setiap kali tidur, mimpi mainan syaitan tidak pernah gagal menemani aku melayari rehat yang panjang pada malam hari. dan selalunya, aku bermimpi tentang cinta hati. selalu. dalam seminggu, hanya satu hari saja tiada dia datang dalam alam mimpi.
tak kisahlah apa pendapat orang tentang mimpi, tentang betapa mimpi itu memenatkan kerana menuntut rohmu mengembara jauh dari jasad jisimmu, mengembara ( secara real ) ke tempat yang kau hadir saat itu dalam dunia sebelah sana, aku, enjoy. malah ternanti-nanti untuk hadir dalam alam mimpi. dan selalunya, aku gembira apabila bangun tidur.
1. ya, kerana aku masih dipanjangkan nyawa. alhamdulillah. tapi,selalu saja aku melakukan dosa, dan menangis kembali meratapi diri yang masih sudi di kasihankan oleh tuhan. masih sudi diberikan nikmat macam-macam.
2. kerana aku bermimpi panjang, sepanjang malam, tentang cinta hati. ( mimpi ngeri, mimpi sedih, mimpi gembira, katakan saja, aku tetap gembira. to my own amazement. )
3. seolah-olah aku ada kehidupan lagi satu di alam sana. kehidupan yang penuh benda-benda misteri, tidak masuk akal, dunia di mana aku mampu bangun dan melawan ego aku(?), dan etc etc.
4. dan lain-lain.
walaupun aku gagal meraih ingatan tentang cerita penuh/separuh/suku mimpi itu, ajaibnya, aku masih, gembira. (selalunya aku gagal ).haha.
mimpi - impian - angan.
akhir-akhir ini, makin bertimbun bayangan indah yang wujud dalam kepala aku. akan dilakukan.
demi ibu ayah, adik-adik, demi cinta hati, demi..cinta Agung,
aku,
akhirnya, kembali berani untuk bermimpi. berimpian. berangan-angan.
280910 : 20 tahun setelah 280990. pasca Cinta Sufi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.