jika kisah kau bermula di sana, kisah aku bermula di sini.
one utama damansara.
McDonald's one utama.
the body shop one utama.
lepak. makan. ketawaketawa. minyak wangi. calitcalit, ketawa lagi.
indah. sungguh indah.
aku suka. dari dulu aku bayangkan aku ada seseorang dari gender kamu untuk aku berbuat sedemikian. bersama-sama. sebagai teman yang tulus. ikhlas.
hari itu, seolah-olah tiada penghujung. dan aku berharap sememangnya tiada penghujung.
endless journey.
maka hari itu berakhir di pantai. laut. ombak. pasir. segalanya. segalanya yang selama ini aku, dapat bayangkan sebagai mimpi cuma. usah dikesalkan keputusan yang aku buat. kerana, itu yang aku mau. itu yang sebenarnya hati aku mau - kau.
"hai"
"haihai"salam.salam.
"abg, berapa orang je perempuan?"
"campur korang, 3."diam sebentar. banyak fikiran datang menyerbu. tapi hilang sekelip mata, bagai turut bersepai seperti pasir-pasir yang dilanggar ombak, nun tidak jauh di depan mata.
diam lagi. tidak bercakap apa-apa. malas. layankan saja bunyi pukulan-pukulan ombak itu. layankan saja bunyi pasir-pasir yang ditarik ombak ke laut, bagai hati aku pun turut ditarik-tarik ke laut. sungguh, aku mau turun. sekarang juga.
"apai, pinjam selipar."terus berlalu selepas diizinkan.
"nak pergi mana?"hati menjerit.ya, peluang. alasan.
"turun."
"ikut!"tiada jawapan tapi, riak muka meringankan hati.
dari saat itulah, bermulanya journey ini. adventure ini.
**************************
"nak duduk mana eh. ah, sinilah." terus menghempas punggung. nyaman sungguh angin. aku lihat sebelah, kau ada. diam. memikir. ke mana saja fikiranmu pergi?
oh ya. aku tahu.
cakapcakapcakap. tapi kau diam juga. sekalisekala membalas tapi aku tau, kau tiada di situ. kau ada di atas bumbung, duduk berdua dengan dia, di bawah sinaran malap cahaya bulan. dengan kau berbaju tidur, dan dia bergaun tidur. dan kamu menyelam rasa yang ada sepanjang malam. duduk berbicara soal hati, soal rasa, soal impian, soal harapan. saat itu bagi kau, bagai tiada kesudahannya. kau yakin, dia terus ada. kamu berdua akan sama bahagia. terbayang raut wajahnya yang lembut, mencuit hati lelakimu, kamu tersenyum sendirian. tapi matamu menangis. kesal, dia sudah tiada. kau, tidak dapat menggenggam jari jemari halusnya lagi. tidak dapat melihat senyuman manjanya, yang bisa membuat kau tidur lena. lena diulit bayangan indah, sepanjang malam. tapi kini. senyuman manjanya; membuat kau ngeri untuk tidur. penyesalan, tidak tertanggung. kalaulah.
kalaulah.
kalaulah.
kalaulah...
"shooting star!"
"hah?mana?"
"tu!"
"oh. patutlah. aku pun nampak tadi, cuma di ekor mata. kurang yakin." mulutmu berbicara, badanmu seolah hidup tapi matamu - kosong. kau; merenung jauh ke dada langit.
dia. hajatmu.
diam lagi. kau memikir lagi.
lalu aku putuskan, biarlah malam itu, aku ada. sekurang-kurangnya.
mulutmu membisu, tapi hatimu berbicara.
usahlah tidakkan. aku tau.
dan dalam diam, kau menangis.
***************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.