Aku capai pisau, belah dada. Lihat, apa
yang berdegup; pucat, biru. Darah yang tinggal hanya pada nama kau
yang terukir jelas, sedang ia berdegup berlagukan rindu.
Memaparkan catatan dengan label tentang rasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tentang rasa. Papar semua catatan
Ahad, 13 November 2011
Ahad, 23 Oktober 2011
Dengar The Carpenters saat angin bertiup dan buku di tangan seolah menghadirkan diri dalam surga ciptaan sendiri.
Cantik cuaca hari ni. Kalau semalam dia mengagau mencari ketenangan dalam jiwa yang menjerit-jerit keresahan, pagi ini dia bangun macam rutinnya yang biasa, pukul5 pagi sudah pergi tandas, bersihkan diri, dan baring semula atas katil, buka buku, dan mula membaca perlahan tatkala rommatenya masih enak diulit selimut, berlayar bersama mimpi.
*
Lama benar dia tidak hadir ke sini. Taman permainannya. Saat dia melangkah masuk sebentar tadi, kurang sedozen bayang manusia yang nampak waktu-waktu begini. Dia berdiri lama, memandang barisan pokok-pokok renek berlapiskan pokok-pokok yang agak rendang; cuba mencari spot yang rasa-rasanya agak seronok untuk berbaring dan bersandar ikut suka.
Di tangan kirinya dia genggam bakul bekal makan tengahari, di sebelah tangan kanannya dia kepit tikar mengkuang dan buku-buku yang dia belum mula baca dan sudah separuh baca. Di bahunya pula tergalas beg sandang yang berisi botol air, iPod, sapu tangan, tisu, sudu, garpu, dan payung.
Oh, dan selendang.
Dia jumpa sudut yang agak redup, di bawah pokok yang paling rendang dia kira; kurang orang lalu lalang dan agak jauh dari orang lain. Dia bentang tikar, sandarkan beg sandangnya ke tulang pokok, letak bakul makanan di sebelah kiri, keluarkan buku-buku dari begnya dan menghenyak tubuh untuk duduk, mencari posisi selesa. Dan lekat headphone pada kepalanya, cucuk iPod, dan mula selak helaian yang terakhir dia tinggalkan.
The Carpenters membuai-buai telinganya saat kehadiran angin sepoi-sepoi bahasa terasa menyapa batang tubuhnya perlahan. Dia memang boleh tenggelam terus jika begini gayanya.
*
Di atas, awan berarak perlahan menghiasi langit biru turqoise pekat, serentak seolah matahari di putar tombolnya untuk meredupkan cahayanya.
Maria angkat muka, merenung langit yang penuh dengan awan putih gebu, yang masih berarak perlahan, sekali-sekala mengikut rentak angin yang menyapa-nyapa mukanya saat ini. Di tangannya, dia sudah selak hampir tiga per empat buku yang cuba mengajar erti hidup, bercerita tentang pengajaran seumur hidup; dan di telinganya masih bergendang rentak perlahan dan membuai lagu-lagu kegemarannya. Tapi desir angin yang berlanggar dengan dedaunan seolah lagi memukau sukmanya.
Buku di tangannya dia lekapkan ke dada. Kala itu dia bersandar separuh badan, dengan selendang menutupi lengannya; mencuba supaya tidak terlalu menyengat rasanya terkena cahaya matahari. Dan angin masih seperti tadi; sebab utama dia pilih untuk keluar hari ini, singgah ke taman permainannya sejak dulu, yang dia datang hanya untuk tujuan yang indah; benar-benar penting. Seolah sweet escape mungkin.
Dia renung langit lama. Seiring awan yang berarak, terlintas memoria lama; yang terlipat, terselit bersama-sama setiap pengalaman hariannya. Dia cuba, untuk memaafkan dirinya selama ini, atas segala apa yang dia telah buat. Kemaafan, bukan hak dia untuk putuskan layaknya atau tidak. Tuhan sendiri maha Pengampun, tapi telah Dia katakan yang hak kemaafan untuk orang yang teraniaya itu, hak eksklusifnya sendiri.
Dia sebenarnya masih tidak dapat memaafkan dirinya sendiri, harus bagaimana dia kuat untuk meminta kemaafan secara tulus dari temannya? Kasihnya? Pengajaran tuhan itu secara langsung. Benar, manusia sering berbuat kesilapan dan lumrah, kita belajar dari kesilapan. Tapi.. jangan minta kita belajar dari kesilapan sendiri. Jangan diulang kesilapan orang lain, jangan guna alasan untuk benar-benar merasa dan mengalami pengalaman itu sendiri.
Kerana apa yang tersurat, yang telah terjadi, bukan sesuatu yang boleh diundur. Pengalaman masa, mengalir ia seperti air, bukan boleh disedut-sedut kembali. Ia menjadi sejarah. Ia tercatat. Dan akan sentiasa diingat.
Dan itu, merenggut setiap kekuatan yang Maria ada. Dia tahu dia tidak sempurna, dia tahu dia tidak seperti orang lain, dia tahu dia sentiasa buat salah seolah ditakdirkan untuk jadi pesalah sahaja; dia tahu proses dia belajar sangat lambat, dan itu memerlukan dia keseorangan. Bilamana dia harus tenggelam dalam dunianya sendiri, memerhati orang sekeliling. Kerana dia tidak akan melibatkan siapa-siapa melainkan dirinya sendiri.
