Memaparkan catatan dengan label catharsis.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label catharsis.. Papar semua catatan

Khamis, 22 November 2012

Kita

Hidup bagai sudah diibaratkan seperti mengejar matahari terbenam setiap petang. Setiap langkah yang kita ambil, kadang tergesa-gesa, kadang perlahan, percaya kita sempat untuk menikmati pandangan yang sama seperti yang kita nampak dari sini. Langit tidak menidakkan kesatuannya dengan matahari dan awan. Bersama-sama elemen mereka bercampur menciptakan sesuatu yang maha indah. Maha, indah.

Dengan penuh rasa syukur dan cinta, dalam keinsafan dan sedar kuasa diri yang terbatas, semuanya datang kembali dalam bayangan kepala. Masa silam yang seakan panjang, berserta masa kini yang kadang-kadang terasa berjalan dengan terlalu pantas, tapi perlu, kerana garis masa tidak selari dengan apa yang kita sudah pelajari; rentak kita terlalu perlahan, seakan terlambat. Tapi itu semua sudah tuhan aturkan, juga. Jadi tak boleh tidak, kita sebenarnya kena sabar juga. 

Setiap bayang cantiknya awan dan langit senja, menyentuh jauh hingga ke relung hati. Kalaupun hidup ini cuma bertemankan langit senja dan cinta, kita sanggup. 

Dan pada akhirnya, kita terlepas, sebenarnya, matahari terbenam yang sangat cantik. Yang kita ingin ambil gambarnya dan simpan buat kenangan. Yang kita ingin lihat bila-bila kita kerinduan. Yang kita ingin rasa berbangga kerana memiliki foto yang seindah itu. Kerana 5 minit perjalanan ke tempat yang kita hajati demi mendapat tempat yang terbaik untuk menghayati cantiknya langit senja dan matahari terbenam itu, bermakna 5 minit waktu kita perlahan-lahan kehilangan matahari senja yang maha indah. Matahari dan seluruh cakerawala tak akan tunggu kita, tidak akan.


Isnin, 4 Jun 2012

25 Minit Terlalu Lambat.

Petang sudah lewat benar. Tapi Aliya tak peduli. Dia sampai-sampai saja ke rumah sebentar tadi, dia terus rasa gelisah. Patutnya dia cakap pada Ila yang dia rasa tak puas lagi berjalan. Bahawa petang ni cuaca cantik, bahawa betapa cuaca begini buat dia rasa gembira. Tapi bila Ila dah berhentikan kereta di depan rumahnya, Aliya tiba-tiba blank, dan terus salam peluk cium Ila. Lantas turun, lambai-lambai, secara automatik.

Bila dia dah masuk ke dalam rumah baru lah dia rasa gelisah. Aliya lihat jam. Sudah pukul 6.30 petang. Dia berkira-kira. Dia mahu keluar pergi ke tasik, petang-petang yang panas, cerah macam ni tak patut dibazirkan dengan duduk diam di dalam rumah. Dia harus keluar, meraikan cuaca indah yang tuhan beri. Mana tau hatinya yang patah bisa sembuh. Keluar dengan Ila sudah, berbual panjang hal-hal manusia dan kemanusiaan; hal-hal yang suka dia bualkan dengan Ila sekian lamanya; pun sudah. Fikirnya itu sudah cukup. Tapi sekarang dia gelisah pula. Dia harus keluar.

Dia lihat lagi jam. Sudah pukul 6.35 petang. Kalau dia ambil bas, kiranya dia sampai ke tasik dalam jam 7 lebih kurang. Perkiraannya memang sentiasa tepat, sebab dia pengguna setia pengangkutan awam walaupun pengangkutan awam di Malaysia ni belum sepenuhnya boleh digantung harap. Dia sudah ambil kira bas yang mungkin sampai lambat, jalan yang sesak, bas tidak ada dan sebagainya. 

Aliya berkira-kira lagi. Dia jalan mundar-mandir di ruang tamu. Sekejap berhenti merenung jam, sekejap sambung mundar-mandir. Akhirnya Aliya pasti. Dia tukar baju, dia sendiri hairan tapi dia tau, dia mau pakai yang paling selesa saat dia duduk bersila di atas rumput sambil meladeni perasaan.

**

Aliya duduk di jeti, silangkan kedua kakinya. Pantas keluarkan sketch book-nya, keluarkan pensil, keluarkan pemadam. Ada beberapa orang pengunjung taman yang berjogging melintasi belakangnya dalam jarak yang agak dekat. Kadang-kadang Aliya terganggu. Tetapi dia harus cepat, matari akan terbenam sebentar saja lagi, jam sudah tunjuk jam 7.05 petang. Makanya dia harus cepat. Dia mesti cepat. 

