(i)
malam itu cepat benar Osman mengantuk. dijelingnya sekilas jam di dinding.
ah, baru pukul 12!
hati Osman membentak-bentak.
aku tak nak tidur lagi la!
angin bertiup kuat sehinggakan langsir jendela biliknya terbang tinggi, menampakkan pokok besar di luar rumah. sedetik terasa seram sejuk tengkuk Osman.
Osman buat-buat tak tahu. dikerah sepenuh tenaganya untuk fokus pada televisyen di depan mata. walaupun muncul Megan Fox separuh berbaju, Osman masih tidak dapat lari daripada bayangan di pokok besar di luar rumahnya tadi.
makin lama makin terasa seram sejuk di tengkuknya.
"aku tak nak kau datang malam ni, faham? "Osman cuba berbisik selamba, walaupun jelas ketar pada suaranya.
aku..nak..makan...
perlahan saja suara itu. Osman tidak mahu menoleh. dia tahu 'benda' tu sudah ada di sebelahnya. baunya saja sudah cukup buat Osman terasa mual.
"Hm, ambiklah. tapi ingat, jangan banyak2, " pesan Osman, lebih kepada memberi amaran. sekali saja 'benda' tu engkar, tahulah nasibnya.
(ii)
"Makkkkk!!!" hening Subuh pagi pecah dengan jeritan Piah, anaknya Mak Bedah.
terkocoh-kocoh orang tua itu berlari berkejar ke bilik anaknya si Piah.
"Hey, Piah kenapa ni Piah?" Mak Bedah panik, melihatkan Piah yang penuh lebam satu badan.
"Tak tahu mak, sakit sangat mak. semalam Piah tidur tak ada pulak lebam-lebam ni mak. mak kenapa dengan Piah ni mak," separuh menangis Piah mengadu pada Mak Bedah.
"Tak tahulah mak, tapi ni mesti ada kena mengena dengan Si Mail tu. dasar jantan tak sedar diri. tak guna. mesti dah dihantarnya benda-benda dekat kau. nanti, jaga dia," Mak Bedah menggenggam buku lima menahan marah.
Piah makin menangis demi melihatkan banyak lagi lebam-lebam di sebalik kain batiknya.
(iii)
Pak Mail tiba-tiba bersilat di tengah rumah. hampir-hampir saja lantai rumah kayu itu pecah dek hentakan kuda-kuda Pak Mail.
Ahli keluarga yang berkumpul di sekeliling tiang seri kaget. tak pernah dilihat di depan mata mereka akan kegagahan Pak Mail. Orang tua itu sudah pun melepasi separuh abad, malah semakin dekat usianya dengan satu abad. namun, orang tua di depan mata mereka ketika itu seolah-olah bukannya Pak Mail.
Pak Mail menghentak lagi. kali ini dipersembahkannya bunga silat yang kelihatan pelik. menderam-deram Pak Mail, semakin lama semakin kuat apabila Tok Deris semakin rancak 'melawan' Pak Mail yang sedang berdiri di tengah-tengah rumah. Tok Deris hanya duduk bersila di depan Pak Mail, sambil tunduk sedikit berpejam mata.
Pak Mail jatuh melutut tiba-tiba. dengan dengusan kasar, Pak Mail cuba bangun kembali.
"Apa maumu, Deris jahanam?!" suara Pak Mail kedengaran sangat garau.
Tok Deris hanya tenang, membiarkan soalan Pak Mail tergantung tak berjawapan.
"Keluar dari badannya Pak Mail sekarang, iblis jahanam," Tok Deris menegaskan nada.
"Aku tak mau!" Bentak Pak Mail sambil menghayun langkah ke Tok Deris. Tok Deris bangun, lantas melumpuhkan gerak Pak Mail.
Ahli keluarga Pak Mail yang melihat mula menjauhkan diri, merancang untuk melarikan diri daripada 'pergaduhan' di depan mata mereka sekarang ini.
dan 'pertarungan di antara mereka berdua berlangsung berjam-jam lamanya.
***
hari ini hari Rabu. akan datang hari Khamis. dan akan datang bulan mengambang.
penduduk Kampung Kelapa Nan Sebatang kerisauan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.