Khamis, 4 November 2010

tolong kembali, pada asalnya.

"sial macam mana pun hidup ni, semua tu dugaan untuk kita.."
"TAK ada apa pun yang sial dalam hidup ni, semua tu ujian dari Allah. tak ada istilah sial."
"..sori, bahasa orang muda (sengih)"
.sabtu, 30 oktober 2010

bila mulut kau masin sangat, nah, jadilah.
usah diteriak-teriakkan, lain kali.
Allah terus makbulkan.
kau kata, kau malas sudah mahu fikir dan nah, itulah kejadiannya.
walaupun perkara yang libatkan maruah, kesucian diri kau,
pun kau.. mintak bukan-bukan?
gila.

sekarang, suci itu bukan hak kau lagi. 
dulu juga, kau pinta, jadilah apa-apa, wujudkanlah apa-apa supaya kau..tak kawin. sebab kau..mau 
hidup untuk mak kau, adik-adik kau. kau mahu..mereka bahagia. mahu..tiada lagi air mata, tiada lagi barang-barang pecah, tiada lagi siri arwah nenek-mahu-bawak-mak-kau-masuk-dunia sana. tiada lagi bentak-bentakan, tiada lagi. TIADA.

dari kecil kau tanam azam dalam kepala. seawal umur 10 tahun. bila mana, usia sebegitu sepatutnya kau main perang-perang, tumbuk-tumbuk, guling-guling kat lumpur etc etc. dan kau membesar..dengan tiada tujuan lain, sudah.

kau pernah jadi sebaik-baik umat, dan sekarang, kau sejahat-jahat umat.
semua, kau sudah rasa.
SEMUA.
er..mungkin tak semua. 
tapi, masih, kau..
hm.

aku pandang begini, bila kau sudah lalui fasa yang terburuk hidup kau, hari esok..menjanjikan keindahan, jika kau terus sabar, redhakan, dan terus percaya, dengan janji Allah.
dan aku terus pegang, jangan sekali-kali putus asa dengan aturan Allah.
sejijik mana pun yang kau pernah buat, Allah, Tuhan manusia yang Maha Esa, tidak pernah prejudis dengan hambaNya. TIDAK sekali-kali, akan.

cumanya..
tolonglah, kembali pada Dia.

Dia..tidak pernah tolak hambaNya yang merangkak-rangkak demi mendapatkan redhaNya.

bangkit kembali, ya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.