Jumaat, 15 Januari 2010

::senja::

lewat petang itu aku masih lagi duduk di kerusi bas.

ada dua tiga orang saja yang terus diam tanpa menoleh-menoleh.
penat,mungkin. suasana sepi melatari ruang udara tika itu. hanya iklan di televisyen yang menyanyi-nyanyi sekadar mengisi ruang sepi antara insan-insan yang ada disitu.

aku tertoleh-toleh.
sudah sampaikah?
oh..belum lagi.

tiba-tiba loceng berbunyi. selajur itu bas besar itu semakin perlahan. pintu terbuka.
si gadis yang di depan turun dengan riak selamba.

bukan itu yang menarik perhatianku. sebaliknya apa yang aku saksikan diuar cermin yang membatasi ruang di dalam dengan ruang di luar.

ada kanak-kanak yang berbaju kurung dan yang memakai baju melayu yang pantas mengejar si gadis yang baru turun tadi. kelihatannya seperti meminta akan sesuatu.
tidak payah untuk memahami situasi itu.

si gadis tadi terus berlalu tanpa peduli akan kanak-kanak berdua itu.

dan aku sekadar memerhati dari dalam. hinggalah ekor mata sudah tidak dapat menangkap imej kesemua mereka.

terlintas dalam benak. mengapakah masih disuruh-suruh mereka meminta-minta sedangkan waktu itu sudahpun berkumandangnya azan maghrib?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.