Tapi masa berjalan. Keadaan berubah. Sama macam awan putih yang berarak di atas; sentiasa bergerak, sentiasa berubah bentuk dan warna, sentiasa wujud yang baru, hapus yang lama, semuanya berjalan sekitar kehendak-Nya.
Semua fikiran-fikiran ini bebas melayang ketika Maria di sini. Buku yang sudah tiga per empat dia baca itu dia tutup sudahnya. Dia tutup mata, dan biar fikiran-fikirannya melayang bebas; kerana apa yang dia ada hanyalah dia dan monolognya.
Selasa, 10 Mei 2011
Restart.
Aku harap pagi ni nampak sunrise. Macam semalam. Lagi semalam. Dan pada hari-hari kebiasaanya.
Subuh ini subuh terakhir di sini.
Dan pagi ini takdirnya mendung. Walau apa pun, kicau burung tetap singgah dalam hati. Mereka raikan pagi dengan apa adanya. Dan aku, juga harus raikan apa adanya. Pagi ini juga rasa tenang, rasa menang. Semalam memang ujian paling getir sepanjang minggu exam. Aku hampir saja putus asa. Lepas satu, satu. Satu, satu.
Aku percaya, cinta Allah itu manis. Ayuh, kejar kembali. C:
Moganya hari ini permulaan yang bagus!
InsyaAllah. Ya-Rabb, minta permudahkan ya?
Rabbi Yassir Wala Tu'assir.
Isnin, 9 Mei 2011
Ulang Kali ke..empat (kot).
Aku tak boleh solat, aku takleh ngaji, aku tak boleh apa. Baru aku perasan tadi, petang ni petang terakhir aku dekat sini. Besok lusa, aku tak kan termenung lagi tengok langit senja dari katil aku. Dari koridor antara dua bangunan.
Besok lusa, takde dah kelibat aku berdiri termenung dekat koridor tu tengok bulan time malam-malam. Takde dah kelibat aku yang suka termenung sekejap dengan sebelah barat sekejap dekat sebelah timur. Kadang-kadang, kalau berpeluang, aku dapat tengok bulan dari katil aku. Aku baring, tenung je bulan lama-lama. Aku boleh macam tu, dekat sejam setengah.
Budak aras aku pun tak nampak dah kot kelibat minah emo ni layan emo dekat koridor. Orang lain lepak koridor dengan enfon - bergayut. Berchenta dengan boifren. Aku? Bergayut berchenta dengan bulan, matahari pagi, matahari senja. Haha. Lame.
Lepas ni cuti empat bulan - aku yakin aku akan lupa. Tapi bila-bila aku terpandang lagi tempat-tempat ni, aku akan ingat semua. Vividly.
Semua tu bukan hanya sekadar merenung ditenung kosong; segala rasa yang hadir mencipta memori. Mengenal cinta, cinta itu cinta ini. Berkasih dengan tuhan, mengadu domba di situ di sana. Selalunya, entri sebegini aku akan buat bila aku dah nak habis sem. Ini mungkin yang ke-empat. Motif? Entah.
Aku tak dapat dah kot macam ni..
Mungkin sem depan pulak, aku dah tak hirau benda-benda macam ni?
Waw, the emo nini changed? Hahaha.
Mintak maaflah, post aku kat sini tak pernahnya gembira. Thanks to those yang tahan baca posts kat sini, siap follow lagi. Thanks, sangat.
Uh..ya. Ini post emo.
Sabtu, 9 April 2011
Khamis, 10 Februari 2011
Orkestra terAgung.
oh, rasa ini. mari, jika saya rasakannya sendiri seolah tamak. mari kita sama-sama rasa. ayuh.
*
dalam redup cuaca yang sama seperti hari-hari biasa, Maria melangkah perlahan ke taman permainan yang sudah lama ditinggalkannya, tanpa sebarang sebab. dan duduk dia di kerusi itu, kerusi yang biasa dia pilih juga kala dulu; waktu sebelum dia keliru dengan diri sendiri.
sejenak, maria pejam mata. menghela perlahan udara segar yang juga sudah lama ia terlupakan. sayup-sayup kedengaran suara alam memanggil dia dari jauh. hiruk-pikuk suara anak-anak yang girang berkejaran sesama mereka makin jauh meninggalkan dia, dan dia makin dekat dengan panggilan alam. dia senyum. dalam perlahan hela nafasnya, dia mencapai kedamaian. segala setiap unsur alam bersatu untuk meraikan kehadirannya.
saat itu, tiada apa yang dapat menandingi halwa telinganya; selain daripada gemersik angin yang melanggar dedaunan untuk mewujudkan bunyi, semata-mata ingin memberitahu yang dia dihargai di situ. kerana dia di situ untuk sesuatu; dan hatinya juga cukup peka untuk merasakan hadirnya unsur-unsur alam yang suka bermesra dengannya. gemersik angin yang menyanyi riang seolah membawanya ke dalam orkestra semulajadi, membuainya perlahan, dan sedikit demi sedikit seolah membaluti luka-luka kecil mahupun besar yang wujud, terpalit dalam hatinya. sungguh, nyanyian angin bersama lemah gemalai tarian pokok-pokok renek yang mungkin sudah berada di situ lebih, 10 tahun, sememangnya membawanya hanyut jauh ke dalam dunianya sendiri.