Sambil lukis pulau, sambil itu kepala Aliya terbayang-bayang wajah yang amat dirinduinya. Daripada percubaan melukis langit senja dan matari yang berdiri di belakang siluet kubah Wisma Mais, jari-jemarinya cuba melukis siluet dalam kepalanya. Yang mengganggu-gugat tidur malamnya, yang menganggu-gugat ketenangan jiwanya.

Azan kedengaran. Aliya bingkas bangun, sapu-sapu belakang bajunya kemudian jalan menuju kerusi di bawah pokok yang paling dekat dengannya. Dia duduk sambil renung langit Maghrib. Dalam kelam senja, dia lihat orang-orang dari kejauhan yang turut beredar berpulangan ke rumah masing-masing. Cuma dia di situ. Cuma dia masih di situ.

20 minit yang dia dapat, 20 minit yang dia pinta dari tuhan supaya diperkenankan - dia dapat. Cumanya dia tak puas. Kerana dia pinta kepada tuhan juga, jumpakan dia dengan keajaiban. Berikan dia keajaiban. Dia mahukan keajaiban.

Dia penat melagukan jiwa rasa yang penuh berantakan. Jika dia berterusan begini, bosnya lama-lama akan pecat dia. 

Selasa, 18 Oktober 2011

Turning tables.

Riuh-rendah sana-sini. Jauh di sudut hati, dia tahu dia hampir-hampir kedapatan. Penat, pening, dia sambung headphone, baring, tekan pemain muzik, tutup mata.

Sekelip mata, dia hadir di satu horizon lain.

Dia pandang kiri kanan. Di dalam keramaian, dia tenggelam. Kelihatannya tiada seorang pun yang tahu dia ada di situ; di tengah-tengah lautan manusia, dia berdiri kehilangan arah. Hanya bila semua orang tahu arah tuju masing-masing, dia,pula, terkebil-kebil mencari arah.

Dia pandang langit. Awan putih yang berkepul-kepul tidak bergerak; statik hanya di mana mereka berada. Macam dia. Masih, dia pandang langit. 

Kenapa?

Tiada jawapan. Orang ramai masih lalu-lalang di kiri kanannya. Memang tiada seorang pun yang peduli. Tiada, walaupun seorang.

Seolah masa melarikan dia, beberapa detik kemudian dia hilang, bagaikan diserap masuk ke dalam horizon yang lain pula.
Matanya terpejam rapat, tiada apa yang dia dengar melainkan bunyi-bunyian yang dia paling dambakan tika ini.

Perlahan-lahan dia buka mata, dan dia lihat lautan seluas mata memandang di hadapannya. Tiada siapa pun di situ; seolah hanya ada dia seorang. Setiap hempasan ombak bagaikan menghentam remuk hatinya. Tiada siapa-siapa,kah?

Tiada. Memang tiada.

--

Dia tutup pemain muzik, dia buka mata. Terang benderang. Cabut headphone; kembali hingar-bingar.
Tersenyum.
Masih, dia keseorangan.

Rabu, 21 September 2011

Two missed calls.
Aku pandang sepi. Tiada perasaan. Tiada amukan marah pun yang terasa. Yang aku rasa, kepala aku sakit.
Di luar, hujan terlampau lebat.

Biarlah.

[14:39]

Telefon berdering lagi. Ah, kelas baru habis. Nak angkat ke tak. Tapi tangan aku gerak laju lagi daripada otak aku.

"Hello." Lagi sekali, badan aku lagi laju bagi reaksi tanpa sempat aku fikir apa-apa. Ugh.
Dari sebelah sana, perlahan, atau apa yang aku dengar sebagai, percubaan bersuara lembut sebab nak memujuk, tapi masuk mengetuk gegendang telinga aku macam halilintar.

Aku marah ke tak? Aku..marah ke tak? Perlu tanya macam tu ke? Kau mintak aku supaya tak marah? 
Well. Aku tak marah. Aku dah lama tak marah. Aku bunuh rasa marah aku hanya sebab aku masih hormat kau siapa. Aku sebagai siapa. Selebihnya; aku dah lama, dah..lama, lepaskan kau pergi.

Sejak kau pilih untuk hancurkan peluang terakhir kau.
Ada baiknya, kau pergi. Aku rasa, dan aku mintak pada tuhan, cukuplah bahagian kau sebagai karma. Kali ini. 
Cukuplah.


Khamis, 31 Mac 2011

Angin Pagi.

