Mawar terduduk di tangga. teresak-esak. air mata mengalir deras mengalahkan derasnya tsunami menghentam gigi pantai di Acheh.
hatinya rawan. sehelai kertas di tangannya sedah hampir lunyai, gara-gara pada awal-awal dia memegang kertas itu tadi, di komot-komotkannya, mahu dikoyak-koyakkannya. sehinggakan kertas yang bersih, licin pada mulanya jadi berkedut sejuta. dia menggeram. menjerit. (lagi)
kertas itu, dirakuskannya sepuas hati. mahu menunjukkan bahawa hatinya juga begitu saat ini. lunyai, hampir hancur.
hatinya, berdarah. deras. kini, sederas air matanya.
Mawar mengongoi kelemahan. hampir putus nafas. Mawar sudah tiada daya.
Tuhan, tariklah nyawa aku sekarang.
Mawar menangis lagi. penuh hiba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.