Ahad, 20 November 2011

Kadang-kadang aku berfantasi apa rasanya kalau aku berada di tempat lain, tempat yang berlainan garis masa dan horizon, dan sedang mengikuti kuliah falsafah atau sosiologi atau pengajian bahasa atau sastera atau seni.

Aku yakin benar, sekurang-kurangnya hati aku penuh kerana bebas berbuat perancangan mengikut kehendak aku. Sesuatu yang..membuat aku rasa bernafas. Bukan kerana satu keperluan, untuk kaya dan menjadi mewah dan melimpahkan kemewahan.

Masalahnya hidup ini, permasalahannya terletak pada takdir mana yang dipilih untuk engkau.
Tapi iya, tidak bermakna tuhan itu kejam.
Mungkin, kalau kita terus bermimpi, dan berdoa, ada satu masa dan ruang waktu yang sesuai sudah disiapkan awal-awal untuk membuat kau rasa gembira. Sekurang-kurangnya, sebagai motivasi untuk kau terus percaya bahawa tuhan itu maha tahu segala perancangannya untuk engkau.

Jadi buat masa sekarang, aku terus percaya selesai aku lunaskan tugas yang terpikul di pundak sebagai yang sulung, mungkin ada, ruang dan peluang untuk aku jelajah hidup yang sementara ini sebagai pengembara jalanan; tidak lain tidak bukan untuk lebih mengenal segala apa yang ada untuk bisa lebih ke depan dan merasa apa itu hidup, dan survival.

Dan aku berharap aku akan sempat rasa semua tu, kerana aku sebagai manusia tipikal, tamak, ingin merasa secebis indahnya dunia ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.