Saat aku bangun pagi tadi aku pantas disapu angin dinihari yang agak kencang. Beberapa minit aku pegun, merenung kosong ke luar jendela. Malam tadi aku gundah, langsung payah benar mahu lelapkan mata. Usah ditanya berapa posisi tidur yang aku terpaksa cuba, terpaksa lari sebentar dari gaya tidur yang rutin - masih resah gundah gulana. Bising benar burung pagi tadi, lagi kuat dari pagi-pagi sebelum. Seolah membising untuk membuat aku iri hati. 

Jika setia aku begini dipersoal, harus aku pandang masa silam yang kelam - aku yang bertanggungjawab atas perbuatan tangan aku sendiri. Jika kasih yang aku beri, atau mungkin zahirkan, hadirkan seolah dipandang sepi bagai angin dingin lalu di pagi hari, juga atas perbuatan tangan aku sendiri. Dan aku tidak harus berkeluh-kesah, kerana aku tau kenapa. Dan aku juga tahu kenapa aku masih mahu walau tahu, di hujung saja apa menanti. Aku..rasanya mesti hadapi ini, itu. Ini, jalannya yang aku harus lalu. Perit macam mana, aku harus..harung.

Di luar sana, dinihari tadi, terbang berkejaran merbuk pagi, bergurau senda. Sengaja mungkin, kerana tahu ada seorang aku yang melihat di antara jendela-jendela yang ada. Aku cemburu, teramat. Sedih, juga. Menahan hati tak mudah. Lagi-lagi seorang aku. 

Dahan-dahan pokok menari kencang ditolak angin. Sambil aku melihat burung-burung itu terbang bercengkerama meraikan pagi, dahan pokok yang paling dekat dengan jendela aku datang mengetuk cermin yang luas terbuka lalu berkata,


"Kuatkan hati, gadis. Kamu bisa harung."

Ahad, 13 Mac 2011

Malaysia 21 - Denmark 15.

Aku rasa lain. Oh, lapar rupanya. Terguling-guling memikir nak turun makan atau tak - sempat mengira-ngira jarak yang perlu diharung demi makan. Fikir kerja lagi, kerja, dan kerja. Ah, sudahnya 20 minit habis hanya untuk putuskan nak turun makan atau tak. Alang-alang rugi masa, terus aku tukar seluar, sarung kardig, sarung tudung. Siap. Lalu mengejar Dataran Cendekia. 

[9.25 pm]
"Smileee." Tiba-tiba abang kedai makan kata kat aku. Khusyuk menulis order, aku buat bodoh. Gila apa. Muka aku serius sangat ke?
"Nasi goreng paprik."
Lantas mata aku melilau mencari tempat duduk. PENUH. Semua stok duduk berdua-dua di meja 4 kerusi. Gurh. 
"Boleh duduk sini?" Senyum paling manis, muka paling baik paling peramah. Aku serang saja meja yang ada depan mata. Dua-dua perempuan tengah khusyuk makan tomyam.
"Uh, boleh, boleh." Pun ramah. Heh, rezeki aku. Lalu duduk, angkat kepala, tengok Astro Supersport Malaysia - Denmark. Lantas senyum. Rezeki aku lagi. Sedang memikir, tiba-tiba terperasan baju yang aku pakai. Oh, padanlah.

[9.30 pm]
"Niniiiiiiiiii." Laung abang Kedai Auntie Wann pakai cap. Bapak gilak kuat dia jerit. Aku ada depan dia jekot. 
"Cepatnya? Baru duduk." Aku menggumam perlahan. Abang kedai tu pandang tak berperasaan. HEH. Aku jeling nasi paprik aku. Alah, bukan panas-panas. Melilau lagi mata aku. Nak makan kat mana pulak ni? Ah, bantaii.
"Makan sini boleh?" Masih kacau meja yang sama. Maaflah, kacau kauorang dating, bisik hati aku.
"Ha, boleh,boleh. Duduk jee."
Letak pinggan, kejar kedai air pulak. Teh ais satu bang. Ah, sekali sekala mengetehais. Lepas gian.
"Tak pe ke, makan sini?" Risau pulak aku. Kacau privacy plak dah.
"Takpee, makan jee." 
Aku senyum paling manis lagi. Bajet gadis baik lagi peramah lagi comel. Ah, perempuan duaorang ni pun comel gakk. Alang-alang aku tak berteman ni. Hehe~

[9.40]
"Naik dulu." Laju gila aku makan. 
"Eh? Naik dah?"
Angguk. Sori, tak teman lama. Nama kauorang pun aku tak tanya. Kolej mana pun aku tak tanya. Sibuk cerita pasal badminton tadi je.
"Thanks, teman." Leret senyum lagi. Ah, tak habis-habis senyum aku ni. Sungguh, aku hargai korang teman aku walau tak sampai 10 minit.
"Okayyy." Alalala, kiutnya kau. Sayang tak tanya banyak. Maaflah, tengah takde mood. Heh.
"Babai." Saling babai-membabai. 
Lalu aku kejar pulak kolej sambil hirup tehais kegemaran. Sambil kepala mendongak tengok bulan.

