okei. bila kebelakangan ini kau sudah terbiasa mahu mengepost tapi tidak kecukupan masa. lantas ini sajalah yang terhasil. ini sajalah.
(long pause)
jari - jemari lama di keyboard. hanya mata terkedip-kedip melihat cursor yang hanya mampu berblink-blink tanpa mampu bergerak melahirkan huruf demi huruf - sesuatu yang sebelum ini terasa amat mudah tapi sekarang sudah jadi tidak mudah.
menulis, buat aku lega. di sinilah, aku lari sebentar.
cuti datang lagi. kerja, datang lagi.
**
ahmad berlari-lari mengejar bas putih-biru-merah yang baru saja pergi meninggalkan bus stop itu. hampir-hampir tak sempat, tapi nasib baiklah abang misai tebal yang bawak bas tu sempat nampak dia dan, berhenti. ahmad sengih, terima kasih, bro. abang misai tebal diam tidak beraksi, hanya memandang ahmad sentuh kad pada scanner.
tittt tit!
lalu ahmad mengagau mencari tempat duduk yang kosong. ah! bas ni kosong. ahmad sengih gembira. sambil matanya meliar, ahmad tertangkap imej seorang gadis sedang duduk di hujung bas, sedang lena. bagaikan dipukau (oleh gadis yang sedang tidur..?) kaki ahmad melangkah automatik untuk duduk di hadapannya.
dan dunia seolah-olah hanya ada dia dan..gadis itu, sekarang.
lena sungguh ya gadis itu. rambutnya yang ikal mengurai lembut menyentuh pipinya yang mulus. dengkuran halus kedengaran daripada hidungnya yang kecil molek elok terletak, mancung. ahmad terpesona. gadis di hadapannya ini, sangat cantik. tampak polos saja, tanpa calitan mekap. masih, cantik.
ah, keningnya. ahmad memerhati lama. bagai mahu saja dia merapi-rapikan alis itu. gadis ini.. menggoda sungguh.
dan sepanjang perjalanan, mata ahmad rakus menatapi seluruh ruang wajah gadis itu.
dia..terlalu sempurna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.