberi mereka senaskhah majalah National Geographic, hari yang sedih, pilu mereka, pantas berubah riang, cerah dan bersinar. dan mereka berlari-lari kegirangan seolah-olah anak-anak kecil di tempat kita yang mendapat PS3. ya, mereka segirang itu. hanya kerana sebuah naskhah lama itu.

dan sekolah mereka, selayaknya dipanggil pondok buruk yang mungkin telah ditinggalkan berpuluh tahun lamanya. bila hujan, mereka kebanjiran. malah kambing-kambing menumpang teduh seketika di kelas mereka. mereka - hanya ada 10 orang, angka yang cukup signifikan untuk mereka memulakan pengajian mereka dulu. hampir-hampir saja anak-anak miskin itu tidak dapat memulakan pengajian hanya kerana jumlah itu tidak cukup 1. ketika Pak Harfan sudah putus asa menunggu, hadir tiba-tiba seorang anak yang sungguh istimewa, Harun. dengan stoking hijaunya yang panjang sampai ke pangkal betis, ya, anak itu sangat istimewa. demi terlihatkan anak istimewa itu, Bu Mus tersenyum girang. bergenang air matanya, dan senyuman itu tidak putus-putus. senyuman itu, senyuman itulah yang terus mewarnai hari-hari seterusnya di SD Muhammadiyah.

melihat kesemua anak-anak itu, apabila cerita semakin menyorot kepada pengakhiran, semakin mengikat hati untuk terus dihadapkan dengan babak demi babak. dalam hati, tolong, jangan cerita habis. tolong, hadirkan anak-anak itu kedalam realiti aku, aku, mahu menjadi seperti Bu Mus dan Pak Harfan.

mendidik anak-anak miskin itu dengan pengajian alam sehingga menjadi genius. manusia yang terisi jasmani dan rohaninya. psikologi mereka yang sihat, berkembang. berani untuk bermimpi, punya tinggi cita-cita. dan anak-anak itu, lagi jauh sempurna dari anak-anak yang lebih bernasib baik.

anak-anak SD Muhammadiyah itu, sangat istimewa.

Rabu, 26 Mei 2010

terjumpa ini;

"kita bukan manusia yang mengalami pengalaman kerohanian tetapi sejenis kerohanian yang mengalami pengalaman sebagai manusia. Sentiasa menghadap matahari, tinggalkan bayang-bayang di belakang anda!"

Khamis, 8 April 2010

sibuk dan senang.


Hidup kita ini terlalu sibuk kan? YA.. ramai apa yang cakap macam tu.jangan tipulah..
Sibuk mengumpat
Sibuk mengejar duit
Sibuk mengumpul skandal
Sibuk  belajar
Sibuk bercinta
Sibuk buat maksiat
Sibuk makan
Sibuk buat program
Sibuk menyanyi
Sibuk berlakon
Sibuk menangis
Sibuk ketawa
Sibuk berkawan
Sibuk melepak
Sibuk online fb
Sibuk online blog
Sibuk ym
Sibuk skype
Sibuk berebut nak naik bas RapidKl
Sibuk kutuk keburukan orang
Sibuk cari kawan
Sibuk nak bekawan
Sibuk nak bergosip
Sibuk nak mencari diri sendiri
Sibuk nak cari orang lain
Sibuk nak berfesyen
Sibuk nak g  tengok wayang
Sibuk sibuk sibuk sibuk sibuk sibuk sibuuuuuuk sangat
TAPI..
Zaman sekarang ni lah kan, senang ke ek nak tengok orang sebok nak terkejar-kejar buat Dhuha?
Senang ke nak tengok orang sebok nak berebut bangun tengah malam nak qiam?
Senang ke nak tengok orang sebok2 nak khatam Quran?
Senang ke nak tengok perempuan-perempuan sebok mencari pakaian yang sesempurna mungkin menutup aurat?
Senang ke nak tengok orang sebok2 g masjid sampai penoh masjid tu dibuat tiap kali masuk waktu?
Senang ke nak tengok orang sebok2 datang majlis ilmu sane sini..
SENANG KE?
AH. Ak pandai cakap je. Padahal aku pun same je.
Tapi jujurlah kan. Ada masa-masanya aku akan touching bile memikirkan betapa hinanya aku ni. Tatau malu, hambe je pon. Tapi hidup kat dunia tak sedar dunia. Memang hamba yang lupekan jasa bek dan kasih sayang dan belas kasihan dan kesabaran dan etc Tuhan Yang Esa, Allah.

