Ahad, 17 Oktober 2010

tipikal.

senja tadi, tatkala nesvita coklat menjadi pengalas perut, dan kuiz data comm menjadi peneman sepanjang petang, sinar mentari petang yang terik menembusi langsir jendela menyentuh hangat lengan yang telanjang, perit. untuk sementara, aku biarkan. cuaca ini, sedikit sebanyak mengubah mood aku. menjadi sedikit..bersemangat? terasa sedikit sinar harapan dalam hidup. bahawa aku, akan dapat jugak rasa bahagia itu, kelapangan dada itu.
yang mana, aku sudah terlalu banyak huruharakan hidup aku sepanjang dua semester ini.

aku tiada kawan. usahkan yang menjadi teman menangis, teman tumpang bahu untuk dilencunkan dengan air mata aku, yang teman menjadi ketawa gembira bergila-gila pun, tiada. patheticnya aku. tau. aku seringkali prejudis, dengan diri sendiri, juga orang lain. bukan aku tidak pernah cuba, pernah, tapi..entahlah. terlalu memilih..mungkin? sebab dalam kepala aku aku sudah tau mereka jenis yang macam mana, kebolehterimaan mereka tentang baik buruk aku, bla bla bla. bertahun-tahun aku berdepan dengan prejudis. 

kadang-kadang, terjumpa jugaklah teman yang sekepala. tapi, tak lama. sama ada takdir memisahkan, atau sudah suratannya macam tu. haha, sama jelah. apa beza?

semuanya jadi macam ni sejak aku hilang dalilah, dayah, aisyah, dari hidup aku, sehari-hari.

ah, tak sudah-sudah menyalahkan takdir. sudahlah nini.

mereka, adalah sebahagian fragmen-fragmen hidup aku yang terlalu signifikan. mereka, pernah buat aku rasa tak mau kahwin, sebab, ada mereka pun sudah cukup. haha, naifnya aku.mereka, moved on. semua sekarang, boleh kata berjaya dengan hidup masing-masing. baik dari segi matang tak matang, keperibadian, pelajaran - semua. aku..?

terumbang-ambing. tak habis-habis dengan angan-angan. aku tak gerak-gerak pun dari tapak aku dulu. oh, gerak, tapi mengundur. gila pathetic. aku makin jadi manusia tak bertanggungjawab. serius cakap. mintak maaf lah cik ana, kengkawan smf, aku, screwed up. rasa down gila bila jumpa diorang. nak angkat muka pun macam, haih. aku tau, aku memang lagi bagus dari tu. tapi kalau dah aku macam ni bertahun-tahun, hilang self-motivation, negatif je salu..mana taknya?

"..kau ni patutnya boleh jadi macam ni macam tu bla3.."
"..aku tau, kau boleh, jadi macam dululah, please nini, jadi macam dulu"
"..kenapa sekarang kau..makin teruk?"
"..kau boleh je, sebenarnya. "

ye,aku tau, aku tau.
but i cant handle too much expectations. aku..akan tak nak buat. idk why.
aku sendiri tau aku boleh. semua orang macam tu, kan. sape je yang tak boleh. semua orang boleh. nak, atau tak nak? tu je. as simple as it. yea right.

aku..kuat bergantung? ya, memang. aku..rindu bicara tentang hidup, tentang manusia dengan mereka. sejak mereka tiada, aku..sudah tidak berani tak konfiden langsung nak nilai orang. maksud aku, aku..dah tak boleh nak kenal orang. nak tau orang. oh, mungkin jugak sebab aku tak bergaul? uh, betullah tu.

kau, konfiden jelah patutnya. dan semuanya akan jadi senang untuk kau.
..yang mana, aku tak ada.

bila fikir punya fikir punya fikir lagi, aku tau sebenarnya pokok pangkal hidup aku jadi cani. bukan aku tak tau. ah, sudahlah. saja nak membebel sebenarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.