“..yaAllah, banyaknya barangggg. Huh, dari kau matrik sampailah kau U, macam ni jugaklah barang-barang kauu”
“..fuhh, nasib baiklah mak masih kuat. Dapatlah tolong kau angkat-angkat barang semua.”
“..dah 46 tahun, turun naik tingkat 5, fuh mana taknya.”
Aku..tersentap dengar. Untuk seketika, aku tahan perasaan. Air mata rasa laju je nak merembes keluar. Amukan rasa jiwa yang sudah sememangnya ditahan sejak petang, sebelum mak sampai, semakin keras membentak-bentak, menghentam setiap dinding hati, memaksa diri untuk menzahirkan rasa, memaksa diri untuk membenarkan diri meraikan rasa yang ada, memaksa diri untuk tidak berlakon tabah, lagi.
Aku lihat mata mak, suram. Sayu. Melihat sembab mukanya, betapa baru aku sedar yang mak..sudah semakin tua. Saat itu, baru aku terperasan, melihat segenap inci ruang wajah mak, tangannya, kudratnya.. mak, memang dah 46. Betapa aku tidak kisah selama ini, betapa aku tidak terpeduli, kerana emak selalu saja tunjuk kuat. Ya, mak memang kuat. Baik fizikal, mental – semua. Dan spontan, ketakutan mengharung segenap ruang hati. Sungguh, aku takut. Tolonglah, jangan. Aku..tak sanggup. Aku..belum bersedia. Tapi ajal yang Allah sudah tetapkan..boleh tunggukah?
(tahan hati)
Bila-bila aku perlu, mak..ayah..memang selalu ada. Untuk jemput aku, misalnya. Semua barang-barang ni, aku..terus diburu rasa bersalah. Betapa aku..terlalu pentingkan diri. Betapa aku lupa, yang mereka..sudah tua. Bodoh aku, terus ingat yang mereka akan terus muda? Akan terus ada sampai bila-bila?
Aku..jarang sangat balik rumah. Dari zaman matrik sampai sekarang, paling kuat sebulan sekali aku balik. Padahal..rumah dekat ulu yam je pun. Bukannya pahang ke, johor ke. Perlis.
Aku tak pernah kisah tak balik.
Dan selalunya.. ayah yang merayu aku supaya balik. Mak yang berkias bahasa, merayu aku balik. Dan lewat senja itu, untuk kesekian kalinya, aku dirayu lagi. Kali ni, aku tidak tahu kenapa baru kali ni, baru aku betul-betul lihat, melihat dengan mata hati. Betul-betul mendengar, mendengar dengan naluri hati. dengan renungan redup, sayu mata ayah..
“siapkanlah cepat-cepat kerja kau, ye..”
Waktu tu, sumpah, air mata aku dah sampai ke tebing mata. Hati aku, tersiat-siat. Setiap mililiter darah yang mengalir dalam dada terasa bagaikan asid – panas, perit, sengsara. Aku salam, aku cium tangan ayah, sungguh, aku rasa sangat berdosa. Sangat, berdosa.
(tahan hati)
Semua rajuk hati yang aku layankan, harus diberhentikan sekarang. Mak ayah tak selama-lamanya ada..dan sampai hari ini, apa je yang aku dah buat untuk gembirakan dorang? Apa je? Apaa??
aku pentingkan diri sangat, sanggup tidak balik, kerana tidak mahu fikiran, jiwa terganggu dengan hal di rumah. Dan aku merajuk, kerana merasakan kepulanganku tidak pernah dihargai pun. Sebab itu, aku rela tidak balik, aku sampai hati untuk membuatkan mak terindu-rindu, aku..
(dah tak boleh tahan)
aku belum pun kerja lagi, dan aku dah macam ni. Tak balik rumah, tak jenguk mak ayah, adik-adik. Aku sibuk dengan dunia aku. Aku..
bodoh. Mak ayah tak akan terus ada selama-lamanya. Adik-adik tak akan terus kecik selama-lamanya. Dan aku, harus ubah semua itu. Saat ini, betapa aku menyesal. Bodoh, tolonglah hargai. Tolonglah, sementara mereka masih ada.
Dan semalam, waktu aku sedang melayan sunyi..tiba-tiba telefon berbunyi. Aku lihat skrin, aku tersenyum hiba. Oh, ayah. Angkat, berbual-bual sebentar. Getar suaranya jelas menyampaikan rasa, getar yang baru sekarang aku terperasankan. Berbual lagi, dan lagi..hinggalah,
“..esok baliklah..ye?buat apa lagi duduk sana lama-lama.baliklah..”
Spontan, air mata aku terus laju merembes keluar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.