Jumaat, 21 Oktober 2011

Memoria.

Bila tinggal hati pilu, sejuta fakta yang maklum yang cuba ditolak-tolak ke tepi jadi pisau kala ini. Yang tinggal hanya pilihan-pilihan tipikal; menggariskan realiti dengan fantasi.

Menggariskan hakikat dan kenyataan.

Menggariskan mungkin pernyataan takdir atau mungkin semudah turning point.

Apa yang terpamer semestinya bukan apa yang sebenarnya terjadi atau sebenarnya terzahir dari hati yang ikhlas; perlakuan-perlakuan yang ikhlas.

Tapi ya, percaya itu ibaratnya seperti kertas.
Sudah keronyok, tak akan boleh licin bebas kedut, kembali.

Tak kira, macam mana sekalipun tangan yang mendajal cuba menyempurnakan kembali kecacatan kekal yang terjadi.

Itu, kecacatan kekal itu, akan terus berkedut sampai bila-bila.
Tak kira, macam mana pun kau cuba lihat ia. 
Pusing atas bawah, terbalikkan depan belakang.

Mungkin aku patut dibuang saja masuk ke dalam tong sampah.
Selayaknya.




1 ulasan:

  1. tapi sekali pun ia di renyukkan,mungkin ada sisa seni yang tidak kelihatan.

    BalasPadam

Katakan.