Oh, bulan. 
terangnya, kau. Siap dengan awan kepul-kepul kat tepi tu.
Walah. 
Terus kepala terimbas peristiwa lepas maghrib semalam.


"..bukan niat hatinya nak buat macam tu.. Dia pun terpaksa."
"..maksud kamu? Demi kebaikan dirinya, dia terpaksa?
"Ya iya."
"Jadi kalau aku berjauhan dari dia, dia akan OK lah?"
"..mungkin. Dia fikir macam tu."
"..."
"Tapi dia pun berbelah bagi."
"Asal?"
"Yelah, dia sayang kamu lagi."
"Aku tau tu."
"..."
"Dia teringat kenangan kauorang berdua. Masa dulu-dulu. Gembira."
"Gembira? Dulu? "
"Yalah, dulu-dulu. Pergi tengok wayang..Bla bla bla[menggugam]"
"Aku tau. Semua yang aku tau memang betul."
"..."
"Lalu bagaimana?"
"..."
"Tapi dia jugak tak boleh kalau berjauhan dari kau."

Sambil naik tangga, kepala ligat memutar memori. 
Dalam bus tadi pun, cuaca mendung. Lalu hujan renyai. Tiba-tiba terflashback waktu mula-mula ke Bukit Tunku. Kemudian, rentetan-rentetan lain. Jelas, terang. Ah, kenapalah kepala aku suka putar memori-memori begini.

Jumaat, 25 Februari 2011

Si Tua I

"ke mana kan harus kita pergi, nanti? kalau sudah tanah kita tergadai dan tidak diakui tuan, jiwa kita sudah dibeli dan jati kita hapus terus, cakap, bagaimana kan harus kita harung hidup terbuang di tanah sendiri?"
harus monolog dalaman, itu saya percaya. hampir setiap masanya, harus difikir-fikirkan. tapi terkadang letih, kerana mengenangkan upaya diri yang hanya setakat mana, berbekalkan iltizam yang sedikit cuma. tapi harus juga, berfikir. 

*

petang yang redup di sebuah perkampungan sepi di hujung desa, Azman perlahan menapak dengan fikiran kosong. akalnya terbejat seketika, kalut dalam merencana agenda ringkas lewat persinggahan spontannya di sini. semuanya kerana tekanan hidup di kota dengan tugasan daripada guru yang tidak pernah surut. lalu terbuang dia ke sini; tanpa tujuan yang jelas. apa yang ada di dalam kepalanya saat dia menekan pedal minyak sebentar tadi, mahu lari, menghilangkan diri sebentar untuk menyelam jauh ke dalam dasar dirinya, mencari ketenangan atau mungkin mencari kembali tujuan asal atas segala sebab-musabab dia masih terperusuk dalam susuk jisim yang mengejar segulung kertas; gelaran siswazah untuk kursus yang makin dia rasakan tidak relevan dengan dirinya.

dengan keluhan, Azman memandang jauh ke hadapan. jauh benar, tembus ke hutan belantara mungkin. begitu sesak kepalanya hinggakan kebun sekangkang kera itu pun disangkakannya hutan belantara. naif sungguh. dan dalam huru-hara kepalanya, Azman terpandangkan sebuah rumah, tidak jauh dari tempat dia berdiri. lalu dia terjumpakan sasaran. dengan tekad yang gila, dia hidupkan enjin, lalu mengejar rumah usang tidak bercat itu. sempat dia ketuk kepala, memikirkan ulahnya yang gila. semakin mampir dia ke perkarangan rumah usang itu, semakin dia rasa tidak waras, makin tidak pasti dengan tindakannya. tapi, ah. persetan.

kelihatan seorang tua sedang duduk diam merenung ke hadapan. riaknya tidak berubah walaupun Azman sudah menapak perlahan ke arahnya. hanya setelah salam diberi, seulas senyum mendamaikan terbit dari riak si tua. lalu mereka bersalaman.