lalu, menciptakan energi positif yang membuat dia percaya dalam senyum, bahawa cinta hatinya sememangnya untuk dia, dan apa yang cinta hatinya tunggu-tunggukan, lambat atau cepat, memang ini, takdirnya. setiap sabar cinta hatinya, akan berbalas jua. sabar ya, sayang. akan aku hadir juga di hadapanmu, seperti yang kau pernah nampak dan percaya aku akan jadi, dahulu. kata maria.
dan petang itu, matahari sempat mereflekkan cahaya pengharapan kepada maria, saat maria mahu melangkah pulang. di situ, jingga sinar mentari senja mewarnai segala muka daun-daun dan ranting yang ada, dan mereka melambai-lambai kepada maria saat maria melangkah pulang sambil ditemani angin yang menghantarnya pulang dengan penuh penghormatan.
dibelakangnya, maria tinggalkan sisi dirinya yang penuh kegelapan. dan teruskan melangkah ke hadapan dengan cahaya penuh pengharapan.
dibelakangnya, maria tinggalkan sisi dirinya yang penuh kegelapan. dan teruskan melangkah ke hadapan dengan cahaya penuh pengharapan.
Jumaat, 28 Januari 2011
The Last Song.
..everybody needs an inspiration
everybody needs a song..
a beautiful melody when the night's so long
'cause there is no guarantee that this life is easy..
hari yang sunyi. hari yang sepi. hanya meneruskan saja lagi rutin yang sama, dengan rasa yang sama, dengan tingkah yang sama. tidak saya gagal untuk menjadi saya; apa yang saya mungkin percaya siapa ialah saya. atau, saya ialah siapa.
watever.
melihat miley cyrus berlakon dalam The Last Song, saya, mulanya jadi malas mahu lanjutkan masa ( atau, buang masa ) tengok dia. hilang mood. bukan, bukan. saya bukan anti dia, cuma.. mungkin sekadar rebel kerana dia..becoming the second britney spears. gah, watever. tapi, malas juga mahu pilih-pilih cerita lain jadi..yeah. saya teruskan tengok.
dan saya, boleh kata..nangis. heh.
bukan sebab miley, tapi daddy dia.
..he died. because of cancer.
and yeah, hal mak ayah ni memang sensitip.
saya boleh rebel dengan diri sendiri, tipu diri sendiri, lari; which, jadi penakut, eskep, but one thing that i, cannot lie much is, how much i love them and how significant they are, in my life. it means a world to have them, alive, healthy. ifo my eyes.
well.
saya..biasa lari dari macam-macam benda. saya tak berani pun nak berperasaan. membesar untuk merasa macam-macam perasaan, macam-macam tekanan, satu cara yang saya terjumpakan untuk kuatkan diri, kuatkan hati, kuatkan kaki; kosongkan hati.
jangan rasa apa-apa. jangan fikir apa-apa.
pedulikan semuanya.
saya akan okey. semua akan okey. jangan risau.
mimpi ngeri ni akan berakhir jugak. lama-lama kau akan bangun and semua jadi normal balik.
well.
memang semua jadi normal balik. sementara menunggu masa jadi tak normal balik.
saya dah terbiasa.
jadi saya dah terbiasa jadi manusia yang sentiasa menafikan apa saya rasa. tak pedulikan apa hati saya mahu. tak pedulikan semuanya; semua benda.
fitrahnya, saya mahu..gembira. mahu juga, berkasih sayang. heh.
tapi bila datang peluang, saya akan terus jadi saya jugak; being ignorance. dan..mestilah, orang yang sayang saya/saya sayang akan terluka. no?
kerana satu-satunya cara untuk saya tidak lembik,
ialah padam apa saya rasa.
..and do nothing.
cuma terus yakinkan diri,
"saya akan okey. semua akan okey. jangan risau."
Isnin, 10 Januari 2011
ketika kau berjalan-berjalan dalam gelap, tidak ketentuan, dan akhirnya ternampak sedikit sinar untuk kau,teruskan langkah.
akhirnya saudara penulis yang saya kagumi, yang telah lama tidak menulis- telah menulis kembali. harapan saya setiap kali saya buka google reader, ada terpampang entri baru dari beliau. selalunya- tiada. hampa, kecewa.sebenarnya dia inspirasi saya untuk menulis, untuk berlaku jujur pada diri sendiri tentang apa yang saya rasa. lebih-lebih lagi, ya, bila saja saya berhajat mahu kongsikan apa saya rasa. dan saya, akhirnya, menulis.
ketika itu, blog ini baru diwujudkan. pada mulanya, hanya tuntutan assignment dari lecturer. sejujurnya, saya mati kutu hendak menulis di sini. memberi isi, memberi pengertian, pada mulanya. dan dia, beliau, saudara yang saya kagumi, telah saya temukan ketika itu, ketika mula-mula saya merangkak, bertatih, berkenal-kenalan dengan tulisan-tulisan yang boleh saya kata; membawa imej yang mahu dizahirkan pada readers.dan saya cuba kenal, isi hati yang paling dalam di situ. dan semuanya saya nampak- sama.
