Sabtu, 18 September 2010

PETANG itu suasana kelam. suram. awan hitam berarak perlahan dari kawasan perbukitan, serentak dengan bentakan guruh di langit, seolah memberi amaran bahawa ribut akan melanda sebentar lagi.

kawasan desa yang tidak pernah huru-hara itu terus saja aman dan damai, malah semakin sepi dengan cuaca sebegitu rupa. tiada bayang anak-anak yang berlari-lari dari rumah ke rumah, mengumpul bilangan kawan-kawan untuk diajak bermain hujan. yang ada, cuma puing-puing kecil dedaunan kering yang berpusar-pusar, sekadar menambahkan lagi bayangan kesuraman desa itu. desa itu, bagaikan kawasan tinggal. bagaikan sudah tiada hidupan di situ. sepi. kosong.

haryani tersentak dari lamunan panjangnya. guruh yang berdentum sebentar tadi mengejutkan semangatnya. bagai melayang sebentar nyawanya dek kerana terkejut. cepat-cepat dia lari, masuk ke dalam rumah lantas menutup semua pintu dan jendela yang ada. haryani, hidup sebatang kara. dia sudah tiada siapa-siapa melainkan kucing peliharaannya dan rumah usang itulah satu-satunya harta yang dia ada.

haryani mengeluh berat. waktu-waktu seperti inilah dirinya terasa dikecam kesepian yang amat sangat. terasa terhimpit dadanya dengan kesunyian. rumah usang yang besar, kosong ini, menambahkan lagi kesunyian haryani. hilang akalnya sudah, tidak tahu mahu lari ke mana. terasa mahu menangis, tapi haryani tahan. sungguh, dia mahu menangis. terasa mahu menangis di bahu siapa-siapa. tapi siapa? haryani geleng-geleng kepala. menidakkan perasaan sendiri. mengusir bayangan wajah yang hadir di layar mindanya. air mata mula bergenang di kolam matanya. pandangan haryani mulai kabur, dia sudah tidak nampak apa-apa melainkan bayangan wajah itu. haryani merintih, tolonglah..jangan hantui aku macam ini.tolonglah..

***

"hai sayang.."gemersik suara itu kedengaran di belakang cuping telinganya. haryani ketawa kegelian. sufian lantas mendakap lembut haryani dari belakang.
"lama dah tunggu?maaflah abang lambat. kesian dia.."digeletek perlahan pinggang haryani.
"haah, lama dah tunggu.abang jahat, biar yan tunggu lama-lama.."dia mencebik manja. sengaja mahu bermanja-manja dengan sufian. rindu. biar dia tahu, aku rindu. rindu dengan pujukannya, rindu dengan belaian manjanya. rindu dengan ketawanya.
"biarlah..lagi lama lagi dalam rindu yan kat abang..kan?" terkekeh dia ketawa.seronok.
"abang jahat!" haryani mencebik. muncung sedepa. makin galak sufian ketawa demi melihatkan keletah manja haryani. haryani, suri hatinya. sungguh, dia tidak akan mengizinkan apa-apa menyakiti haryani hatta seekor nyamuk sekalipun.

cubitan manja haryani menyedarkan sufian dari terus-menerus menatap wajah mulus haryani. bentaknya yang memarahi sufian kerana tidak mendengar apa yang diperkatakannnya membuat sufian ketawa untuk kesekian kalinya. petang itu, mereka melepas rindu dengan bergurau senda dan bermanja sepuas-puasnya sebelum sufian terbang lagi memenuhi tuntutan kerja.

petang itu, sufian kelihatan lebih ceria berbanding biasa. dan haryani, langsung tidak menyangka apa-apa yang buruk.


TELEFON yang berdering dibiar lama sebentar. ragu-ragu, entah siapa-siapa yang memanggil. haryani lantas mengangkat jua telefon itu. lama, baru dia bersuara..
"hello?" gemersik suara di sebelah sana pantas melegakan hati haryani. walau bunyi bising akibat panggilan jarak jauh itu tidak menjejaskan suara sufian. haryani senang saja mengecam suaranya.
"abang..apa khabar?"
"baik saja.abang..rindu kat yan."mendatar saja suara sufian. namun kedengaran juga usahanya melunakkan suara, demi menunjukkan ceria hatinya saat terdengarkan suara lembut haryani.
"yan pun..rindu abang."bergetar suaranya saat menuturkan kata rindu. terasa rindu akibat penantian. sakit.
sufian ketawa lemah di hujung talian demi mendengarkan pengakuan haryani.
dan mereka berbual-bual berjam-jam lamanya, melepas rindu. sufian..tidak pernah begini selama dia terbang ke luar negara demi tuntutan kerja.

