petang.
petang.
panas.
usai kelas bahasa, penulisan laporan,
terbuang aku ke dimensi ini.
- mengantuk.
dalam kerlipan mata,
tanpa sedar,
akibat menyuap rezeki dengan jari-jemari kiri,
tanpa Basmalah,
tanpa langsung zikrullah,
saat demi saat berlalu,
detik demi detik berlalu,
- aku mabuk.
rasa berputar alam,
rasa...sebentar lagi macam mahu rebah.
cikgu di hadapan sudah menari-nari,
demi kami, dalam usaha mahu mengusir setan-setan
yang rancak bergayutan di tubir mata.
bergendang lagi entah apa-apa syarahan.
aku hanya mampu tersandar di dinding putih ini,
menumpang menongkat kepala,
seakan mahu rebah benar.
tapi enggan mengalah, lagi.
*
"Cikgu cakap apa tadi?"
"Ha?" sepatah aku jawab, spontan, lalu ternganga.
telinga aku memang ter-block,
sibuk menulis. sekarang inilah.
lantas aku ada sedikit usaha mahu tahu apa yang sedang berlaku.
belum sempat pun mulut aku terbuka untuk bertanya kepada Khaty-
"Nur..Shazni" dengan penuh kepayahan cikgu menyebutkan nama.
"Aa..ya, saya" Blur. Blank. Clueless.
"Cuba sebutkan waktu bila awak kreatif . waktu kecik ke, besar ke, apa-apalah-"
"Aa.."
Dead silence.
what the heck..? Subjek : Technology Entrepreneurship.
apa..kaitan?
"Menulis."
spontan, laju meluncur jawapan selepas berfikir 4 kali round, lebih kurang. (..spontan?)
dead silence, again.
pelikkah jawapan saya?
haha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.