beliau, bagaimanapun, tidak menzahirkan identiti secara nyata, tapi kedapatan oleh saya. kantoi.
dan apabila ternampak beliau di fakulti, atau di mana-mana, secara spontan, saya kaku. kagum. hormat. tidak tahu langsung hendak bereaksi bagaimana. tidak berani langsung hendak tegur. serba tak kena.
saya tahu sejarah dia. saya tahu kisah silam dia.
masih, saya kagumkan dia.
kerna apa yang dia sudah jadi, sekarang.
apa yang dia, telah capai.
dan yang paling penting, dia betul-betul mahu berubah, dan telah berubah.
dan masih berubah, untuk menjadi yang lebih baik.
dan sejak itu, saya sentiasa mahu menjadi seperti dia.
akhirnya, sekurang-kurangnya, saya sudah terjumpakan satu sumber inspirasi, sumber dorongan terhadap kendiri, kerana saya, tapi bukan saya saja; semua orang. memang perlukan satu titik fokus yang terdekat untuk dijadikan sumber dorongan. a booster.
dan bila saja saya lihat entri beliau, hati saya menjerit gembira. kerana sudah berhari-hari, malah berbulan-bulan sebenarnya, saya rasa seperti mahu saja cari jalan untuk terus minta padanya supaya terus menulis. kerana saya, dahagakan emosi, kejujuran, nilai hidup dan pendapat dirinya yang paling dalam, yang ada dalam tulisan beliau.
dan saya rasa, saya memang begitu.
saya baru tahu yang saya, sebenarnya begini.
begini bagaimana? ha..itu yang kita tak tahu.
Khamis, 6 Januari 2011
heartbreak warfare.
katakan, bila sudah jadi macam ni, apa patut dibuat?
percaya kata hati? atau..
percaya pertimbangan rasional? atau..
jadi seperti biasa; blank, bodoh, blur, confused watever.
me, also, had enough.
i had enough.
jatuh cinta time dah tua-tua macam ni payah.
compared dengan budak budak yang dah bercinta beratus kali dari zaman rendah sampai menengah,
aku..naif gila. haha.
and.. selalu confused.
troubled.
new year, hampir untuk semua orang. azam baru, baju baru, seluar baru, rambut baru apa baru,
me?
dah lepas. this is not a new year, for me.
serabut.
awal awal tahun dah baca entri negatif dari aku. haha.
.. sori.
satu persoalan tentang diri aku, yang selalu berlegar-legar dalam kepala.
aku bodoh sangat ke? ke bendul sangat? ke..lurus sangat?
can i even be mean?
can..i?
dammit. stop being a hero, and focus more on your life. will you? nini?
do watever it takes, asalkan mak, ayah adik adik gembira. berjaya. happy, akhirnya. cliche.
a husband? heh. tak layak, kot?
jadi.. hidup dah dipermudahkan sikit, di situ.
..but, this is hard. really hard.
padanlah, semua orang asik bagi salam and then deep silence and then tetiba je kata,
"yang penting..belajar dulu. ada jodoh, ada la tu.."
heck. aku memang kena buat tembok tinggi-tinggi nih.
and praktis banyak sikit, kasi tajam lagi itu mata ketiga. muahahaha.
..opp.sori nek. tak, tak btau rahsia. diam-diam je nih.
mata tak cukup bengkak lagi mau tambah lagi bengkak.
putus cinta.
ya, ini entri putus cinta.
*deep breath*
eh! semua orang macam dah ada azam baru..je?
so..aku pun nak pasang jugak ^_^
nak dig nini yang 6 tahun lepas.
lepas tu..lepas tu..
we'll see! <3

Ahad, 28 November 2010
benda, selalu tak jalan macam yang kita nak sentiasa.
memahami, tak sama dengan faham.
dan bila kau memahami, sepatutnya dengan tindakan. secara natural.
bila kau faham, kau cuma - faham.
dan bila kau tau, kau cuma - tau.
pertalian rasa tu, wujud.
kau tak perlu tau semua benda untuk kau faham apa sang cinta hati yang berada di sebelah sana rasa.
kau cuma, tau.
--
no, i wont say that i miss you. im just missing the other half of me, that is, you.
Selasa, 16 November 2010
bicara tentang broga.
bila udara yang dihela sudah bagaikan asid, apalagi yang aku boleh buat selain lari ke sini dan mengadu domba? oh, dada terasa sempit, sesak. bila saja mengembang, seolah-olah berjuta jarum menyucuk-nyucuk segenap ruang hati. bertambah, dan bertambah. lalu, aku pilih untuk tidak bernafas, atau memaksa nafas keluar. biar, biar dada kekal sempit. biar, dada tidak terasa apa-apa. tapi fitrahnya aku manusia, perlu..bernafas. jadi, terima sajalah. biar rabak sekalipun dada ini. oh, aku tidak mahu fikir apa-apa. tolong, kosongkan ruang fikiran ini. tolong, aku mahu lari. haha. pengecut!
hadirnya aku di situ waktu itu, tidak aku terhargaikan suasana yang ada waktu itu. tidak aku terdengarkan bicara alam ketika itu, tidak aku terlihatkan indahnya alam waktu itu, hinggalah angin menyapa aku keras. menghempas, dan bersatu dingin dengan kulit. oh, maaf. aku tidak perasan pada awalnya. janganlah merajuk. mari, bertiuplah lagi.
