Memaparkan catatan dengan label perihal kejadian I. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perihal kejadian I. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Februari 2012

Tentang Anne Frank; The Diary of A Young Girl

Jadi, ada apa dengan buku ini? Dulu, waktu bukak semester, semester yang lepas - saya terjumpa lagi buku ni dalam rak value buy sekali bersama-sama dengan Harper Lee punya masterpiece. Tapi waktu tu terasa nak beli buku lain. Yang ini tak apa, buku ni tak akan habis stok punya.

Dan lepas tu beberapa kali lagi terjumpa buku yang sama tapi saya tak pedulikan. Macam yang saya cakap, buku ni memang akan ada di mana-mana. Tiada kerisauan. Sampailah tempoh hari, saya cuma berjalan-jalan menghibur hati, tanpa ada tujuan apa-apa. Dan ada sale. Macam yang saya cakap, buku ni mesti ada punya. Bosan asyik nampak tapi tak beli-beli, saya takut menyesal pulak. Lagipun kali ni dia tampil sekali dengan masterpiece Harper Lee. Setakat tahu bukunya tapi tak baca tak cukup, ye dak? Serupa kita excited nampak cupcake kata tu sedap macaron ni sedap tapi tak rasa pun. Sekali dah rasa, baru tahu sedap atau tak. Suka, atau biasa-biasa.

Jadi saya beli. 

Tapi yang saya minat adalah Anne Frank. Catatan dia sepanjang 1942 hingga 1944 ketika Jerman datang dan Holocaust di Holland, daripada perspektif seorang remaja zaman 1940-an, yakni silent generation yang membesar zaman great depression. Apabila Nazi hantar surat panggilan untuk deportation kepada kakaknya, Margot - masa tulah ayahnya terus bawa Anne dan mereka sekeluarga lari ke tempat persembunyian. Makanya mereka tinggal di bangunan tempat ayahnya bekerja - secara sembunyi. Ada bahagian tersembunyi di dalam bangunan tu yang orang tak tahu. Pintunya - berfungsi sebagai rak buku biasa di mata orang lain pada siang hari. Dan diari Anne ini dijumpai di loteng bangunan itu - selepas Nazi jumpa tempat persembunyian mereka dan (syukurlah) diari Anne dan surat-suratnya tidak dihapuskan.

Tulisan polos dan jujur seorang budak-budak, yang dalam tempoh dua tahun itu kita dapat lihat perkembangannya membesar sehingga menjadi wanita. Dalam ruang yang sempit lagi daif lagi terkurung, yang hanya diduduki 8 orang dalam kawasan serba-serbi tidak sempurna itu - di situ Anne membesar, menjadi matang dengan jayanya. Hanya 8 orang, mind you. Tapi pemerhatian dia, timbang tara pemikirannya, pembentukan prinsipnya - terhasil daripada circle yang hanya ada 8 orang itu. 

Sambil saya baca, saya jumpa suara kecil saya yang masih mengiyakan setiap sifat semulajadi yang ada. Seorang dewasa yang baca diari seorang kanak-kanak remaja, tak boleh tidak pasti akan jumpa dirinya sendiri dalam setiap suara Anne.

Cukup tentang perkembangan peribadinya - kerana itu yang majoriti tampil dalam tulisannya, sebab dia kurang suka bicara tentang politik - walaupun rutinnya setiap hari akan dengar perbualan orang-orang dewasa tentang politik - bila England akan akhirnya bertindak, bukan sekadar omong kosong, bila Nazi akan lingkup, bila mereka akan akhirnya dapat bebas kembali - tapi satu suaranya yang terzahir; bahawasanya anti-Semitism ini yang akan buatkan mereka terus kuat untuk bertahan. Yang gagal bertahan, itu tidak apa, kerana, mereka yang bertahan ini yang akan bangkit kemudian.

