akhirnya saudara penulis yang saya kagumi, yang telah lama tidak menulis- telah menulis kembali. harapan saya setiap kali saya buka google reader, ada terpampang entri baru dari beliau. selalunya- tiada. hampa, kecewa.sebenarnya dia inspirasi saya untuk menulis, untuk berlaku jujur pada diri sendiri tentang apa yang saya rasa. lebih-lebih lagi, ya, bila saja saya berhajat mahu kongsikan apa saya rasa. dan saya, akhirnya, menulis.
ketika itu, blog ini baru diwujudkan. pada mulanya, hanya tuntutan assignment dari lecturer. sejujurnya, saya mati kutu hendak menulis di sini. memberi isi, memberi pengertian, pada mulanya. dan dia, beliau, saudara yang saya kagumi, telah saya temukan ketika itu, ketika mula-mula saya merangkak, bertatih, berkenal-kenalan dengan tulisan-tulisan yang boleh saya kata; membawa imej yang mahu dizahirkan pada readers.dan saya cuba kenal, isi hati yang paling dalam di situ. dan semuanya saya nampak- sama.
beliau, bagaimanapun, tidak menzahirkan identiti secara nyata, tapi kedapatan oleh saya. kantoi.
dan apabila ternampak beliau di fakulti, atau di mana-mana, secara spontan, saya kaku. kagum. hormat. tidak tahu langsung hendak bereaksi bagaimana. tidak berani langsung hendak tegur. serba tak kena.
saya tahu sejarah dia. saya tahu kisah silam dia.
masih, saya kagumkan dia.
kerna apa yang dia sudah jadi, sekarang.
apa yang dia, telah capai.
dan yang paling penting, dia betul-betul mahu berubah, dan telah berubah.
dan masih berubah, untuk menjadi yang lebih baik.
dan sejak itu, saya sentiasa mahu menjadi seperti dia.
akhirnya, sekurang-kurangnya, saya sudah terjumpakan satu sumber inspirasi, sumber dorongan terhadap kendiri, kerana saya, tapi bukan saya saja; semua orang. memang perlukan satu titik fokus yang terdekat untuk dijadikan sumber dorongan. a booster.
dan bila saja saya lihat entri beliau, hati saya menjerit gembira. kerana sudah berhari-hari, malah berbulan-bulan sebenarnya, saya rasa seperti mahu saja cari jalan untuk terus minta padanya supaya terus menulis. kerana saya, dahagakan emosi, kejujuran, nilai hidup dan pendapat dirinya yang paling dalam, yang ada dalam tulisan beliau.
dan saya rasa, saya memang begitu.
saya baru tahu yang saya, sebenarnya begini.
begini bagaimana? ha..itu yang kita tak tahu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.