lalu angin bertiup lagi. suka, membelai-belai aku lembut dengan nyaman udaranya, bergurau senda dengan aku dengan rima gila-gilanya. mengulit segenap tubuh aku dengan lembut layanannya. ketawa aku, suka. nakal kau ya, angin. dan burung-burung kecil, mulai terbang berlegar-legar. kelihatannya pada mata aku, seolah-olah bermain-main riang ketika aku di situ, bergurau senda dengan angin. dan lalang-lalang pula, ah, usah cakaplah. liuk-lentuk mereka menari-nari mengikut rentak angin sungguh membuai perasaan. ketawa lagi aku. terlupa sebentar sang mentari yang mula menampakkan diri dibelakang. ya, waktu itu aku membelakangkan sang matahari. patutnya, ketika itu semua orang teruja melihat secara langsung sang matahari yang perlahan-lahan menampakkan diri, yang mana pada mulanya menjadi fokus utama aku hadir disitu awal-awal pagi lagi. tapi waktu itu, aku sudah leka dengan angin. haha. aku rasa, matahari cemburu benar waktu itu. maka aku, berpusinglah, mengadap matahari.
bermain dengan alam, sungguh menggembirakan. aku bisa leka berjam-jam di situ. dan memang aku mahu terus di situ. semua ada di situ, apa lagi yang tiada? lihatlah, pengajaran langsung daripada Allah yang Esa. kau, tidak akan jemu. persoalan, penghargaan akan nikmat Allah tidak akan surut dari minda. bersyukur, kau bisa melihat semua itu. semua. SEMUA.
dan oh, untuk tidak terlupa, di saat hati terasa berat benar mahu pergi, pelangi..muncul. tiba-tiba. haha. kejam sungguh. sengaja kamu ya, betul-betul buat aku tidak mahu pergi. lalu, duduk lagi aku di situ, bermain-main lagi dengan angin, sambil melihat pelangi dari kejauhan. sampai akhirnya aku terpaksa juga turun, apabila ditegur. hujan mungkin akan turun. lalu.. aku ucapkan selamat tinggal pada semua. pada angin yang nakal, matahari yang sentiasa setia di situ, walau selalunya aku tidak terhargaikan, lalang yang lemah gemalai, dan pelangi yang sungguh baik. alam..tidak akan buat kau kecewa. semuanya, hadir di situ, meraikan kehadiran kau di situ, dan menyampaikan kasih Allah kepada kau.
bermain dengan alam walau untuk beberapa minit, ketika itu, sungguh..terapi yang bisa aku ulang tayang dalam minda. bisa aku panggil bila-bila masa aku mahu.
dan broga, aku akan datang lagi. tunggu..ya?
Selasa, 12 Oktober 2010
dalam sepi kata-kata dan kaku gerak langkah, hati tidak gagal dalam merasa sayu, secara tiba-tiba.
bayangan masa lalu hadir lagi.
saat segalanya masih selalu indah, suci dari penipuan dan penuh jujur dalam menzahirkan rasa. menzahirkan laku.
waktu-waktu sebegini selalu meruntun hati. suram, kelam, sunyi.
ketika hadir rasa sebegini, hati tidak pernah putus mengharap dapat dipanjangkan langkah agar dapat lagi hadir ke situ. dan menghayati malam lagi, sambil mengadu domba pada setiap hempasan ombak kecil dan pasir pantai. menangis, menzahirkan rasa yang selalu ditanam dalam-dalam di dasar hati. meraikan ciptaan tuhan sebagai satu terapi untuk melegakan pundak yang semakin sarat dengan rasa.
mungkin aku memang tiada pendirian, seringkali gagal dalam menetapkan rasa untuk siapa. tapi..dalam aku tiada apa-apa untuk diberi, aku sudi diperguna untuk melegakan pundak kamu.

Selasa, 21 September 2010
.kasih cinta
angin sepoi-sepoi bahasa lembut saja menyapa tatkala menungnya jauh menerbangkannya entah kemana-mana. bersendirian, termenung menghayati langit tatkala senja mulai menghampiri. langit yang biru pada asalnya mula diwarnai dengan warna-warna jingga keemasan, semakin meruntun hatinya untuk terus di situ, menghayati rasa yang berputar dalam diri, menyelinap ke segenap pembuluh darah dan membawa rasa yang ada ke segenap inci tubuh. dia, bernafas dengan keyakinan yang dihadirkan oleh tuhan dalam bentuk kejadian alam. sungguh, keindahan ciptaan tuhan menjadi terapi buatnya.
dan cinta hatinya, tidak pernah gagal dalam membuatnya bahagia.
dalam lambat kerdipan mata, dia memerhatikan liuk-lentuk lalang yang menari-nari mengikut rentak tiupan angin. terasa hatinya terbuai sama demi terlihatkan lalang-lalang yang tingginya separas lutut itu terbuai lembut, bagaikan khayalan yang mengasyikkan. dia lantas baring. merasa lembutnya rumput-rumput yang mengalas jasad jisimnya, bagaikan comforter wangi yang memujuk-mujuk mata untuk pejam. dia, memandang lurus ke arah langit. awan putih yang bersisa bergerak perlahan ke arah timur. perlahan-lahan berubah bentuk, menjadi awan yang persis ombak di lautan. sejenak, memorinya spontan membawanya kembali ke masa lalu.