KEESOKAN harinya, panggilan dari nombor yang sama lagi ke telefon haryani. tidak menunggu lama, haryani terus saja mengangkat telefon. dan ya, memang sufian. hati haryani berbunga gembira. rindunya makin membuak-buak, tidak sabar menanti kepulangan sufian dari Abu Dhabi. ceria sufian seperti biasanya, seperti kebelakangan ini.

LUSA, telefon sudah berada dalam genggaman tangan haryani, menanti dan ternanti-nanti panggilan dari Abu Dhabi. resah menanti, habis berkilat-kilat rumah itu dikemas haryani. spotless. hari ini sufian lambat. tidak pernah dia lambat begini. haryani risau. sangat risau.
hampir tengah malam, akhirnya haryani yang mendail nombor di seberang sana. dia tidak betah menunggu lebih lama.
"abang?"terasa lama barulah jawapan dari seberang sana kedengaran.
"maaf yan..abang lambat.kesian dia.."kedengaran letih saja suaranya, kesian. bisik hati haryani.
"yan dah mandi belum ni?mesti belum kan..hehe.."
"kalau ye pun dah mandi, tadi mesti sampai ke dalam toilet pun bawak jugak telefon tu,kan?kan?"dan ketawa sufian galak, tidak putus-putus. haryani geram, tapi membiarkan. dia suka..hilang kerisauannya selama ini. dia tidak sanggup kehilangan sufian. tidak tahu apa akan jadi kepadanya kalau sufian tiada dalam hidupnya.

dan begitulah rutinnya hari demi hari. selalu saja dia duduk di pangkin rumah sambil bergayut dengan sufian berjam-jam lamanya. jiran-jiran sudah biasa melihat kelibatnya di situ. malah, selalu juga berbisik-bisik apabila sudah terlihatkan dia dengan telefonnya. haryani membiarkan saja. mereka, cemburu. bisik hati haryani.

***

"eh kiah, cuba kau tengok budak haryani tu. dah mulalah tu datang gilanya." mak bedah memuncungkan mulut ke arah haryani yang sedang duduk di buaian yang tergantung di dahan pokok besar di hadapan rumahnya.
mak kiah yang sedang menguli tepung hanya menoleh sekilas ke arah haryani.
"biarlah bedah oi..hak dia kan."mak kiah malas mahu mengambil kisah dengan busy body mak bedah. ada-ada saja yang nak disibukkannya.
"hak apa kiah oiii. budak tu, dah gila. entah sufian mana yang ditelefonnya tiap-tiap hari. setahu aku, sufian tu dah lama dah mati!" sembur mak bedah sambil mengipas-ngipas mukanya dengan kain batik.
mak kiah hanya menggeleng-geleng. malas mahu berprasangka buruk. budak haryani itu, normal saja dilihatnya. masih tahu hormat orang tua.dibiar saja mak bedah dengan omelannya.

dari kejauhan, haryani kelihatan ketawa keseronokan. entah apa yang dibualkannya dengan 'sufian'. dia sangat sayangkan sufian. dia boleh jadi gila kalau kehilangan sufian.

***

ANGIN yang kuat menerbangkan sehelai surat khabar lama yang sudah terpisah daripada kepingan-kepingan surat khabar yang lain. tidak tentu arah hala surat khabar lama itu terbang, sekejap hinggap di sana, sekejap hinggap sebentar di batang pokok besar. sebentar kemudian, akhirnya terdampar di tengah-tengah jalan.

KUALA LUMPUR : Seorang ahli perniagaan, Sufian Mohamad Ali,35, yang berasal dari Sungai Besar dilaporkan maut dalam rompakan yang dilaporkan berlaku di sebuah bank di ibu negara. beliau dikatakan cuba menenangkan penjenayah yang sedang mengugut untuk mencederakan seorang warga tua ketika seorang lagi perompak bertindak menikam beliau dari belakang. kecederaan yang dialami beliau dilaporkan parah dan meninggal dalam perjalanan ke hospital di ibu negara. kejadian itu berlaku sejurus beliau  tiba dari lapangan terbang sebaik saja pulang dari Abu Dhabi dalam menyelesaikan urusan projek yang baru sahaja mencapai persetujuan dua hala.


angin bertiup kencang sekali lagi, lantas menerbangkan lagi helaian surat khabar itu entah kemana-mana. petang itu, cuaca cerah. terik mentari bagaikan menyengat. awan putih kelihatan gebu berkepul-kepul di udara. dan desa itu, kelihatan normal saja.

***

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.