"tolonglah lepaskan tangan aku.aku dah penat macam ni." Senyap. tiada respon.
"tak mahu.kau, aku punya. sampai bila-bila."
"apa hak kau? kau ada hardcopy kau ke nak kata aku kau punya?"
"kau, aku punya! tahu? AKU-PUNYA"
"aku milik Tuhan aku."
"kau TETAP aku punya"
*slap*
***
Minah berjalan keluar dari bangunan berwarna hijau yang ada 5 tingkat itu berseorangan. di tangannya ada sebuah bungkusan. seketika wajahnya nampak keliru dengan bungkusan yang dihantar kepadanya sebentar tadi oleh pomen ofis. siapa punya kerjalah? dah la dengan sampul berwarna hijau, besar mengalahkan ensiklopedia Britannica kat rumah dia. isi? sekeping kertas je?
kepada : Minah.
Minah, saya sayangkan awak sangat-sangat. saya sangat suka tengok awak pakai baju kurung merah tu. sesuai sangat dengan awak. kalau boleh, hari-hari pakailah baju tu, ye? nanti saya belikan awak baju kurung warna merah. buat baju raya. nanti awak pakai tau? sayang awak Minah.
Mata Minah terbuntang. langkahnya terhenti di tengah-tengah jalan. serta-merta terasa bagaikan pembuluh darahnya menyempit. jantungnya berdegup seolah-olah dia baru lepas lari pecut 100 meter.
"Siapa punya kerja ni?!" Di tengah-tengah jalan yang sesak itu, Minah menjerit sekuat hati. berpuluh-puluh pasang mata kini melekat pada susuk jisim Minah yang berkebaya merah bunga-bunga kuning itu.
dari kejauhan, Mamat sedang tersengih-sengih kambing sambil memegang sehelai sapu tangan berwarna merah jambu yang ada sulaman berbunga-bunga yang tertulis, Minah.
tidak, dia tidak gila. dia cuma telalu-lalu sayangkan Minah. hari-hari Minah senyum kepadanya. hari-hari Minah menegurnya di pagi hari sebelum sampai di tempat kerja. dia tahu, Minah juga sayangkan dia. dan dia juga sangat sayangkan Minah.
Minah, I love you. Mamat tersengih-sengih busuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.