memori ketika dia mula-mula merasakan cinta untuk cinta hatinya.
dalam sepi, angin berbahasa memahami rentak hatinya ketika ini. bagaikan terdengar-dengar bayu laut saat itu, bunyi ombak yang berdesir menghempas pantai membawa pasir-pasir bersama, dan semuanya terus sepi di telinga, yang terdengar hanyalah bunyi-bunyian ombak dari kotak memori masa lampau. dan kini, dia terasa seperi jasad jisimnya berbaring berbumbungkan bintang-bintang di langit dan beralaskan pasir pantai yang sejuk mengalasi batang tubuhnya yang penat, sudah terlalu penat..
dia kecewa dengan diri, kerana sudah terlukakan hati cinta hati, dan dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyembuhkan luka cinta hatinya. setiap air mata yang tumpah kerana dia, sungguh, dia terasa bagaikan mahu menikam dadanya sendiri kerana baginya, jangan lagi cinta hatinya terluka. sungguh dia, tidak mampu lagi untuk melihat derita cinta hatinya. baginya, janganlah cinta hatinya terluka, biar dia saja terluka. jangan cinta hatinya. tapi dia..seringkali gagal. kini..cinta hatinya telah betul-betul patah hati.
kerana itu dia di sini. lari lagi. melarikan diri kerana kecewa dengan diri sendiri. teramat kecewa, terasa hilang upaya sudah. kalaulah boleh dibelah dadanya, akan dibelahnya. dan tunjuk kepada cinta hati. lihatlah, betapa dalam cinta yang ada untukmu, sayang. akan dijeritnya pada satu dunia akan cintanya. biar, biar semua tahu.
si dia di sana, sedang menjeruk rasa dan dia, di sini, sedang lari. ah, penakutnya!
hempasan angin kuat ke mukanya pantas mencelikkan matanya. tengok, angin pun tahu menyampaikan rasa. semudah itu. kelam sudah. malam sudah pun menjelma. tiada lagi burung-burung yang berterbangan pulang ke sarang, tiada lagi awan putih yang berarak perlahan-lahan, dan matahari sudahpun tenggelam di sebalik bukit nun di hujung sana. dan dia, bingkas bangkit dari pembaringan. menyapu-nyapu badan menghilangkan debu-debu kotoran dan mengatur langkah meninggalkan puncak bukit itu.
dan di dalam kepalanya, masih berazam mahu menggembirakan cinta hatinya. mahu mengubat luka cinta hatinya. dia masih tidak jemu mengatur rangka mahu menjadi yang lebih baik untuk cinta hatinya. ya, dia memang seorang yang pathetic.
sungguh tidak adil bagi cinta hatinya.
Rabu, 25 Ogos 2010
Jumaat, 23 Julai 2010
malam.
duhai malam.
malam ini bulan tiada, bintang pun tiada.
suram benar ya, seolah langsung tidak berseri.
dan ya, semalam sudah berlalu.
Selasa, 20 Julai 2010
umpama bulan.
"lihatlah bulan. cantik, kan?"
"ya. sangat cantik, seperti kau, juga."
"lihat, dia dah berselindung di sebalik awan. malu, agaknya."
"bukan malu."
"maksudmu?"
"ya..mungkin kerana dia tidak mahu menunjukkan cahayanya. mungkin dia tidak mahu menonjolkan apa yang dia ada. walaupun mungkin terlalu jelas pada kita apa yang dia ada. tapi mungkin juga apa yang jelas di mata kita itu, tidak seperti apa yang kita percaya."
"kau pasti?"
"kau rasa?"
"kau tidak pernah seyakin ini. mengatakan tentang bulan."
"kerana, kau juga yang katakan aku seperti bulan."
dan selepas itu, hanya lagu hati kita yang menyanyi nyaring. cuba mengisi kesepian yang ada ketika itu. cuba mengganti usikan lembut sang angin yang bagai sengaja menambah rencah. yang sengaja cuba membawa lari khayalan kita ke masa silam. betapa kuat pun manusia-manusia yang hadir di sekeliling kita bercanda, ketawa riang, bermain, bergaduh sesama sendiri, kita masih rasa, seolah-olah kita berada dalam horizon kita sendiri. kalis bunyi. kalis rasa. kalis pandangan mata.
dan kita akhirnya menyulam saja rasa yang hadir. jauh di dalam hati, aku dan kau tahu. apa yang penting, bukan sekarang ini. tapi, masa hadapan.
dan kau yakin, masa hadapan yang menanti, menjanjikan bahagia untuk kau.
menjadi yang terbaik. memenuhi tujuan asal hadir ke dunia ini. doa kudus yang lahir dari hati, semakin mewarnakan dirimu. teruskan berjuang, ya. persiapkan dirimu. dengan izin Dia, kau akan faham.
itulah yang aku mahu.
Selasa, 13 Julai 2010
595 ^ 1 : bermaksud, entri ini khas untuk engkau. yang selama ini tiada spesifik entri di sini tapi kau, buat aku tujukan entri ini untuk kau. syabas.bermakna aku makin transparent.heh.
jika kisah kau bermula di sana, kisah aku bermula di sini.
one utama damansara.