Hmm. Ni la situasinya bila hidup time akhir zaman.
Ko akan nampak segala seribu satu penyakit akhir zaman. Semua tanda-tanda kau nampak dan part paling ta belah, masih tak insap2 lagi. Haila.

And and bile da kene campak dalam azab api neraka nanti, baru la nak kata nyesal pe sume. Time tu, Allah bagi semua balasan. Padan muke, selama sebelum tu berapa banyak pengajaran yang Dia da bagi, tapi kte2 buat donno je kan kan. Time tu, rasakan la azab yang kite mintak2 sangat tu.

AKU TAKUT.

Ahad, 24 Januari 2010

::Mari duDuk SeMeja::

Petang yang indah lagi. Suram tapi indah. Angin sepoi-sepoi bertiup sekadar mendinginkan suasana yang sudah terlalu hangat kala tengahari tadi. Beberapa kanak-kanak riuh bermain bola. Riang bergelak tawa, bergurau senda sambil dalam tak sedar sedang mencoret kisah hidup mereka sendiri. Bakal dikenang-kenang bila sudah dewasa nanti.

Sehelai daun gugur, melayang perlahan-lahan, terbang mengikut deras angin yang tak seberapa. Daun-daun pokok melambai-lambai perlahan, tapi berirama. Puing-puing kecil berpusar-pusar membawa segala yang ada di laluannya persis saudaranya sang taufan yang membedal apa sahaja yang kebetulan, tidak bernasib baik berada dalam laluannya.

Segalanya berada dalam aturan tersendiri. Pokok, daun-daun kering yang berguguran jatuh, kanak-kanak bermain bola, puing-puing angin, segalanya. Apa ada dengan semua aturan ini? Langit yang sentiasa biru ( nota : kadang-kadang jingga juga), awan yang kadang putih menggebu, kadang hitam pekat, air sungai yang mengalir tenang, bukit-bukit yang masih teguh berdiri.. apa ada dengan semua aturan ini?

“Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?”

Manusia diciptakan lemah. Tidaklah dijadikan manusia ini untuk mampu melihat Allah itu sendiri. Hatta nabi Musa sekalipun merayu, berdoa dengan bersungguh hati untuk melihat Allah, agar dirinya jadi sangat yakin, sangat tawadhuk, sangat berasakan diri sememangnya seorang hamba-Nya. Namun Dia katakan, “tidak wahai Musa..”

Tapi kerana nabi Musa sangat mahukan juga, maka diperintahkan agar dia melihat bukit yang ada berdekatan. Maka dengan kuasa Allah, yang mahu menunjukkan kekuasaan-Nya, hancurlah,mencairlah bukit itu. Subhanallah.

Maka Musa pun pengsan.

Manusia tidak dijadikan untuk mampu melihat Dia. Merayulah macam mana sekalipun. Seperti nabi Musa. Namun, oleh kerana Allah itu maha Pemurah, maha Mengasihani, maka Dia menunjukkan dirinya dalam bentuk yang paling mudah, dalam bentuk yang bertindak sebagai simbolik kepada sifat-sifat Dia. Iaitu alam ini. Ya, alam ini. Malah, termasuk dalam apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita ini adalah sebenarnya cara Dia memperkenalkan dirinya. Allah maha Pemurah, bukan? Begitu banyak contoh yang Dia beri. Contoh mudah, alam ini. Kita belajar Biologi, tak perlulah kita berlajar secara formal barulah kita mengaku yang kita belajar biologi. Biologi itu ilmu benda hidup. Orang yang tak ambik subjek biologi, masakan patut mengaku yang mereka tidak belajar biologi? Apakah Allah tidak beri contoh yang secukupnya kepada mereka? Walhal sudah lebih dari cukup.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kebesaran) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-qur’an itu adalah benar. Tidak cukupkah (bagi kamu) bahwa Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?”

Mentaliti kita sekarang sudah terpesong jauh. Jauh amat. Kita sekarang belajar, bukan? Tapi belajar kita itu untuk apa? Untuk dapat cgpa yang tinggi? Untuk dapat anugerah Dekan? Untuk dapat Anugerah Naib Canselor? Atau apa sahaja yang disebut Anugerah begitu-begini. Apa ada dengan pointer? Ya..itu bergantung kepada niat anda. Pointer itu hanyalah simbol. Satu simbol yang mewakili apa yang tersirat disebaliknya. Nah, saya beri kamu, katakan, 4flat. Ambillah. Buat apa yang kamu suka dengannya. Mahu hebohkan? Mahu beritahu teman2, ibu bapa, sekian sekian sekian.. tapi cuba kamu tukarkan balik 4flat itu kepada ilmu yang kamu dapat. Mampu kamu?

