"lihatlah bulan. cantik, kan?"
"ya. sangat cantik, seperti kau, juga."
"lihat, dia dah berselindung di sebalik awan. malu, agaknya."
"bukan malu."
"maksudmu?"
"ya..mungkin kerana dia tidak mahu menunjukkan cahayanya. mungkin dia tidak mahu menonjolkan apa yang dia ada. walaupun mungkin terlalu jelas pada kita apa yang dia ada. tapi mungkin juga apa yang jelas di mata kita itu, tidak seperti apa yang kita percaya."
"kau pasti?"
"kau rasa?"
"kau tidak pernah seyakin ini. mengatakan tentang bulan."
"kerana, kau juga yang katakan aku seperti bulan."
dan selepas itu, hanya lagu hati kita yang menyanyi nyaring. cuba mengisi kesepian yang ada ketika itu. cuba mengganti usikan lembut sang angin yang bagai sengaja menambah rencah. yang sengaja cuba membawa lari khayalan kita ke masa silam. betapa kuat pun manusia-manusia yang hadir di sekeliling kita bercanda, ketawa riang, bermain, bergaduh sesama sendiri, kita masih rasa, seolah-olah kita berada dalam horizon kita sendiri. kalis bunyi. kalis rasa. kalis pandangan mata.
dan kita akhirnya menyulam saja rasa yang hadir. jauh di dalam hati, aku dan kau tahu. apa yang penting, bukan sekarang ini. tapi, masa hadapan.
dan kau yakin, masa hadapan yang menanti, menjanjikan bahagia untuk kau.
menjadi yang terbaik. memenuhi tujuan asal hadir ke dunia ini. doa kudus yang lahir dari hati, semakin mewarnakan dirimu. teruskan berjuang, ya. persiapkan dirimu. dengan izin Dia, kau akan faham.
itulah yang aku mahu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.