McDonald's one utama.
the body shop one utama.
lepak. makan. ketawaketawa. minyak wangi. calitcalit, ketawa lagi.
indah. sungguh indah.
aku suka. dari dulu aku bayangkan aku ada seseorang dari gender kamu untuk aku berbuat sedemikian. bersama-sama. sebagai teman yang tulus. ikhlas.
hari itu, seolah-olah tiada penghujung. dan aku berharap sememangnya tiada penghujung.
endless journey.
maka hari itu berakhir di pantai. laut. ombak. pasir. segalanya. segalanya yang selama ini aku, dapat bayangkan sebagai mimpi cuma. usah dikesalkan keputusan yang aku buat. kerana, itu yang aku mau. itu yang sebenarnya hati aku mau - kau.
"hai"
"haihai"salam.salam.
"abg, berapa orang je perempuan?"
"campur korang, 3."diam sebentar. banyak fikiran datang menyerbu. tapi hilang sekelip mata, bagai turut bersepai seperti pasir-pasir yang dilanggar ombak, nun tidak jauh di depan mata.
diam lagi. tidak bercakap apa-apa. malas. layankan saja bunyi pukulan-pukulan ombak itu. layankan saja bunyi pasir-pasir yang ditarik ombak ke laut, bagai hati aku pun turut ditarik-tarik ke laut. sungguh, aku mau turun. sekarang juga.
"apai, pinjam selipar."terus berlalu selepas diizinkan.
"nak pergi mana?"hati menjerit.ya, peluang. alasan.
"turun."
"ikut!"tiada jawapan tapi, riak muka meringankan hati.
dari saat itulah, bermulanya journey ini. adventure ini.
**************************
"nak duduk mana eh. ah, sinilah." terus menghempas punggung. nyaman sungguh angin. aku lihat sebelah, kau ada. diam. memikir. ke mana saja fikiranmu pergi?
oh ya. aku tahu.
cakapcakapcakap. tapi kau diam juga. sekalisekala membalas tapi aku tau, kau tiada di situ. kau ada di atas bumbung, duduk berdua dengan dia, di bawah sinaran malap cahaya bulan. dengan kau berbaju tidur, dan dia bergaun tidur. dan kamu menyelam rasa yang ada sepanjang malam. duduk berbicara soal hati, soal rasa, soal impian, soal harapan. saat itu bagi kau, bagai tiada kesudahannya. kau yakin, dia terus ada. kamu berdua akan sama bahagia. terbayang raut wajahnya yang lembut, mencuit hati lelakimu, kamu tersenyum sendirian. tapi matamu menangis. kesal, dia sudah tiada. kau, tidak dapat menggenggam jari jemari halusnya lagi. tidak dapat melihat senyuman manjanya, yang bisa membuat kau tidur lena. lena diulit bayangan indah, sepanjang malam. tapi kini. senyuman manjanya; membuat kau ngeri untuk tidur. penyesalan, tidak tertanggung. kalaulah.
kalaulah.
kalaulah.
kalaulah...
"shooting star!"
"hah?mana?"
"tu!"
"oh. patutlah. aku pun nampak tadi, cuma di ekor mata. kurang yakin." mulutmu berbicara, badanmu seolah hidup tapi matamu - kosong. kau; merenung jauh ke dada langit.
dia. hajatmu.
diam lagi. kau memikir lagi.
lalu aku putuskan, biarlah malam itu, aku ada. sekurang-kurangnya.
mulutmu membisu, tapi hatimu berbicara.
usahlah tidakkan. aku tau.
dan dalam diam, kau menangis.
***************************

Isnin, 12 Julai 2010
buih-buih itu, selamanya akan ada di dalam di dalam kepala.
bayangan semalam. ya, laju saja datang menerpa. saat aku buka mata pagi tadi, yang ada hanyalah ombak, pantai, langit biru dan..kamu. mungkin saja aku sebenarnya keliru. keliru dengan dia. keliru dengan kamu. dengan dia, aku tergantung.
dengan kamu, aku selesa dengan kamu.
kamu - aku damba kamu, sungguh.
seolah ada pertalian rasa itu.
apa kau rasa, dan apa aku rasa - sampai.
kau tahu rasa itu apa, dan aku tau rasa itu apa.
ya, mungkin kamu mahu berkata, "this is so wrong."
tapi,
ada aku peduli? persetankan saja.
rasa ini tulus.
ikhlas.
After midnight i shall kidnap you from the world
and i’ll keep you in my room
hush now my love and hold my hand
after midnight i shall take you to a place
where no one else should know of
hush now mylove and hold my hand
you are exactly where you’re supposed to be
if anyone asks for you
they would have to find me
stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only
after midnight
i shall stay awake
and if you chose to close your eyes now
hush now mylove
i’ll watch you sleep
you are exactly where you’re supposed to be
and if they come for you
they would have to fight me
stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only
stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only
****************
rasa itu, terlalu banyak. jangan saja kita, tersalah dalam menafsir perasaan sendiri. harus bijak. harus teliti. harus survive.
yang indah itu, tidak semestinya cinta. raikan saja rasa itu. ada hikmah kenapa kau boleh rasa begitu. ada hikmah kenapa kau terseksa, juga dengan rasa itu. manusia seharusnya punya perasaan, kan? jangan hukum diri sendiri dengan mengatakan tidak pada rasa seperti ini.
raikan saja seadanya.
dengan kamu, aku selesa dengan kamu.
kamu - aku damba kamu, sungguh.
seolah ada pertalian rasa itu.
apa kau rasa, dan apa aku rasa - sampai.
kau tahu rasa itu apa, dan aku tau rasa itu apa.
ya, mungkin kamu mahu berkata, "this is so wrong."
tapi,
ada aku peduli? persetankan saja.
rasa ini tulus.
ikhlas.