"maaf ganggu, pak cik." dengan tingkah yang makin kalut, Azman rasa mahu lari dari situ waktu itu juga. 
"tidak apa-apa." si tua senyum misteri. tenang sungguh si tua ini, Azman langsung jadi tenang melihat ketenangan yang dipamerkan si tua walaupun menerima kunjungan tiba-tiba yang maha gila dari seorang gila seperti dia. mahu dilanjutkan ucapannya, menerangkan kehadiran dia di situ secara tiba-tiba, yang dengan cara yang paling ganjil lagi merunsingkan siapa-siapa saja jika mereka berada di kedudukan si tua. tapi ulah si tua membantutkan niatnya.

"mari duduk, sebelah pak cik." sambil menepuk-nepuk perlahan kerusi kayu di sebelahnya. Azman mengangguk bodoh sambil tersengih-sengih busuk dengan pelawaan si tua yang cuma berkain sarung dan selesa tidak berbaju. 

"anak ini dari mana?" penuh ramah si tua bertanya.
"Shah Alam, pak cik." si tua kelihatan memikir sebentar.
"Oh..dari bandar. jauh tu sampai ke sini." Azman hanya tersengih kambing menutup gugup. sungguh dia seolah dapat rasakan si tua ini dapat baca segala tindak tanduknya. malah- mungkin niatnya juga?
"ada hajat apa anak sampai jauh ke sini. mencari sesuatu?" penuh dalam maksud si tua. apa benar si tua ini bisa membaca gerak geri orang?
"er..saya tak tahu, pak cik." si tua ketawa perlahan mendengar jawapan Azman. nah, memang benar seperti telahan si tua.
"susah hati, ya?"
"..entahlah pak cik." si tua senyum lagi. saat itu terus saja Azman makin rasa selesa dengan si tua, sepertinya dia seorang pak cik yang sudah dikenalinya sedari kecil.
"anak sedang belajar?"
"ya." kali ini si tua berubah riak, merenung kembali jauh kehadapan apabila mendengar jawapan Azman.
"saya..bingung, pak cik. tertekan, tak tahu nak buat apa. saya makin rasa..hilang semangat."
"tinggal saja di sini, beberapa hari."
gila. ini memang gila, bentak hati Azman. lama dia diam. hanya sepi berkata-kata antara mereka.
"jangan risau..pak cik cuma ada rumah usang ini saja. hidup pak cik cuma ini saja,lah. apa yang perlu dikhuatirkan? ada kamu secara tiba-tiba, mungkin tuhan mahu hadirkan sesuatu kepada pak cik, dan mungkin juga ini bahagian kamu, dihadirkan ke sini secara tiba-tiba, untuk sesuatu yang..kita sendiri tidak terdugakan. prejudiskah kamu dengan rencana-Nya?" bicara tenang juga telus terus si tua seolah memanah tepat akalnya yang terbejat sebentar tadi. si tua ini, sesuatu. sesuatu yang..hanya naluri bisa mentafsirkan secara tepat. 

"pak cik seorang saja?" dia mempersoal secara spontan.
"seperti yang kamu nampak." lalu Azman tidak bertanya lebih-lebih. dengan tingkah si tua ini sedari awalnya hinggalah sekarang, dengan setiap patah katanya, si tua ini- berhati walang. juga sepertinya, mungkin. tapi si tua ini, sedang hidup mendepani hari-hari tuanya dengan jiwa yang lara. itu si tua yang terimbas spontan dalam kepalanya.

sepertinya, mereka berdua yang ditakdirkan Allah untuk bertemu di situ, terus bisa menjalinkan bicara secara hati. si tua ini sesuatu, si Azman ini juga, sesuatu. bayangkan saja apa yang boleh terjadi antara mereka apabila mereka mula bercerita secara telus, melihat hidup keduanya dari perspektif yang berbeza tapi mungkin sama? 

*

ini adalah anti klimaks. Azman dengan semangat juangnya untuk menjadi seorang lagi anak melayu yang berjaya, berjaya bukan setakat dengan gulungan ijazah dan gelaran tapi, bermodalkan diri yang mantap ilmu dan pemikiran yang bisa membawanya berdiri sama tinggi ataupun mungkin lagi tinggi dari penumpang tanah melayu ini; terjumpakan sesuatu dari si tua dan memanglah pertemuan maha luar biasa mereka itu sememangnya sesuatu. lalu dia sedar akan sesuatu yang penting. si tua, karakternya misteri, mungkin kelihatannya tipikal tapi terlalu panjang untuk dikupas dan saya tidak serajin itu untuk tolong memberikan jawapan kepada karakter si tua. anggap saja; dia si tua yang tinggal di rumah usang, sebatang kara, melalui usia senjanya dengan menangis mengenangkan anak bangsa, kerana ketidakupayaannya juga dia hanya mampu terus begitu- tenggelam bersama-sama fikiran emasnya, yang mana jika mampu terkongsikan dengan anak-anak zaman kini, umpama satu pancing yang mengumpan mereka untuk menanam dalam kepala tentang ideologi hidup yang bermakna, tidak mensia-siakan nikmat yang sudah diberi. sungguh, falsafah hidup bukan bererti menjalani hidup seperti biasa-biasa dengan monolog dalaman yang biasa-biasa.

