saat langkah terasa longlai, hati berbunyi-bunyi lagi. dia dengar, dia faham, dia tahu.
tapi semua deria yang dia ada seakan tidak mahu bergerak. dia paksa, paksa dan paksa lagi.
tapi, none. nothing. nil.
dia cuma terus di situ.
padahal dia ingatkan sudah berpuluh batu dia melangkah.
rupanya masih di situ.
dan dia cuma mampu tersenyum dalam hiba hati.
di hadapannya, yang dia nampak,
kegelapan.
*
saya selalu rasa yang tempat seorang wanita itu adalah di sisi suaminya (semestinya,kan), bermakna, lulusan apapun dia, saat dia sudah diikat, saat dia sudah sah milik suaminya, bermakna, hidupnya bermula saat itu, di sisi si suami. sentiasa.
dan saya bersetuju, pada pendapat bahawa seorang isteri seharusnya menguruskan hal rumah tangga sahaja. sahaja. tempatnya, di rumah.
panggil saja saya kuno, konservatif, apa saja.
kerana, rasional dan hikmah disebalik yang saya pandang.
saya yakin dan percaya, semua orang tahu rasional saya berkata begitu, kan?
rutin saya mengajar separuh masa, sambil saya belajar. dalam seminggu, sekali saya akan pergi ke seksyen19. tutor peribadi. upah yang saya dapat; tak cukup untuk belanja makan sebulan pun. tapi, biarlah. daripada tak ada. dan juga, passion saya untuk mengajar yang mendorong saya untuk kuatkan hati saja. saya suka, mahu tolong. saya tidak tega mahu biar saja begitu. walau mungkin saya memang tidak mampu, tapi.. pada ketika itu, saya yang ada di situ. waktu itu. jadi saya..ya iya, saya cuba.
mengajar anak-anak kecil, secara peribadi, secara dekat, selalu saja melayangkan fikiran saya ke masa hadapan. ke kehidupan berkeluarga.
dan saya membayangkan tempat saya di sisi suami, dengan anak-anak, dengan rumah tempat berteduh yang selesa, dan saya, sentiasa ada di rumah itu. untuk mereka.
seorang ibu, isteri.
dan saya sendiri yang akan membesarkan anak-anak saya.
saya sendiri yang akan memandikan anak-anak saya.
saya sendiri yang akan menyuap nasi ke mulut anak-anak saya.
dengan tangan saya sendiri.
dan saya sendiri yang akan bersihkan najis anak-anak saya.
dan saya jugaklah yang akan memukul nyamuk yang berani-berani mencacatkan kulit anak saya.
..dengan,
tangan saya sendiri.
saat anak-anak saya sudah bersekolah, saya yang akan menyambut mereka pulang dari sekolah.
saya yang akan mendengar celoteh mereka tentang rajuk mereka dengan kawan-kawan.
saya yang akan mendengar kisah cinta jantung pisang mereka.
dan saya yang akan memujuk mereka, memberikan pesanan-pesanan emas kepada mereka.
semua saya.
cuma saya saja.
dan saya yang akan membantu mereka dengan kerja rumah mereka, pelajaran mereka.
dan saya mahu hanya saya saja yang mereka kenal dari mereka merah lagi, sampailah mereka sawo matang. sentiasa, ada.
saat jatuh bangun mereka, suka duka mereka, apa saja.
hidup saya, bakti saya, untuk mereka.
dan, sang suami.
saya mahu tolong suami saya, dengan menjadi isteri yang baik. ok, part ini saya rasa lemah. kerana saya kenal diri saya, saya tahu diri saya.
mungkin saya tidak sesempurna mana, memang tak pun.
tapi..saya akan bantu suami saya, dengan menjadi isteri dan ibu dan wanita yang solehah, penyabar, setia.
supaya, senang suami saya mahu melangkah di titian sirat nanti.
keluarga yang penuh dengan ciri keluarga Rasulullah saw, itu idaman saya.
tapi.
tapi, saya memandang kepada kepentingan ibu saya dahulu. adik-adik saya. dan ayah.
saya mahu, hidup saya, berbakti kepada mereka.
hidup saya, kudrat saya, untuk mereka.
akan saya penuhkan tuntutan fitrah mereka,
semampu-mampunya saya.
dari saya kecil, sudah saya tanamkan dalam kepala yang,
kudrat empat kerat saya ini,
untuk mereka.
dan saat ibu menangis, saya pujuk. saya pujuk, dan saya yakinkan, tiada apa yang lagi penting bagi saya dalam hidup ini selain melihat senyumannya dan adik-adik, dan hidup kami waktu itu, hanya penuh dengan senyuman.
dan saat itu, setiap kalinya, bayangan saya untuk hidup berkeluarga,
makin suram. makin malap, makin jauh.
fitrahnya, itu yang saya mahu.
yang saya impikan kadang-kadang di bawah sedar.
katakan, perempuan mana yang tidak mahu,
rasa hangat, selamat, dilindungi dalam pelukan suaminya?
rasa bermanja, merajuk dan dipujuk,
siapa yang tidak mahu?
tapi, apa boleh buat.
saya mahu, keluarga saya.
ibu saya, adik-adik saya.
mereka, sudah cukup derita.
dan saya, pilih untuk tidak.
kerana, bakti isteri adalah untuk suaminya, dan anak-anaknya.
suami yang pertama.
tapi saya, bakti saya pada ibu, ayah, adik-adik pun tak terlunas lagi.
lalu bagaimana?
dan saya pilih, akhirnya.
dalam hela nafas dan kaku gerak langkah,
saya tersenyum.
demi ibu, adik-adik. ayah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.