Memaparkan catatan dengan label tentang impian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tentang impian. Papar semua catatan

Ahad, 20 November 2011

Kadang-kadang aku berfantasi apa rasanya kalau aku berada di tempat lain, tempat yang berlainan garis masa dan horizon, dan sedang mengikuti kuliah falsafah atau sosiologi atau pengajian bahasa atau sastera atau seni.

Aku yakin benar, sekurang-kurangnya hati aku penuh kerana bebas berbuat perancangan mengikut kehendak aku. Sesuatu yang..membuat aku rasa bernafas. Bukan kerana satu keperluan, untuk kaya dan menjadi mewah dan melimpahkan kemewahan.

Masalahnya hidup ini, permasalahannya terletak pada takdir mana yang dipilih untuk engkau.
Tapi iya, tidak bermakna tuhan itu kejam.
Mungkin, kalau kita terus bermimpi, dan berdoa, ada satu masa dan ruang waktu yang sesuai sudah disiapkan awal-awal untuk membuat kau rasa gembira. Sekurang-kurangnya, sebagai motivasi untuk kau terus percaya bahawa tuhan itu maha tahu segala perancangannya untuk engkau.

Jadi buat masa sekarang, aku terus percaya selesai aku lunaskan tugas yang terpikul di pundak sebagai yang sulung, mungkin ada, ruang dan peluang untuk aku jelajah hidup yang sementara ini sebagai pengembara jalanan; tidak lain tidak bukan untuk lebih mengenal segala apa yang ada untuk bisa lebih ke depan dan merasa apa itu hidup, dan survival.

Dan aku berharap aku akan sempat rasa semua tu, kerana aku sebagai manusia tipikal, tamak, ingin merasa secebis indahnya dunia ini.

Isnin, 18 April 2011

Oh, somehow dari jauh saya terdengar derap kaki saya dan nampak tapak kaki saya yang tertinggal di atas timbunan salji ketika saya berlarian sambil menyeret pencangkul salji(atau apa sajalah namanya). Saya dapat rasa saya tak suka salji. Sejuk. Takde tanah, daun-daun hijau yang memang hijau kering, angin hangat yang menghembus wajah.

Semuanya dingin. 

Tapi ketika itu saya berlari-lari seorang diri, ketawa meraikan apa adanya di situ. Terguling-guling sengaja biar sejuk itu mencengkam sampai ke tulang sumsum. Dan saya beranganan ketika itu, untuk dipeluk oleh tuan empunya rangka rusuk yang diciptakan untuk saya kembali kepadanya - kembali jadi satu - dan merasa hangatnya cinta dalam meraikan apa adanya.

Khamis, 14 April 2011

Terbang.

Antara sunset dan sunrise, aku pilih sunset. Tapi sunrise punya impak sama saja dengan sunset. Pagi tadi ketika matahari perlahan-lahan mula muncul di ufuk timur, antara segan dan tidak di sebalik awan pagi yang mendung, di suatu sudut yang lain aku terlihat biasannya yang dipantul oleh tingkap-tingkap kaca terus ke mata aku. Ah, malam tadi pun serupa. Bulan mendekat ketika aku tenung ia dan memerangkap aku dalam angan sendiri. 

Di suatu ketika yang lain, aku sedang berbaring di atas hamparan rumput hijau, berbumbungkan daun-daun dari dahan pokok yang menunduk seolah-olah sengaja memayungi aku. Angin bagai sengaja juga bertiup, menggeletek daun-daun kering supaya putus dari dahan lalu jatuh bertaburan di atas aku. Beberapa ketika lagi di sini, aku rasa aku mungkin sudah dikebumi dengan timbunannya.

Aku cuba dengar panggilan alam. Dari satu tempat yang jauh, merentas lautan pasifik atau mungkin sedikit dari lautan china selatan, aku dengar nama aku disebut-sebut sebagai tetamu yang dinanti-nantikan.

