Rabu, 19 Oktober 2011

Hilang sekejap dalam soal dan ketakutan yang tidak pernah hilang. Dalam jangka masa yang tidak tersedarkan, rupanya ketakutan yang sentiasa membelit perlahan-lahan, meranapkan.

Aku cuba, sengaja, membelek tulisan-tulisan lama yang masih; alangkah bagusnya, ini yang aku suka tentang ini, walaupun mungkin langsi kerana apa saja pengalaman baru yang hadir, atau apa sahaja pengalaman jiwa yang meresap, atau apa saja fikiran liar yang tiba-tiba berlegar tak kira latar; aku cepat-cepat hadirkan kembali dalam bentuk apa saja. Kerana aku manusia mudah lupa; malah mungkin sebaik-baik contoh manusia pelupa. Bukan berbangga, bukan pernyataan; dan semua itu masih terakam dalam tulisan-tulisan lama yang aku, rupanya sudah terlupakan.

Tapi semudah-mudahnya kerana aku mudah lupa.

Dan akan datang pada masa-masa dewasa, aku akan kembali merenung masa kebelakang, mungkin kadang-kadang cuba mencari diri yang aku terlupakan; kerana aku letih dengan persepsi dalaman. Kerisauan yang tidak pernah mati; apa sahaja yang aku tayangkan, itulah yang orang akan nampak.


Memang akan datang waktu-waktu yang aku hilang dalam definisi diri sendiri, teragau-agau mencarik masa silam; cuba menampal sebaik mungkin pada diri yang konon makin dewasa dan ke depan;

Bukan hati ke hati yang aku dapat setiap kali aku kehilangan, kebingungan;
tapi judgement.

Akhirnya yang tinggal hanyalah aku; percaya pada diri yang makin terhakis sebenarnya kerana kebergantungan pada nilai-nilai luar. Cuma kadang-kadang aku terdetik kembali, tentang apa yang aku lupa; definisinya sentiasa aku yang pegang. 
Jati diri; tempoh masa yang aku cuba berikan tempoh percubaan, mungkin bukan idea yang bagus sebenarnya. Entah. Inilah dia, kekeliruan yang aku cakapkan. Ketakutan yang berselirat, benda yang aneh-aneh. 
 

1 ulasan:

Katakan.