Hadirnya kita di bumi ini sebenarnya adalah untuk mengenal Dia. Saya ulang, untuk mengenal Dia, Allah. Tuhan yang satu. Tiada dua atau tiga. Pencipta kita. Begitu Pemurahnya Allah yang telah menghadirkan begitu banyak contoh untuk kita fikirkan, untuk kita hayati, untuk kita lebih mendekati Dia.

Kita manusia ini lupa daratan sebenarnya. Tahu kamu apa itu lupa daratan? Begini analoginya.

Ada sepasang suami isteri hidup berkampung di tepi pantai. Suatu hari si isteri meminta suaminya tangkapkan ikan sebarang dua di lautan untuk di masak, dibuat santapan sekeluarga. Maka pergilah si suami ke lautan, berjanji akan kembali segera membawa ikan-ikan untuk hidangan sekeluarga.
Sampai sahaja di tengah lautan, tiba-tiba lautan bergelora. Maka si suami jadi sibuk bertarung dengan ribut, hingga terlupakan si isteri yang sedang setia menunggu di daratan. Terlupa yang dia perlu kembali. Itulah yang orang Melayu dulu-dulu namakan, lupa daratan.

Nah, begitu juga dengan kita ini. Dihantarkan hidup ke dunia, sememangnya mestilah bakal kembali kepada Dia, betul? Tapi ramai, mungkin, yang sudah terkandas dengan nikmat dunia yang ada, yang sebenarnya diwujudkan sebagai satu ujian kepada kita. Belajar itu, bukanlah mengejar pointer semata-mata. Belajar itu, adalah satu cabang untuk mengenal Allah. Tidak kiralah subjek apa yang anda ambil. Niat itu, biarlah niat untuk mengenal Allah. Kerana satu sahaja tujuan kita dihantar, dipinjamkan ke dunia ini, adalah untuk mengenal Allah sebelum kita kembali kepadanya.

Akhirat itu jauh lagi, semua berasakan begitu, bukan? Tapi untuk membuatkan umat-Nya berasa dekat dengan-Nya, maka Dia hadirkan nikmat semua ini.. semuanya mestilah untuk mengingati-Nya. Dalam seringkas-ringkas contoh.


“Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya,untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya.”

Jumaat, 15 Januari 2010

::senja::

lewat petang itu aku masih lagi duduk di kerusi bas.

ada dua tiga orang saja yang terus diam tanpa menoleh-menoleh.
penat,mungkin. suasana sepi melatari ruang udara tika itu. hanya iklan di televisyen yang menyanyi-nyanyi sekadar mengisi ruang sepi antara insan-insan yang ada disitu.

aku tertoleh-toleh.
sudah sampaikah?
oh..belum lagi.

tiba-tiba loceng berbunyi. selajur itu bas besar itu semakin perlahan. pintu terbuka.
si gadis yang di depan turun dengan riak selamba.

bukan itu yang menarik perhatianku. sebaliknya apa yang aku saksikan diuar cermin yang membatasi ruang di dalam dengan ruang di luar.

ada kanak-kanak yang berbaju kurung dan yang memakai baju melayu yang pantas mengejar si gadis yang baru turun tadi. kelihatannya seperti meminta akan sesuatu.
tidak payah untuk memahami situasi itu.

si gadis tadi terus berlalu tanpa peduli akan kanak-kanak berdua itu.

dan aku sekadar memerhati dari dalam. hinggalah ekor mata sudah tidak dapat menangkap imej kesemua mereka.

terlintas dalam benak. mengapakah masih disuruh-suruh mereka meminta-minta sedangkan waktu itu sudahpun berkumandangnya azan maghrib?

Rabu, 13 Januari 2010

::KeRinG::

Sisi diri yang pernah ditarbiah semakin menampakkan peranan nampaknya.
Aku sedar, dalam jauh aku melarikan diri dari hakikat, sebenarnya hati yang terdidik atas kesedaran sendiri, sebenarnya dalam diam memandu arah pemikiran dan tindak-tanduk aku seharian.

Mungkin hari ini hari yang ada peristiwa sepanjang aku hidup.

Ya, hari mana yang tidak ada peristiwa, betul?

Tapi, adakalanya gulanya, ladanya, garamnya..mungkin halianya,bawangnya,bla3 terlebih daripada yang biasa.
Nah, maka itu aku panggilnya peristiwa.

