current song : thank you; dido.
..and i want to thank you,
for giving me the best day of my life
and oh, just to be with you
is having the best day of my life.
dan part itu berkumandang menendang-nendang gegendang telinga like thousand times.
over and over again.
*
saya melihat kelibat orang yang lalu lalang diluar, dari sipi-sipi ruang yang ada. bersumberkan sinar mentari yang sipi-sipi. dan saya berada di dalam sini, sejuk. sunyi. sepi.
dead silence.
semua orang buat hal masing-masing. dua jam yang sia-sia. lagi baik saya tidur. sekadar rebel terhadap diri sendiri. tapi di sini juga, kebosanan dan kesunyian dan rasa sayu,sedih yang menggigit segenap ruang hati ni, seolah buat saya selesa.
if my life is for rent
and i dont learn to buy
well i deserve nothing more that i get
'cause nothing i have is truly mine
lagu bertukar tajuk.
semakin hanyut saya dalam dunia saya sendiri.
*
semakin rancak telinga saya menangkap sepatah demi sepatah apa yang minah ni dendangkan.
o, whats next?
somehow, muzik sekali sekala menenangkan menghuruharakan saja lagi hati saya.
kerana liriknya.
ah, saya juga yang pilih lagu-lagu ini. sungguhlah lagha. tapi, apa untuk dibuat?
saya, seorang manusia.
dan hati saya mahu juga menyanyi, menzahirkan agoni ini, sekadar di ruang lingkup dada ini saja.
*
dunia ini luas, kan?
ada tempat tak untuk saya?
tempat untuk saya berdiri dan berlaku jujur dengan diri sendiri.
ada?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.