After midnight i shall kidnap you from the world
and i’ll keep you in my room
hush now my love and hold my hand
after midnight i shall take you to a place
where no one else should know of
hush now my
you are exactly where you’re supposed to be
if anyone asks for you
they would have to find me
stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
after midnight
i shall stay awake
and if you chose to close your eyes now
hush now my
i’ll watch you sleep
you are exactly where you’re supposed to be
and if they come for you
they would have to fight me
stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
****************
rasa itu, terlalu banyak. jangan saja kita, tersalah dalam menafsir perasaan sendiri. harus bijak. harus teliti. harus survive.
yang indah itu, tidak semestinya cinta. raikan saja rasa itu. ada hikmah kenapa kau boleh rasa begitu. ada hikmah kenapa kau terseksa, juga dengan rasa itu. manusia seharusnya punya perasaan, kan? jangan hukum diri sendiri dengan mengatakan tidak pada rasa seperti ini.
raikan saja seadanya.
Selasa, 6 Julai 2010
kamu senyum; dan alam pun turut senyum.
"aku mau kau alami sesuatu yang kamu tidak pernah alami dengan aku."
"apa dia?"
"tunggu saja. tidak lama. "
saat itu, tiada bunyi lain yang kedengaran. walau bingit bunyi motokar saat itu pun tidak mampu mengatasi detak jantung aku. angin ketika itu; ketika dia tenang menatapku - bertiup sekadar sepoi-sepoi bahasa. tapi makin aku berdebar, makin pula angin bermain-main seolah-olah menari bersama-sama dengan rentak degupan jantung ini.
aku lihat dia. dan dia lihat aku. tiada kata yang terucap. hanya bisu yang berkata-kata.
dan saat itu jam di tengah-tengah dataran berdenting.
aku pandang dia, pandang dalam-dalam. maka fahamlah aku.
"lepas ni, bila kau lalu sini, maka kau akan tersenyum. kau akan nampak kita duduk di sini, mekar dengan rasa cinta, bermain dengan rasa yang ada. itu memori yang aku mau kau ada. tentang kita."
cukup. setakat itu, aku rasa. ya, entri kali ini, buat kali pertamanya aku berkongsi rasa yang ada. tapi, mungkin apa yang terpampang tidak seperti apa yang dilihat. dibaca.
aku seringkali lari dari segalanya. memilih untuk menjadi tipikal. menunjukkan yang tipikal serba-serbi. kerana aku tidak cukup berani untuk menjadi aku - aku yang ada dalam diri. sudah lama ya, aku tidak berkongsi sebegini.
pengalaman sebagai manusia, kadang-kadang terkacaukan roh yang sepatutnya aman. bila berkata tentang roh - ia ada dalam diri. ia menghidupkan jasad, menghidupkan rasa, menghidupkan - insyaAllah, iman. kita manusia, dilahirkan suci bersih. roh yang suci itu, jasad yang suci itu, boleh kalian panggil kembali? sekadar untuk mengingati kembali hati yang suci bersih itu. hati yang ketika itu belum lagi dicemari dengan zina, belum lagi dicemari dengan hasad, hati yang masih lagi belum mengetahui apa itu ujub. hati yang ketika itu - masih merah, segar. daging yang masih cantik, elok rupa parasnya. sungguh, aku sangat rindukan hati itu.
katakan umur kita panjang, hidup sampai umur 60. rasanya di Malaysia ini memang itu standard hayat kita.
dan bila berkata tentang jangka masa 60 tahun itu; mungkin kalau dibukukan segala pengalaman-pengalaman diri, terlalu hebat jadinya. apa, hidup sebagai manusia ini tidak seronokkah? tipulah kalau tidak. kawan-kawan ada, kawan-kawanlah yang selalu ada di sisi..kan? internet ada..hiburan..muzik, lagu..macam-macam ada. itu contoh saja. antaranyalah. nah, semestinya terlalu banyak rasa yang dibukukan. itulah dia - pengalaman roh sebagai manusia. merasakan cinta, sedih, suka duka.
tapi..
60 tahun itu, cuma berapa minit saja pun nisbahnya dengan waktu di..akhirat nanti. sangat sekejap. 25 minit cuma. (oh..bukan 25 minutes too late ya)
dunia ini memang sementara cuma.
pengalaman roh sebagai manusia, macam-macam. tapi jarang-jarang ia dapat merasakan pengalaman mendekati..Dia.
sedangkan apa tujuan kita dihadirkan ke dunia ini sebenarnya?
tepuk dada, tanyalah hati kecil anda.

Langgan:
Catatan (Atom)