Baru hari ini saya berkesempatan untuk menonton sendiri filem yang dicanang-canangkan naik seiring dengan penerbit kontroversi, Raja Azmi. Sesuainya filem ini ditonton oleh mereka-mereka yang mahu lari dari cerita-cerita klise mahupun sterotaip, yang bersedia dengan hati terbuka minda terbuka untuk berfikir dan lari dari prejudis - biar nilai yang diangkat sedikit lari dari norma manusia mahupun nilai moral; pastinya ia diangkat untuk mengetengahkan sesuatu. Saya, dari hari pertama saya dapat tahu tentang projek ini sekitar tahun lepas, saya punya harapan bahawa ini, filem ini, bukan sesuatu yang klise/sterotaip; baik teknik sinematografinya, jalan cerita, nilai. Dan yang paling penting - skripnya. Ohya, Raja Azmi juga salah satu faktor.
Menonton filem ini menyeret minda kita sekali untuk bergerak dan memikir, cara idea itu diketengahkan cantik sekali. Filem ini tidak seperti filem-filem yang selalunya, atau kata tepat - setakat yang saya pernah tengok sebab saya bukan movie goer, jujurnya. Kerana walau skripnya ringkas, tapi pemahaman yang betul-betul paham memanglah..perlu. Kalau setakat tengok dan kepala di awang-awangan memang suasana real dan hidup atau feel itu tak akan sampai. Waktu saya tekan play, dan muvi berjalan sudah 5 minit, saya silap sebab saya ingat awalannya tidak signifikan. Minit ke 6, saya patah balik dan main semula - ini, bukan sesuatu yang ringan.
Ya, bagi saya berat sebab mesej yang ingin disampaikan juga berat. Setiap babak membawa makna, yang tidak diberitahu terus kepada penonton. Bijak, saya suka. Contoh, babak yang saya paling suka, ketika Ogy masuk ke dalam bilik pengantin di akhir-akhir cerita, selepas mendapat tahu tentang Rubidin yang sudah menghilangkan diri, ketika Diana Danielle sedang duduk tersenyum menantikan saat-saat bahagia.
Mungkin - kita sudah tahu yang Rubidin sudah pun lari sebelum itu, tapi..cara Ogy menyampaikan maksud berita itu sangat brilliant. Kita tidak tengok babak dimana Ogy menangis marah-marah, atau dialog-dialog yang panjang-panjang. Cukup - Ogy capai tisu, arahkan Diana Danielle duduk tanpa kata dan lap mekapnya, walau Diana membantah. Di situ cukup, kita boleh lihat Diana sudah dapat agak apa yang sedang berlaku. Dan cuba menafikan hakikat. Dan tangisan Ogy, memang meruntun hati saya. Sayangnya, Diana kurang cukup emosinya saat itu. Kalaulah - dia ikut rentak Ogy dan meraung sama; oh, pasti saya sudah menangis hiba.
Juga, ketika babak Rubidin (Arja Lee) melintas jalan ketika bersama Dina (Diana Danielle) waktu di pertengahan cerita. Nampak sangat - Ruby masih lagi wujud bersisa walaupun sudah tertutup dengan Rubidin yang macho penuh kelelakian. Saya tergelak, malah banyak. Banyak babak-babak dalam filem ini yang menyampaikan maksud secara tidak langsung dan saya terketawa, memang brilliant. Contoh lagi, babak ketika emak Rubidin yang bawak motor, bukannya Rubidin. Juga, waktu Dina yang bawak, dan Rubidin setakat membonceng. Sejak Yasmin Ahmad - saya sudah tidak berpeluang melihat filem melayu yang sebegini.
Lagu-lagu yang dimuatkan dalam filem ini juga memang macam best. Mana nak dapat?
Juga, saya suka sound efek dan ketajaman setiap bunyi dalam filem ini. Dari bunyi nafas, rengkuhan, cengkerik, pijakan di batu-batu kerikil, juga bunyi seolah-olah mute selepas emak Rubidin dapat tahu yang anaknya sudah tiada anu, yang memeriahkan lagi cerita tanpa dialog - saya cukup suka.
Watak-watak sampingan dalam cerita ini juga tidak kurang hebat. Even pakcik menyembang pasal pokok tumbang atas atap genting rumahnya sewaktu di balairong kampung pun boleh kita terketawa, real sungguh, lagi-lagi bila Rubidin berdiri tercegat di situ tanpa tahu cara follow the flow dengan cara lelaki menyembang.
Ah, saya suka.
Thanks, Raja Azmi. Dan oh, well done, Khir Rahman. Filem ni memang releasekan tension saya sebentar. Bosan dengan stream youtube yang siput pun boleh menang saya rasa - walaupun banyak filem-filem pendek yang sangat cambest di situ. Nantilah, satu masa.
Habis seronok, mesej yang disampaikan memang sangat berat. Menyesal? Tentang pilihan, tentang kesannya. Setiap manusia..memang melakukan kesilapan. Tapi..silap yang bagaimana?
"Sungguh..sejak saat itu..setiap pagi nafasku berlagu kesal..penglihatanku berdindingkan kesal..wangian yang kuhidu berbau kesal..kini hanya penyesalan yang tak berkesudahan menjadi teman hidupku.." -watak sebenar-
Saya memang cukup faham, erti menyesal. Silap, yang tidak boleh ditarik balik walau nyawa dicagar.
p/s:
Tentang filem ini, satu saja pesan saya. Berminat? Tengok dan hayati. Lari sebentar dari sterotaip memang cambest. Masih prejudis? Jangan tengok,lah..saya rasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.