Sisi diri yang pernah ditarbiah semakin menampakkan peranan nampaknya.
Aku sedar, dalam jauh aku melarikan diri dari hakikat, sebenarnya hati yang terdidik atas kesedaran sendiri, sebenarnya dalam diam memandu arah pemikiran dan tindak-tanduk aku seharian.
Mungkin hari ini hari yang ada peristiwa sepanjang aku hidup.
Ya, hari mana yang tidak ada peristiwa, betul?
Tapi, adakalanya gulanya, ladanya, garamnya..mungkin halianya,bawangnya,bla3 terlebih daripada yang biasa.
Nah, maka itu aku panggilnya peristiwa.
Hidup ini kalau manis sahaja tidak enak rasanya..betul?
Boleh bosan.
Biarlah aku sendiri mungkin, agar dapat aku rapati semua jenis manusia yang ada.
Agar aku tidak rugi hidup di dunia ini. Dapatlah aku kaut apa-apa yg aku perlu kaut sebagai seorang survivor di bumi ini.
Hidup bagaikan kembara di jalanan..Aku lebih suka memilih simpang-simpang yang bersiur daripada terus berjalan lurus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.