Selasa, 16 November 2010

bicara tentang broga.

bila udara yang dihela sudah bagaikan asid, apalagi yang aku boleh buat selain lari ke sini dan mengadu domba? oh, dada terasa sempit, sesak. bila saja mengembang, seolah-olah berjuta jarum menyucuk-nyucuk segenap ruang hati. bertambah, dan bertambah. lalu, aku pilih untuk tidak bernafas, atau memaksa nafas keluar. biar, biar dada kekal sempit. biar, dada tidak terasa apa-apa. tapi fitrahnya aku manusia, perlu..bernafas. jadi, terima sajalah. biar rabak sekalipun dada ini. oh, aku tidak mahu fikir apa-apa. tolong, kosongkan ruang fikiran ini. tolong, aku mahu lari. haha. pengecut!

hadirnya aku di situ waktu itu, tidak aku terhargaikan suasana yang ada waktu itu. tidak aku terdengarkan bicara alam ketika itu, tidak aku terlihatkan indahnya alam waktu itu, hinggalah angin menyapa aku keras. menghempas, dan bersatu dingin dengan kulit. oh, maaf. aku tidak perasan pada awalnya. janganlah merajuk. mari, bertiuplah lagi.

lalu angin bertiup lagi. suka, membelai-belai aku lembut dengan nyaman udaranya, bergurau senda dengan aku dengan rima gila-gilanya. mengulit segenap tubuh aku dengan lembut layanannya. ketawa aku, suka. nakal kau ya, angin. dan burung-burung kecil, mulai terbang berlegar-legar. kelihatannya pada mata aku, seolah-olah bermain-main riang ketika aku di situ, bergurau senda dengan angin. dan lalang-lalang pula, ah, usah cakaplah. liuk-lentuk mereka menari-nari mengikut rentak angin sungguh membuai perasaan. ketawa lagi aku. terlupa sebentar sang mentari yang mula menampakkan diri dibelakang. ya, waktu itu aku membelakangkan sang matahari. patutnya, ketika itu semua orang teruja melihat secara langsung sang matahari yang perlahan-lahan menampakkan diri, yang mana pada mulanya menjadi fokus utama aku hadir disitu awal-awal pagi lagi. tapi waktu itu, aku sudah leka dengan angin. haha. aku rasa, matahari cemburu benar waktu itu. maka aku, berpusinglah, mengadap matahari.

bermain dengan alam, sungguh menggembirakan. aku bisa leka berjam-jam di situ. dan memang aku mahu terus di situ.  semua ada di situ, apa lagi yang tiada? lihatlah, pengajaran langsung daripada Allah yang Esa. kau, tidak akan jemu. persoalan, penghargaan akan nikmat Allah tidak akan surut dari minda. bersyukur, kau bisa melihat semua itu. semua. SEMUA.

dan oh, untuk tidak terlupa, di saat hati terasa berat benar mahu pergi, pelangi..muncul. tiba-tiba. haha. kejam sungguh. sengaja kamu ya, betul-betul buat aku tidak mahu pergi. lalu, duduk lagi aku di situ, bermain-main lagi dengan angin, sambil melihat pelangi dari kejauhan. sampai akhirnya aku terpaksa juga turun, apabila ditegur. hujan mungkin akan turun. lalu.. aku ucapkan selamat tinggal pada semua. pada angin yang nakal, matahari yang sentiasa setia di situ, walau selalunya aku tidak terhargaikan, lalang yang lemah gemalai, dan pelangi yang sungguh baik. alam..tidak akan buat kau kecewa. semuanya, hadir di situ, meraikan kehadiran kau di situ, dan menyampaikan kasih Allah kepada kau.

bermain dengan alam walau untuk beberapa minit, ketika itu, sungguh..terapi yang bisa aku ulang tayang dalam minda. bisa aku panggil bila-bila masa aku mahu.

dan broga, aku akan datang lagi. tunggu..ya?

Sabtu, 16 Oktober 2010

wishlist.

sem depan, mahu ;

1. drive
2. teater
3. silat
4. dalilah
5. dayah
6. aisyah
7. cinta hati
8. bukit broga
9. drive pergi pd
10. membawa langkah ke mana mahu bila hati huruhara
11.dapat ad
12. jadik skema
13. duduk kolej
14. shopping sampai lebam
15. keje
16. cat charade
17. bila habis semester, duit dalam akaun ada rm1K
18. to be uploaded later..