kita secara lahiriahnya hari-hari melakukan rutin yang hampir sama setiap hari. itu tak kisahlah, terpulang. tapi satu susuk yang penting yang perlu tertanam dalam diri kita, sesuatu. carilah. 
kerana dirimu begitu berharga. 





nota kaki : uhum. ya, ini bahagian saya.

Selasa, 8 Februari 2011

Numb.

..when dreaming, im guided to another world..
time and time again
at sunrise i fight to stay asleep, 'cause i dont want to leave the comfort of this place
'cause there's a hunger, a longing to escape
from the life i live when im awake


hell yeah. pagi tadi waktu cegu masih lagi mia, saya jadi rebel. terlupa bawak itu, terlupa bawak ini. lucky, internet memang (sentiasa) laju. berbondong-bondong lagu saya donlod dan..pasang! since mp3 pun terlupa bawak. hmph. dan kawan-kawan sebelah macam, apa yang dia dengar pun entah. idgadmntwtvthyrthnkg.


although i would like our world to change
it helps me to appreciate
those nights and those dreams
but my friend, i would sacrifice all those nights
if i could make the earth and my dreams the same

if only.

Damn Liar.

kelakar.
kelakar.
kelakar.
kelakar.
kelakar.
kelakar.
.
.
.

dan saya rasa masih mahu taip benda yang sama- endlessly. atau mungkin sampai satu tahap saya sudah tidak dapat rasa terbius dengan kelakar itu; saya mahu menangis sepuas-puas hati. menyesal fikir positif.

Jumaat, 28 Januari 2011

i'll wait, for the postman. to bring me a letter.

..sometimes when you opened up to people, u'll let the bad in with the good.

and i believed so, up until now.

*
i feel like, pushing people away.

no.

its not that.
its what i do.
i pushed people away.


Rabu, 19 Januari 2011

denial.

current song : behind these hazel eyes; kelly clarkson.

sungguh. puas saya dig hardisk. tengok barisan lagu-lagu lama yang masih saya simpan. (yang masih, terselamat) dan, banyak sungguh yang saya dah lama tak dengar. dan..dan..em hm.

*

ya, saya hanyut lagi dengan dunia saya sendiri.

tolonglah. bagi saya ilmu seorang romeo.

Selasa, 18 Januari 2011

here with me.

current song : all you want; dido.

petang yang indah. habis saja kelas, kepala saya secara automatik kembali kosong. blank. empty. 
langkah demi langkah yang terhayun, bagaikan tidak terasa. matahari petang yang terang, cuaca memang sangat cantik petang ini. kalaulah..

kalaulah..
kalaulah..
kalaulah..

dan saya teruskan berjalan. melihat pokok-pokok tua yang memayungi sepanjang perjalanan saya. mendongak, melihat langit yang biru cair. terasa penuh dada saya. sungguh, saya rindu. kalaulah..
dalam sepi kata hati, dalam longlai gerak langkah, angin..bertiup lembut. seakan membelai-belai lembut saya.
seakan faham hati saya yang huruhara. bagaikan faham yang hati saya..ah. puing-puing kecil yang berpusaran di hadapan mata seakan mengajak saya bermain sama. menikmati petang yang indah ini. rasanya ingin saja saya duduk di bawah pokok itu, bertemankan angin, bertemankan langit..bertemankan pokok rendang..tempat saya bersandar. dan..tidur, di situ.

kalaulah..


"awak tak rasa bersalah ke?"

sepanjang-panjang mesej yang sampai, hanya itu yang saya nampak. hanya itu yang membuntangkan mata saya. hanya itu yang mengetuk-ngetuk gegendang telinga saya. 
dan..hanya itu yang menikam-nikam hati saya.
over and over again.

a hole.

current song : is this the end; zee avi.

Is this the end

is this the end?
why does it feel, like we'd only just begun
i thought we were done
i think i'll hang on
if you still want me
but if you dont
i guess i'll move on

but if you need me
close your eyes and dream
i'll give you back your key
but, will you be happy?
will you be happy..?

said we'll leave it alone
but i wont be here long
and when im gone
i guess then we'll know.



All you want.

current song : thank you; dido.

