Isnin, 16 Ogos 2010

ogre. makhluk hijau yang aku suka. sebab warna dia hijau?

 TAJUK : JERITAN HATI SANG OGRE

hai, nama saya ogre. saya betina, lahir di hutan, time tengah hujan.dulu saya ada kekeliruan identiti sebab saya tak tau saya ni manusia ke ogre sebab rupa saya macam manusia tapi mak saya kata saya ogre. jadi apa-apa sajalah. harini, saya tumpang belog 'kawan' saya neh nak tumpang lepas geram sebab saya sudah tidak tahan diganggu dengan admirer saya yang tak paham-paham bahasa.

ceritanya begini :

memang aku macam ini.
sudah terang, jelas.
apa lagi maumu?

aku kan, kejam.
aku bukan (lagi) sweet, tapi dah jadi ogre.

sila faham.
aku, tak mahu.

oh ogre, aku ogre dalam versi cantik menawan. 

tapi janganlah tertipu dengan kulitku yang bukan berwarna hijau neh.
aku bukan ogre-dalam-versi-cantik-menawan yang berumur 16 tahun lagi.
itu sudah lama. lamaa.
sekarang aku dah 20 tahun.(oh, ya, umur aku sama macam manusia.macam kau.)

dan apa yang aku mau, pun sudah berbeza.
ogre pun tahu matang, tahu?

dan kau, sesempurna manusia, kenapa tidak tahu guna akal yang ada sembilan?
tolonglahh. cinta bukan segalanya, tahu?
untuk apa kau hidup di dunia?

aku ogre, suka makan saja. suka mengganas. suka menggila. itu saja yang aku tau.
jadi, berhentilah kacau aku. aku dah tak tahan lagi. nak repot polis, tapi repot macam mana yang aku mau tulis? nanti pacik misai terkekeh-kekeh ketawa sampai tersengguk-sengguk sebabkan kau. aku jugak yang malu. haiiiila.

gila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.