Hidup ini kalau manis sahaja tidak enak rasanya..betul?
Boleh bosan.

Biarlah aku sendiri mungkin, agar dapat aku rapati semua jenis manusia yang ada.
Agar aku tidak rugi hidup di dunia ini. Dapatlah aku kaut apa-apa yg aku perlu kaut sebagai seorang survivor di bumi ini.



Hidup bagaikan kembara di jalanan..Aku lebih suka memilih simpang-simpang yang bersiur daripada terus berjalan lurus.

Selasa, 12 Januari 2010

::HukuM MeReka::

Malam yang dingin. Kipas yg berputar laju. Aku yang masih belum mahu tidur.

Selalu saja terputar dalam kepala,mesti ada satu momen dalam hidup yg pasti akan aku sempat berasa bahagianya hidup. Tapi momen itu tidak mungkin akan tahan melewati satu malam. Tidak mungkin.

Ya,mungkin ada kalanya aku prejudis dengan nasib org.
Adakah aku si pelik yg ada masalah attitude?
Atau..
Adakah aku si pelik yg kadang kala seperti begitu begini, yg pendiriannya selalu saja berubah,
Atau adakah aku si pelik, yg mempunyai karakter pelbagai?

Ada satu jenis manusia yg begitu suka hati memperkatakan org lain tanpa sedar akan KEBODOHAN diri sendiri, tanpa sedar sebenarnya, sedang mengumpat diri sendiri. Bodoh.

Apa mereka kira mereka sangat perfect?bodoh.

Terlalu hanyut dengan dunia, lupa akan akhirat.
Malah, semakin bodoh pula, mengejek, memandang sinis si teman yg begitu taat kepada Tuhannya, yg dalam tenang, dalam seiring dan sejalan, mengejar nikmat dunia.

Apa mereka kira, dengan nikmat yg melampau yg diberikan kepada mereka, menandakan Dia sayang akan mereka? Bodoh. Bodoh kerna tidak mau memikirkan. Sampai satu masa, aku sangat berharap mereka akan tersungkur, terseret, biar luka, biar. Biar mereka sedar langit tinggi rendah.


Apa mereka kira, neraka itu sekadar api lilin?

Ahad, 27 Disember 2009

::AkuKAh yaNg teRaSa??

sedikit petikan artikel...=)

Tudung Labuh Pun Sama Sahaja
www.iluvislam.com
oleh : limaumerah
Editor : doraemong13


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Izinkan diri ini untuk meluahkan kata-kata, Bukan kata-kata kesat, Bukan kata sindirian, Bukan kata kosong.

Perkara ini nampak seperti hal yang remeh, tetapi bagi ana ini merupakan sesuatu yang amat mendalam dan agak menikam kalbu.. Apabila diutarakan mengenai tudung labuh, walaupun bukan tudung bulat pun, apabila tudung itu sudah lebih besar daripada orang lain, pastinya persepsi masyarakat akan turut berubah seiring dengan perubahan tudung tersebut.



Mengapa persoalan ini diutarakan? Apa selalunya yang terlintas dalam diri masing-masing apabila melihat seorang perempuan memakai baju kurung berserta dengan tudung yang lebih labuh daripada perempuan-perempuan yang lain? Pastinya tanggapan pertama ialah; perempuan ini perempuan yang baik, perempuan yang sopan, perempuan yang tahu menjaga adab dirinya.

Namun adakah kita sedar, dalam majoriti kaum wanita yang dikatakan bertudung labuh yang nampaknya sopan itu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka ini yang sebenarnya sedang menconteng arang ke muka wanita-wanita yang lain.

Mengapa ana berkata begini? Tentu saja anda semua pernah dengar perkataan ini, “Alah tak payahlah nak poyo-poyo pakai tudung labuh. Ingat semua orang yang tudung labuh ni baik sangat ke? Kadang-kadang yang tudung labuh ni lagi teruk daripada tudung kecil!” pasti pernahkan? Bagi yang baru pertama kali mendengarnya, pasti hati berasa panas sahaja mendengar perkataan sebegitu yang diluahkan. Namun, itulah hakikat.

Kebanyakkan wanita sekarang ini, maaf untuk menegur, tidak berakhlak seperti yang tertera pada pakaiannya yang labuh. Berdating sana sini, bermesejan lelaki itu ini, berhuha-huha dengan lelaki ajnabi, berkoling-koling, berkapelan islamik kononnya, cakap buang masa, menggedik sana sini(maaf kalau ada yang terasa) dan banyak lagi yang mana akhlak tersebut langsung tidak kena pada imej wanita muslimah yang ditonjolkan.