..and i want to thank you,
for giving me the best day of my life
and oh, just to be with you
is having the best day of my life.

dan part itu berkumandang menendang-nendang gegendang telinga like thousand times.
over and over again.

*

saya melihat kelibat orang yang lalu lalang diluar, dari sipi-sipi ruang yang ada. bersumberkan sinar mentari yang sipi-sipi. dan saya berada di dalam sini, sejuk. sunyi. sepi.
dead silence.
semua orang buat hal masing-masing. dua jam yang sia-sia. lagi baik saya tidur. sekadar rebel terhadap diri sendiri. tapi di sini juga, kebosanan dan kesunyian dan rasa sayu,sedih yang menggigit segenap ruang hati ni, seolah buat saya selesa.

if my life is for rent
and i dont learn to buy
well i deserve nothing more that i get
'cause nothing i have is truly mine

lagu bertukar tajuk.
semakin hanyut saya dalam dunia saya sendiri.

*

semakin rancak telinga saya menangkap sepatah demi sepatah apa yang minah ni dendangkan.
o, whats next?
somehow, muzik sekali sekala menenangkan menghuruharakan saja lagi hati saya.
kerana liriknya.
ah, saya juga yang pilih lagu-lagu ini. sungguhlah lagha. tapi, apa untuk dibuat?
saya, seorang manusia.
dan hati saya mahu juga menyanyi, menzahirkan agoni ini, sekadar di ruang lingkup dada ini saja.

*

dunia ini luas, kan?
ada tempat tak untuk saya?
tempat untuk saya berdiri dan berlaku jujur dengan diri sendiri.
ada?

titik buta.

saat langkah terasa longlai, hati berbunyi-bunyi lagi. dia dengar, dia faham, dia tahu.
tapi semua deria yang dia ada seakan tidak mahu bergerak. dia paksa, paksa dan paksa lagi.
tapi, none. nothing. nil.

dia cuma terus di situ. 
padahal dia ingatkan sudah berpuluh batu dia melangkah.
rupanya masih di situ.
dan dia cuma mampu tersenyum dalam hiba hati.
di hadapannya, yang dia nampak,
kegelapan.

*

saya selalu rasa yang tempat seorang wanita itu adalah di sisi suaminya (semestinya,kan), bermakna, lulusan apapun dia, saat dia sudah diikat, saat dia sudah sah milik suaminya, bermakna, hidupnya bermula saat itu, di sisi si suami. sentiasa.

dan saya bersetuju, pada pendapat bahawa seorang isteri seharusnya menguruskan hal rumah tangga sahaja. sahaja. tempatnya, di rumah.
panggil saja saya kuno, konservatif, apa saja.
kerana, rasional dan hikmah disebalik yang saya pandang.
saya yakin dan percaya, semua orang tahu rasional saya berkata begitu, kan?

rutin saya mengajar separuh masa, sambil saya belajar. dalam seminggu, sekali saya akan pergi ke seksyen19. tutor peribadi. upah yang saya dapat; tak cukup untuk belanja makan sebulan pun. tapi, biarlah. daripada tak ada. dan juga, passion saya untuk mengajar yang mendorong saya untuk kuatkan hati saja. saya suka, mahu tolong. saya tidak tega mahu biar saja begitu. walau mungkin saya memang tidak mampu, tapi.. pada ketika itu, saya yang ada di situ. waktu itu. jadi saya..ya iya, saya cuba.

mengajar anak-anak kecil, secara peribadi, secara dekat, selalu saja melayangkan fikiran saya ke masa hadapan. ke kehidupan berkeluarga.
dan saya membayangkan tempat saya di sisi suami, dengan anak-anak, dengan rumah tempat berteduh yang selesa, dan saya, sentiasa ada di rumah itu. untuk mereka.
seorang ibu, isteri.
dan saya sendiri yang akan membesarkan anak-anak saya.
saya sendiri yang akan memandikan anak-anak saya.
saya sendiri yang akan menyuap nasi ke mulut anak-anak saya.
dengan tangan saya sendiri.
dan saya sendiri yang akan bersihkan najis anak-anak saya.
dan saya jugaklah yang akan memukul nyamuk yang berani-berani mencacatkan kulit anak saya.
..dengan,
tangan saya sendiri.

saat anak-anak saya sudah bersekolah, saya yang akan menyambut mereka pulang dari sekolah.
saya yang akan mendengar celoteh mereka tentang rajuk mereka dengan kawan-kawan.
saya yang akan mendengar kisah cinta jantung pisang mereka.
dan saya yang akan memujuk mereka, memberikan pesanan-pesanan emas kepada mereka.
semua saya.
cuma saya saja.
dan saya yang akan membantu mereka dengan kerja rumah mereka, pelajaran mereka.

