Selasa, 12 Januari 2010

::Aku Yang BAgaikan Pisau::

bangkit pada pagi hari. itupun kerana terdengar ketukan yang tak sudah. kalau tidak, terus belayar,mungkin.

permulaan hari yang tidak baik.
tertinggal kunci. datang lambat. sudahlah lambat, tersalah kelas. aku ingin menyumpah. tapi sabar.

mood masih lagi ok-xok.

dalam kelas mgt, 2 insan yg ak paling sayang pula menghantar kata2 yang aku kira, menghiris-hiris hati, mengoyak-rabak sekeping hati.

kadang kala terasa diri ini macam sampah.
tapi selalu saja hati meningkah.

langit mendung pula ketika ini. rintik hujan bagaikan mula menyentuh batang tubuhku yang berdiri kaku di pinggiran. tapi aku masih lagi di situ.
mengharapkan ianya hanya sekadar hujan lalu.

betapa aku sudah seakan larat-tidak larat.


Apakah manusia mngira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ," kami sudah beriman", dan mereka tidak duji?

3 ulasan:

Katakan.