Khamis, 6 Januari 2011

bismillah.

"assalamualaikum"
sunyi. lama.
selawat lagi. salam diberi lagi.

sedetik. dua detik. perlahan-lahan, mampir juga.

"maaf, saya tidak tahu macam mana lagi"
"saudari..tahu apa saudari patut buat..kan?"
"tapi saya..kekuatan saya.."
"saudari, tauhidkan Allah. Cintakan Rasullullah s.a.w. junjungkan ibu saudari. biar macam mana pun ayah saudari, dia tetap seorang ayah. jangan..derhaka."

senyap. 

"air mata nak keluar jugak"
"usah ditangisi perkara dunia..tangis biar takut kerna Allah, takut kerna azabnya, tangis biar kerna taubat"

diam lagi.

"saya..sayang sangat dia.dia..cinta saya"

kali ini, tiada kata-kata yang boleh terzahir secara zahir. semuanya hadir terus, ke dalam hati. kali ini, mereka berbicara lagi, hati ke hati. setelah sekian lama salam tidak bersahut. dia datang, kali ini. agaknya, sudah melarat sangat, kot?

"ye, saya tahu. fahamlah. maaf sebab gunakan adik saya. saya tahu. saya salah"

diam.

"ye, saya tahu..tapi saya..argh"
"..ibu..kalau orang lain boleh, kenapa ibu..tak boleh, saudari?"

diam.

"saya tahu. tunggu masa sesuai. okey?"

diam.

"oh ya, semalam saya mimpi anak singa kejar saya, nak main-main dengan saya. apa maksud tu?"

kali ini, macam kena marah. sebab tulis dalam blog? haha. gila. pergi pecah rahsia.

"sori, saya..entah?"

alamak. shes gone. aiseh.
adeh. baru pasan. hari ni kames. malam jumaat.

padanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.