Hari ini Jumaat.
Yeay! Jeritnya dalam hati.
Tidak lama dia tunggu di tepi jalan itu. Hanya sesekali kainnya terbang ditiup angin dek kerana tertarik oleh arus kereta-kereta yang memecut laju mengejar lampu hijau itu. Matanya memicing melihat siapakah gerangan gender si pemandu. Yang bawa Kancil, perempuan. Laju saja memecut. Matanya menangkap pula kereta tidak jauh di belakang Kancil itu. Oh! Yang bawa Swift itu lelaki. Agak kacak rupanya. Dia tersengih.
Tiba-tiba lalu Ego dua tiga bijik. Telinganya bingit mendengar bunyi hon-hon yang menghempas gegendang telinganya. Kasar. Persetan kamu! Jeritnya dalam hati. Yang sedang memacu Ego dua tiga bijik hanya tersengih-sengih miang.
'Hai cik adik.. Tunggu bas ke?' Yang berbaju hitam menegur.
'Taklah! Tunggu lori balak'
Dia pantas meninggalkan Ego dua bijik yang terkebil-kebil mendengarkan jawapan si Dia. Dia pantas melangkah ke perut bas 604 yang sudah berada di belakang Ego dua bijik.

haha..kan dah kena!
BalasPadamahaha.
BalasPadamdan yang paling best time Si Dia berpaling dengan bangga dan naik bus 604 ;)
hah? xpaham??
BalasPadamkuang3~
hahaha padan muke si lelaki gatal miang tuh.
BalasPadamkak ngah;
BalasPadamhehe cube pahamkan
rose;
hehe.tau rakpe=p