Antara bangsa Islam dan Yahudi, bangsa Islam ini terkenal dengan paparan sejarah masa silam tentang kegemilangannya, kekuasaannya - daripada Khulafa' Ar-Rasyidin, kepada kerajaan Bani Umaiyyah, Bani Abassiyah, Turki Uthmaniyyah, kepada barisan pemerintah yang membawa karakter masing-masing sampailah sekejap jatuh sekejap bangun kembali kekuasaan empayar Islam - Harun Ar-Rasyid, sultan pertama dunia - Sultan Mahmud, Masud, Alp Arslan dengan setiausaha agungnya Nizam Al-Mulk sampailah Salah al-Din Yusuf Ibn Ayub yakni Saladin yang ambil kembali hampir kesemua yang ada dalam pegangan the Crusaders, tanpa pertumpahan darah - manakala sepanjang huru-hara dunia Islam yang pemerintahnya asyik nak bertanding pegangan agama siapa yang lagi kuat yang lagi betul - which sebijik situasi pemerintah Islam kita yang sekarang ni - bangsa Yahudi tertindas, tidak bertempat, berlindung di sana-sini.

Apa bangsa Islam ini terlalu selesa? Sampaikan bangsa yang tertindas itu, makin bangkit dan sudah maju - kerana susah payah perit duka yang mereka lalui. Sedangkan kita bangsa Islam mungkin sudah redha dengan dunia kerana tahu hujung perjalanan kita apa - bagaimana pengakhirannya hayat bumi, bagaimana kejatuhan bangsa Yahudi (dan agama lain), bagaimana akan datang penyelamat dan sebagainya - ini apa?

Kenapa diari Anne ini jadi fenomena dunia? Sebab tinggalnya sebagai peringatan kepada bangsa yang tertindas dahulu. Dan sebagai pembakar semangat kepada mereka.

Kita? Apa yang kita ada? Atau yang kita, kejar? Apa, fenomena kita? 

Nyatanya, senang disogok kerana terus terima. Fenomena kita jadi, stereotaip. Prinsip dan pendapat itu lain cerita, kepercayaan kita berteraskan asas yang sama - tapi sesetengahnya lari menjadi terlalu..jumud. 

Bangsa yang berfikir, bangsa yang terselamat.

Ahad, 11 Disember 2011

Kau mana?
Mana, kau?

Gigil. Gigil. Tolonglah. Tolonglah.

Tak ada. 
Oh.
Ada.
Oh, tak.

Balik tu, gigil, masih. 
Lepas tu aku demam.

Isnin, 28 November 2011

Si Putih Nanem.

Sepanjang perjalanan dari Brickfields ke Shah Alam, aku pejam mata. Sejuk sangat pulak dalam bas ni, sangat sejuk untuk waktu pagi-pagi macam ni. Lagi lah mengantuk tak hilang lagi. Nikmat tidur malam aku macam makin ditarik perlahan-lahan, makin lama makin susah tidur. 

Haih. Apa nak jadilah.

Lepas masuk area Bangsar, aku sandar dan pejam mata. Dalam keadaan sejuk yang menyucuk-nyucuk macam ni, perlahan-lahan imaginasi liar mula bermain-main dalam kepala. Dalam banyak-banyak benda, entah kenapa Si Putih Nanem yang dah lama aku tak nampak tu yang muncul dalam kepala.

Aku terbayang, tuan punya Si Putih Nanem tu datang tiba-tiba, mungkin terserempak dekat mana-mana, atau mungkin aku yang datang bertandang, atau mungkin memang sengaja berjanji untuk berjumpa. Tak kisahlah, plot-plot rambang berputar, tapi bila aku nampak Si Putih Nanem tu, instead berlari kepada tuan empunya, aku berlari kepada Si Putih Nanem. Aku dapat bayangkan aku berlari penuh gembira lepas tu terkam Si Putih Nanem yang putih gebu tu sambil peluk penuh perasaan. 

Sungguh.

Aku tak tahu dan aku tak sedar sampai macam tu sekali rupanya aku hargai Si Putih Nanem. Dan betapa aku tak sedar yang perasaan setiap kali dengan Si Putih Nanem tulah perasaannya; kami berbahasa dalam bahasa yang hanya kami saja yang faham.

Aku rindu sangat.

Jumaat, 18 November 2011

Bismillahirrahmanirrahim.

Setiap kali Jumaat, pagi selalu jadi yang terindah. Segalanya tenang, bermula daripada fajar hingga ke senja. Cara hati menerima segalanya dengan redha; semua rasa berlalu tenang. 