Apabila orang kata tudung labuh pun sama teruk juga, cepat saja naik darah. Sedangkan siapa yang menyebabkan orang lain berfikiran seperti itu? Apabila timbul masalah seperti ini, pastinya orang lain yang mahu bertudung labuh terbantut niatnya melihatkan akhlak wanita bertudung labuh yang lain ini. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.




Akhirnya timbullah perkataan seperti, “ Aku tak pakai tudung labuh pun, free hair je kot, tapi aku tak adalah macam si polan tudung labuh tu. Harap tudung tu je yang besar, akhlak tak besar pun,”

Ya, memang diakui,yang bertudung labuh juga adalah manusia biasa yang punya keinginan. Tapi bukankah elok jika cara pemakaian kita seiring dengan tudung yang dipakai? Tutup aurat itu merupakan satu kewajipan,menjaga akhlak juga satu kewajipan bagi kita. Mengapa hanya diambil satu perkara sahaja, dan ditinggalkan satu perkara lagi?


p/s: bile ak baca je artikel ni..ak terdiam dan memikir..heh.dalam artikel ni,wujud kedua2 sisi diri aku yang pernah ujud dan masih wujud=)

Sabtu, 26 Disember 2009

::Tahun Baru?

Kita semakin hampir ke penghujung tahun 2009. Aku terpanggil pulak nak cite pasal ni bile aku terbaca kwan bek aku nyer blog yang turut citer benda yang lbh kurg sama.
Setahun, rasa macam terlalu panjang pulak kali ni. Kalau tahun2 sebelum ni, setahun tu macam seminggu je rasanya. Terlalu banyak transformasi yang aku buat tahun ni. Kire, da setanding dah la dengan transformer,heh. Kwan2 aku yang terdekat boleh nampak apa yang jadi dengan diri aku ni. Kan kwan2? =) ye mungkin aku da berubah secara luarannya,tapi dalaman,aku rasa tak. Sejauh mana aku boleh berubah lagipun? Pernah masa aku dekat2 nak final xm da haritu,aku tension sangat jadi aku msg la sorg kawan bek aku ni. Aku citer serba sedikit pasal apa yang jadi kat aku, especially penampilan aku. Jadi kawan bek aku ni pun berkata, “ye mungkin ko kata dalaman ko tak berubah,tapi ko penah dengar tak kisah seorg ayah dengan anak2nya?” aku kata lah tak. Then dia pun cerita la dengan panjang lebarnya…
SEORANG ayah dengan anak2nya sedang melihat sebuah cerita. Tiba-tiba ada satu babak yang menampilkan pelakon lelaki dan wanitanya bercium. Spontan si ayah menutup kedua mata kedua2 anaknya. Anaknya pun berkata,” ala yah,sekejap je pun dorg bercium..takkan kami tak boleh tgk?skejap je yah..takde efek pun…” si ayah pula menjawab, “walaupun sekejap anakku, tapi benda yang tak elok walaupun sedikit pasti akan ada kesannya, anakku..” si anak diam tanpa berkata apa2 walaupun mungkin dalam hati mereka memprotes.

Nak dijadikan cerita, suatu hari, si ayah sedang sibuk membuat cookies di dapur. Maka datanglah anak2 lelakinya ke dapur.. “yah,ayah buat apa yah?”soal si anak yang seorg. “Ayah buat cookies ha..” jawab si ayah. “nak rasa satu boleh yah?”soal si anak yang lagi satu. Si ayah membenarkan dan dengan rakusnya kedua-dua anak itu menjamah cookies yang da siap dimasak. “wah,sedaplah yah! Ayah letak apa dalam cookies ni yah?” tanya si anak dengan terujanya. “Ala..ada lah..sikit je pun ayah letak.tak penting pun..” jawab si ayah seakan mahu berahsia. Tapi si anak masih tidak berpuas hati. “Ala bagitau la yah…please….”
Lalu si ayah pun menarik nafas dan perlahan-lahan memberitahu kedua anaknya..” Ayah letak TAHI…tak banyak,sikit je pun….” Lantas kedua-dua anaknya tergamam.