dan saya mahu hanya saya saja yang mereka kenal dari mereka merah lagi, sampailah mereka sawo matang. sentiasa, ada.
saat jatuh bangun mereka, suka duka mereka, apa saja.
hidup saya, bakti saya, untuk mereka.

dan, sang suami.
saya mahu tolong suami saya, dengan menjadi isteri yang baik. ok, part ini saya rasa lemah. kerana saya kenal diri saya, saya tahu diri saya.
mungkin saya tidak sesempurna mana, memang tak pun.
tapi..saya akan bantu suami saya, dengan menjadi isteri dan ibu dan wanita yang solehah, penyabar, setia.
supaya, senang suami saya mahu melangkah di titian sirat nanti.


keluarga yang penuh dengan ciri keluarga Rasulullah saw, itu idaman saya.


tapi.
tapi, saya memandang kepada kepentingan ibu saya dahulu. adik-adik saya. dan ayah.
saya mahu, hidup saya, berbakti kepada mereka.
hidup saya, kudrat saya, untuk mereka.
akan saya penuhkan tuntutan fitrah mereka,
semampu-mampunya saya.
dari saya kecil, sudah saya tanamkan dalam kepala yang,
kudrat empat kerat saya ini,
untuk mereka.


dan saat ibu menangis, saya pujuk. saya pujuk, dan saya yakinkan, tiada apa yang lagi penting bagi saya dalam hidup ini selain melihat senyumannya dan adik-adik, dan hidup kami waktu itu, hanya penuh dengan senyuman. 

dan saat itu, setiap kalinya, bayangan saya untuk hidup berkeluarga,
makin suram. makin malap, makin jauh.
fitrahnya, itu yang saya mahu.
yang saya impikan kadang-kadang di bawah sedar.
katakan, perempuan mana yang tidak mahu,
rasa hangat, selamat, dilindungi dalam pelukan suaminya?
rasa bermanja, merajuk dan dipujuk,
siapa yang tidak mahu?

tapi, apa boleh buat.
saya mahu, keluarga saya.
ibu saya, adik-adik saya.
mereka, sudah cukup derita.

dan saya, pilih untuk tidak.
kerana, bakti isteri adalah untuk suaminya, dan anak-anaknya.
suami yang pertama.
tapi saya, bakti saya pada ibu, ayah, adik-adik pun tak terlunas lagi.
lalu bagaimana?
dan saya pilih, akhirnya.
dalam hela nafas dan kaku gerak langkah,
saya tersenyum.

demi ibu, adik-adik. ayah.



Isnin, 17 Januari 2011

network.

bismillah.

for the sake of writing o catharsis watever.

anugerah Allah seharusnyalah digunakan sebaiknya dan disedut segala yang baiknya untuk benda-benda yang baik sebaiknya.
dan, 
segala nikmat yang Dia bagi, bersepah. ada di mana-mana.
pengajaran Allah, secara langsung.
setiap hari.
setiap jam.
setiap minit.
setiap saat.
setiap..milisaat.

biar sial macam mana anda rasa hidup anda,
bak kata omputeh,
sentiasa ada sinar dari sebalik awan.
ceh.

poyo.

tukar.
bak kata Dia,
setiap yang jadi haruslah disertakanNya sekali sesuatu.
and that sesuatu, mesti ada.
mesti ada punyalah.
percaya jelah.
kenapa tak nak percaya?

tahu bagaimana rasanya bila anda sudah kata,
i am motivated,
dan anda tampal note pink di softboard yang anda nampak hari-hari, setiap masa, setiap kali,
tapi last-last anda tepleot and 
kedebuk!
right on your face.
and then rasa tak nak bangun dah.

but heck,
time tu lah saat hati anda menjerit-jerit,
i mean,
hati kecik memekik mekik.
"aku dah kata! aku dah kata! sapa suh tak dengar apa aku cakap!?"

and then,
anda tersenyum dalam air mata.

*

"ya, nek..maaf, tak dengar. dari hari tu lagi..saya dengar, tapi tak perasan. tolonglah tebuk telinga saya ni biar gegendang ni boleh dengar that tiny miny sore ciput tu berkata-kata."

silence.

"oh, yalah. mata telinga eh namanya?"
"..bukan? mata hati memanglah. tapi nek.."
"..okay.okay.get it."

*

anugerah Allah,
seharusnyalah dihargai sebaik-baiknya.
pengajaran Allah itu,
secara langsung.

terus..ke hati.