Kerana hari ini bukan yang ditakdirkan untuk kita mati.
Sekurangnya-kurang hati kita masih hidup, masih diberikan peluang untuk bernafas. 
Melihat segala sesuatu dengan penuh keterbukaan dan rela hati.

Sabtu, 23 Julai 2011

Aku tengah baca newspaper bila mak yang tengah duduk kat sebelah bersuara.

"Kau kenapa?"

Aku diam kejap. Fikir dan fikir.

"Oh, takde ape."

"Kau jaga-jaga sikit ye, kalau  jadi apa-apa mak tengok kau macam hape siap."

Gulp.

Masa tu serius aku rasa nak lari masuk bilik, protes. Tapi nasib baik tak sempat aku nak bangun,

"Apsal kau jadi macam budak-budak sangat ni?"

There.

Jumaat, 10 Jun 2011

"Salam."
"Uh..ya."
"Praktis lagi."
"Tak boleh la."
"Tanda-tanda makin jelas, kan?"
"..You know i can't."
"So be it."

Isnin, 9 Mei 2011

Aku rasa nak demam dah. Kena tempeleng sebab mengumpat orang waktu-waktu senja. Berdosa weh berdosaaaaa.

Aku nak putar balik jam. Itu..aib orang kot. Kenapa aku tanya lagiiiiiii

Rabu, 13 April 2011

Telegram untuk Atuk.

Ada sepuluh pintu, kot? Dan aku rasa (baca : baru perasan) dah banyak dah yang terbukak. 
Atuk, saya ni bahaya, ke?

Khamis, 7 April 2011

Adat.

Hari - hari langit mesti mendung punya. Tadi, waktu kelas, hujan lebat. Dalam kepayahan saya dengar bisik cikgu yang cuba sedaya upaya lengkingkan suaranya yang halus tu. Tapi dalam masa yang sama telinga saya lebih kepada menghayati hujan itu sendiri sebenarnya. Sudah macam terbiasa cuaca begini. Saya senang, begini. Waktu-waktu yang perlu saya hadirkan fokus, cuaca begini memang membantu.

Dan, ada sesuatu tentang lumrah takdir yang saya kena terima. Lebih setahun lepas, saya main-main. Benda serius yang saya tahu, tapi kurang pasti, saya persetankan saja sebab saya, tidak pasti. 

Kelmarin - saya rasa dipermainkan takdir sendiri. Jalannya bercabang, semuanya menghala ke pengakhiran yang berbeza. 

Dan hari ini saya memandang jalan yang saya tinggalkan dulu untuk jalan yang sekarang ini, dengan hati yang cemburu. 

Bercakap tentang pilihan dan peluang - well - saya umat yang paling [unknown] dalam dunia ini.

--
"Aku dah bagitahu dulu." Lepas salam diberi, terus saja menghembus.
"Iya. Tahu. Lama tak datang?"
"Tiada sebab untuk datang. Tambahan, kau suka salah guna."
Huh. Tertikam dada aku rasanya. 
"Iyalah. Aku tahu. Tahu.." 
Lemah rasa weh.

Ahad, 13 Mac 2011

Malaysia 21 - Denmark 15.

Aku rasa lain. Oh, lapar rupanya. Terguling-guling memikir nak turun makan atau tak - sempat mengira-ngira jarak yang perlu diharung demi makan. Fikir kerja lagi, kerja, dan kerja. Ah, sudahnya 20 minit habis hanya untuk putuskan nak turun makan atau tak. Alang-alang rugi masa, terus aku tukar seluar, sarung kardig, sarung tudung. Siap. Lalu mengejar Dataran Cendekia. 

[9.25 pm]
"Smileee." Tiba-tiba abang kedai makan kata kat aku. Khusyuk menulis order, aku buat bodoh. Gila apa. Muka aku serius sangat ke?
"Nasi goreng paprik."
Lantas mata aku melilau mencari tempat duduk. PENUH. Semua stok duduk berdua-dua di meja 4 kerusi. Gurh. 
"Boleh duduk sini?" Senyum paling manis, muka paling baik paling peramah. Aku serang saja meja yang ada depan mata. Dua-dua perempuan tengah khusyuk makan tomyam.
"Uh, boleh, boleh." Pun ramah. Heh, rezeki aku. Lalu duduk, angkat kepala, tengok Astro Supersport Malaysia - Denmark. Lantas senyum. Rezeki aku lagi. Sedang memikir, tiba-tiba terperasan baju yang aku pakai. Oh, padanlah.

