sesungguhnya, baru habis minggu pertama perkuliahan. er, bagi saya.
dan, baru-baru ini ada jualan buku di toko buku uitm yang baaaaru saja bukak. mendengar saja JUALAN dan BUKU, semua senses saya yang hampir tidur ketika lecturer sedang membebel di hadapan, serta merta bangun kembali. cergas. peka. segar.
kedua-duanya adalah memang kegemaran saya. dan apabila, JUALAN (bertemu) BUKU = (menjadi) kegilaan.
kegilaan di luar skala.
lalu apabila selesai saja perkuliahan untuk separuh hari, saya terus mahu ke sana. panas terik, bas, lapar, pening kepala. ahhh. tolak tepi dulu.dan saya sanggup korbankan seringgit untuk pacik bus rapid yang hensem supaya tolong hantarkan saya ke menara saas. dan saya juga sanggup panjat tangga yang bertingkat-tingkat untuk ke foyer toko buku itu.
sanggup.
demi kegilaan saya pada buku. walaupun baki duit saya dalam dompet dan bank tidak membenarkan saya untuk membeli buku sekolah; yang sepatutnya saya beli dari JUALAN BUKU tersebut. tidak mengapalah, saya sanggup. sangat eager; macam kesedapan ketika korek telinga, setiap korekan bisa buat meleleh khayal; nikmat tidak terhingga.
begitu jugalah saya ketika memegang buku, dan membaca bait demi bait tulisan, sepatah demi sepatah, dan saya terus khayal, terus ketagih mencari titik noktah yang terakhir. di situ. ya, di foyer toko buku itu.
seketika, dunia sekeliling bagai tiada siapa-siapa. hanya ada saya, dan buku-buku.
dan kegemaran saya ialah, semestinya; buku motivasi.
di situ, hari itu, syurga dunia bagi saya.
TERlalu banyak buku-buku yang bisa membuat saya menggenggam erat 4-5 buah antaranya, supaya tidak terlepas ke tangan orang lain. HAHA. dan membuat pilihan, sangat sukar.
sangat.sangat.sangat sukar.
lagi-lagi bila mengenangkan baki wang yang tinggal. tapi akhirnya, saya kata;
"ah.watehelman.beli jelah."
dan saya beli.
dan pending list buku yang saya mahu baca; bertambah.
dan semestinya, ada baaaaanyak lagi buku idaman saya di luar saya. cuma..duit.
sekarang, fokus saya pada buku motivasi.
anda?








Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.