alkisah, saya sangat desperate mahukan planner.
sudah masuk minggu ke-3 januari, masih tak dapat-dapat juga.
well, satu perkara tentang saya yang saya baru saja perasan; saya sangat perlukan planner.
heck. pencarian yang tak berkesudahan.
tengahari tadi, saya katakan kepada mak ayah, mahu ke toko buku sebentar. lewat riak muka emak, saya tahu, emak risau saya drive.
petang nantilah, sekali harung, ke shah alam, kata mak. saya diam sebentar. tapi hati sudah menggigit-gigit kata mahu. jadi saya, pergi.
sepanjang perjalanan, tiada kata-kata lain dalam kepala saya; gila.
semata-mata mahukan planner. well, setakat ni, langsung tiada yang berkenan. satu-satunya planner yang saya sangat suka macam sudah tiada dijual. kenapa ya? ada pun, ambil-ambil rupa saja. isi dalam, hmph. dan saya memang akan bad mood kalau beli juga yang saya tak cukup puas hati.
pusing-pusing dalam toko buku, juga tiada. kecewa betul. ini sudah kedai yang ke berapa. saya kah yang terlewat sangat cari planner? ( HAHA. dah minggu ke tiga, kottt.) dan pusing-pusing lagi, sambil fikir..
hurmm. boleh tahan buku-buku dalam kedai ni. nasib baik duit tengah tak banyak. dan tiba-tiba..
"SALE. RM0.80 - RM 2.00"
WOAH! buku-buku sastera banyaakkkkk sangat! saya jadi gila. gila lagi.
heheh.dari pencarian planner, akhirnya dapat benda lain.
er..beli sampai tak ingat dunia.
buku saya..makin bertambah dalam rak.
dengan tanda.. unread.
bytheway, syukur..jumpa juga apa saya mahu.
akhirnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.