[9.30 pm]
"Niniiiiiiiiii." Laung abang Kedai Auntie Wann pakai cap. Bapak gilak kuat dia jerit. Aku ada depan dia jekot. 
"Cepatnya? Baru duduk." Aku menggumam perlahan. Abang kedai tu pandang tak berperasaan. HEH. Aku jeling nasi paprik aku. Alah, bukan panas-panas. Melilau lagi mata aku. Nak makan kat mana pulak ni? Ah, bantaii.
"Makan sini boleh?" Masih kacau meja yang sama. Maaflah, kacau kauorang dating, bisik hati aku.
"Ha, boleh,boleh. Duduk jee."
Letak pinggan, kejar kedai air pulak. Teh ais satu bang. Ah, sekali sekala mengetehais. Lepas gian.
"Tak pe ke, makan sini?" Risau pulak aku. Kacau privacy plak dah.
"Takpee, makan jee." 
Aku senyum paling manis lagi. Bajet gadis baik lagi peramah lagi comel. Ah, perempuan duaorang ni pun comel gakk. Alang-alang aku tak berteman ni. Hehe~

[9.40]
"Naik dulu." Laju gila aku makan. 
"Eh? Naik dah?"
Angguk. Sori, tak teman lama. Nama kauorang pun aku tak tanya. Kolej mana pun aku tak tanya. Sibuk cerita pasal badminton tadi je.
"Thanks, teman." Leret senyum lagi. Ah, tak habis-habis senyum aku ni. Sungguh, aku hargai korang teman aku walau tak sampai 10 minit.
"Okayyy." Alalala, kiutnya kau. Sayang tak tanya banyak. Maaflah, tengah takde mood. Heh.
"Babai." Saling babai-membabai. 
Lalu aku kejar pulak kolej sambil hirup tehais kegemaran. Sambil kepala mendongak tengok bulan.

Oh, bulan. 
terangnya, kau. Siap dengan awan kepul-kepul kat tepi tu.
Walah. 
Terus kepala terimbas peristiwa lepas maghrib semalam.


"..bukan niat hatinya nak buat macam tu.. Dia pun terpaksa."
"..maksud kamu? Demi kebaikan dirinya, dia terpaksa?
"Ya iya."
"Jadi kalau aku berjauhan dari dia, dia akan OK lah?"
"..mungkin. Dia fikir macam tu."
"..."
"Tapi dia pun berbelah bagi."
"Asal?"
"Yelah, dia sayang kamu lagi."
"Aku tau tu."
"..."
"Dia teringat kenangan kauorang berdua. Masa dulu-dulu. Gembira."
"Gembira? Dulu? "
"Yalah, dulu-dulu. Pergi tengok wayang..Bla bla bla[menggugam]"
"Aku tau. Semua yang aku tau memang betul."
"..."
"Lalu bagaimana?"
"..."
"Tapi dia jugak tak boleh kalau berjauhan dari kau."

Sambil naik tangga, kepala ligat memutar memori. 
Dalam bus tadi pun, cuaca mendung. Lalu hujan renyai. Tiba-tiba terflashback waktu mula-mula ke Bukit Tunku. Kemudian, rentetan-rentetan lain. Jelas, terang. Ah, kenapalah kepala aku suka putar memori-memori begini.

Khamis, 10 Mac 2011

Jangan Percaya, Kalau Susah.

aku taip, dan aku padam. taip lagi, dan padam lagi. terlalu banyak rasa, bagaimana patut aku susunkan kata supaya rasa ini semuanya sampai, em? 

*duduk*

"eh?"

aku toleh kiri. sambil jari jemari masih statik atas keyboard. gadis ini senyum saja. manis sungguh. sempurna. padanlah dia jatuh cinta.

