Saat aku sibuk dengan urusan-urusan mengemas rumah, tiba-tiba aku terkenangkan sesuatu. Ada sesuatu yang menjentik hati aku saat lalu di hadapan sekolah menengahku tadi. Melihat kanak-kanak(aku rasa wajar menggelar mereka begitu;p)yang baru saja pulang, habis waktu sekolah, mengembalikan kembali memori saat aku bersekolah di situ; saat aku menjadi kanak-kanak, juga. 5 tahun membesar disitu, terlalu banyak kerosakan yang aku lihat di depan mata.
anak-anak muda yang hanyut dalam pencarian diri sendiri.
Terlalu banyak. Terlalu besar nisbahnya anak-anak muda yang punya konflik berbanding dengan anak-anak muda yang punya cita-cita tinggi dan fokus pada hala tuju masa depan.
Dan aku, tergolong dalam anak-anak muda yang bercita-cita tinggi dan fokus pada hala tuju masa depan. Saat itu hanya dua golongan anak muda sahaja di dalam persekitaran sekolah itu. Dan jurang antara dua golongan ini, sangatlah besar. Tiada kemungkinan, mungkin, yang ada anak muda di antara dua golongan itu yang bercampur. Kerana keduanya berbeza pemikiran, tingkah laku, dan prinsip. Dan beza self-esteem antara keduanya memang ketara. Zaman sekolah bagi aku, mungkin bukanlah sesuatu yang menyeronokkan, tapi mungkin mendidik..(semestinya)
Bicara soal prinsip, satu perkara yang aku sudah terlupakan. Dulu, waktu bersekolah dulu, aku tegas dalam mendidik diri menjadi sekian sekian sekian. Itu tak boleh, ini tak boleh. Mesti macam ini, mesti macam itu. Kerana waktu itu, aku hidup dengan prinsip, berbanding aku yang sekarang ini, hidup longgar prinsip. Kerana dulu, aku selalu ingin menjadi yang terbaik. Mahu menjadi anak yang sekian sekian sekian, kakak yang sekian sekian sekian. Aku ikat diri dengan pelbagai peraturan. Dan sebenarnya, waktu itu, aku sudah mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik. tidak mahu berlaku sebarang kesilapan yang boleh mencacatkan profil silam itu. aku mahu ia menjadi sesuatu yang sempurna untuk dikenang.
Tapi aku yang sekarang, hidup terkapai-kapai kerana sebenarnya aku kehilangan banyak perkara. Aku hilang zaman kanak-kanakku, zaman awal remajaku. Zaman sekolahku. Rasanya aku menjadi sang pelik. Ya, ala-ala pelik. Dan aku benci menjadi si pelik. Ada sesuatu dalam diriku yang selalu memberontak. Makin kerap, sekarang ini.dan aku rasa macam mahu saja cuba semuanya. aku mahu melakukan kesilapan. manisnya pengajaran yang aku dapat selepas itu melebihi penyesalan akibat tersalah langkah.
Kata kunci untuk aku sekarang ini, keyakinan.
Get a life la weh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.