Habis je aku baca mesej kawan bek aku tu,aku pun tergamam skali..taik ke?biar betol! Tapi aku paham msg yang kawan aku tu cuba nak sampaikan walaupun aku tak boleh nak terima cerita kawan bek aku tu. Dia pun cakap,”walaupun ko kata luaran ko je yang berubah, tapi ko sedar tak yang dalaman ko pun last2 akan terkena gak tempiasnya?ko pernah ditarbiah..ko pernah bergaul dengan yang org2 yang baik akhlaknya mahupun penampilan..pikir2kan lah..”

Maka aku pun teruslah terpikir2.sambil kedua2 akal dan nafsun aku bertelagah.. tapi sejenak kemudian, nasihat keramat mak aku datang bergema dalam kepala. Sejurus, aku tersenyum. Ya, tersenyum=) “baik mak.” Aku bermonolog sendirian.
Ye mungkin siapa2 yang knal aku dulu,kemudian tgk aku macam ni, mungkin ada yang benci lalu hlang hormat tapi..percayalah,aku perlu buat kesilapan aku sendiri. Barulah aku betul2 paham kenapa dan mengapa..=) bukanlah bermakna aku sengaja jadi macam ni,tak,bukan..tapi..adalah.setiap apa yang kita buat tu kita kenalah pikir kesan jangka pendek dan panjang..kan?dan percayalah,aku dah pun pikirkannya..=)

Kawan2, kuasa menilai dosa dan pahala seseorg tu bukannya ditangan kita..yang itu adalah urusan DIA..adalah yang terbaik untuk kita sentiasa muhasabah diri dahulu..hadirnya aku dengan artikel ini adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri je..dan menceritakan pengajaran dari kisah aku kepada anda,ya,anda, saudara2 saya sekalian..dan moga2 dengan dah masuknya tahun baru jumaat yang lepas, azam aku yang paling mengungguli carta setiap tahun baru menjelma, iaitu memperbaiki diri sendiri,akan tercapai..insyaAllah.

p/s : sori ye sebarang kata yang buat siapa2 terasa..

Khamis, 24 Disember 2009

::Keputusan PMR meningkat?

okay..dengan jelas dalam berita yang keputusan pmr tunjukkan penigkatan.cuma klau tak silap ak lah tadi ak dengar yang result bm,bi dengan ap tah yang menurun,tapi sebaliknya dengan result sc,m3 yang meningkat. (rasanya la) bile tengokkan trend result upsr,pmr,spm sekarang, tak tau la knp ak jadi prejudis dengan result yang mereka tunjukkan. spontan bertan2 soalan berlegar dalam kepala ak.memang budak2 zaman sekarang yang jadi semakin pandai atau hanya permainan graf semate2? kalau betullah budak2 zaman sekarang yang da jadi semakin pandai,baguslah. tapi aku jadi risau. risau. dorg sangat pandai dalam akademik tapi,tapi dalam segi sahsiah dorg,seakan2 ada unsur ke-robot-an disitu.aku suka perhatikan pembawaan diri budak2 'kelas atas' dgn budak 'kelas bawah' zaman aku skolah dulu. kalau dekat skolah ak,kelas 'budak atas' tersangatlah nampak unsur ke-skema-an mereka. sampai rasa2nya da wujud jurang yang tersangatlah besar antara dua jenis budak ni.bile sukan, budak 'kelas bawah' la yang champion and paling banyak penyertaan.cliche bunyiknya dalam hidup ni..kan? mmg boleh nampak dengan jelas kecenderungan dua jenis budak ni. ak terpikirlah, kan bagus kalau takde camtu?kan bagus, kalau semuanya seimbang? kan? biar semua belia kita bagus2 belaka then blehlah memacu negara tercinta kita ni kearah kemajuan. maka tiada lagilah KOT minda kelas ketiga. negara kita nak kejar wawasan 2020. nampaklah jugak pm kita sekarang ni yang kate nak majukan ict kite, bla3 tapi dari segi minda rakyat malaysia cane la ek? apa la lagi yang boleh kita buat untuk majukan minda kelas ketiga masyarakat kite ni ek?? aku tau suara aku ni takleh sampai kemane pun plus,sapa jelah yang baca artikel aku yang agak melalut ni(aku rasalah)but stil aku kene kluarkan jugak dari kepala aku ni.baru terasa ringan sket,,

jadi,tuan2 dan puan2,
apa agaknya yang patut kita buat yekk??
ya maybe kita ni minoriti(kpd yg setuju dengan ap yg ak bebelkan jap tadi.kalau takde takpelah) tapi rasa2 bole tak yang minoriti ni jadi majoriti kalau dalam setiap saat,setiap org2 yang dibukakan pintu hatinya,terpikir untuk memikirkan?

renung2kan.