"kenapa?" 

ah. serba salah aku. hendak tunjuk perilaku yang bagaimana? gadis ini pun diam saja. senyum saja melebar dari tadi. apa..ingat aku boleh baca semua? penat, tahu? tak larat nih. dan gadis itu terus saja melihat aku taip ini, mengharap aku..jangan tulis apa yang aku mahu tulis tadi. kejadah?

"jangan..please?" pulak dah. buat muka camtu dengan aku. tch.

"look. aku boleh, tapi dah kalau dia tak larat, and plus, kawan-kawan dia ada. and, ada someone yang dah lama dengan dia, kenal dia lagi lama, tengok sengsara dia lagi lama dari aku, and plus, dia suka pulak, kau rasa tegakah aku? bila aku rasa dia lagi boleh buat dia gembira?

"tak sama."

"i don't care."

""i rarely do this."

"thanks, sebab datang. ni second time kot, kan? tak masuk yang haritu punya. i know, tahu sangat, tapi..tak leh lah. sorry."

"..."

"but dear, aku percaya, dia akan OK."

"..."

"aku ini, karma. no i mean, dia adalah karma aku. apa dia fikir semua, aku tahu. sebab, aku pernah. PERNAH. aku sekarang jadi dia dan dia jadi aku, dulu. semua ini aturan Allah. Bila kau terima / didoakan yang bukan-bukan dari pihak teraniaya, jadi macam inilah. kalaupun dia tak doa, secara nyata, tapi Allah itu maha Adil. bukan?"

"...(on the verge of giving up).."

"..dahlah, sorry. pergilah, teman dia. okay?"

"so awak dah give up?" what the..tetiba perempuan ni,marah?

"tak."
 
"jadi awak tengah buat apa ni? bukan give up ke?"

"saya rela mengalah, dari terus buat dia sengsara. dia hanging on, for nothing..kot. im useless. tak berbaloi. dia sendiri pun, mesti pernah fikir centu gak. banyak lagi yang sedia bagus dari aku, tak perlu dibentuk-bentuk. tinggal jadi tulang belakang je."

" you coward!"

dan, dia pergi. blah macam tu je. tapi tinggalkan aku dengan beribu-ribu lemon benda nak ditambah fikir. 
argh.
 

Ahad, 6 Mac 2011

ini puisi dalam berpergian; untuk rutin yang aku sudah terpadamkan. pucat bibir, pantulan imej yang berganda-ganda, kepala aku tolong dipicit (lagi) oleh denyut-denyut perit. ah, persetan. bicara panjang semalam harus membuka pekung aku, dan dia bisa tilik aku siapa - nasihat yang berjela-jela aku persetankan. sekejap cuma, aku merasa suci dan bebas dari rebel. tapi hari ini, aku layankan lagi rock rebelius; sambil menatap ayat-ayat suci. apa gila?harus.

dan dia cuma mampu menggeleng dalam pura-pura tidak perasankan aku. 
persetan situ. 

* 

"assalamualaikum."
terkujat dia menelan liur sambil mencuba berlakon kuat, menggenggam Kuntum Pertiwi : Buku 3, cetakan pertama 1982, seolah-olah tenang menerima kunjungan dari teman. lama sudah dia tidak terima kunjungan ziarah itu - sebelum ini kepayahan dia memanggil tatkala buntu yang amat.
"usah rebel lagi. kau rebel, sama juga seperti kau rebel pada Tuhan mu."
Astaghfirullah. Nauzubillah.
lalu kalimah syahadah bergema dalam dadanya.
"memang, kau ditakdirkan sebilik dengan dia ada sebab. kenapa itupun - kau rebel? kau tahu,kan?"
Gulp.
"haruskah aku selalu bertandang? aku tak suka."
terkujat lagi dia ditampar kebenaran.

Selasa, 15 Februari 2011

Hadirnya Dia Semalam.

semalam bagaikan mimpi, dan pagi ini betulbetul mimpi. dan bangun melihat kau di sisi, merenung aku tanpa kelip, sungguh, terasa sudah aku menjengah ke syurga rasa.

*

"jadi hidup kamu baik-baik saja?" perlahan, tanpa ekspresi, percubaan untuk merasa cool.
"ya, semua baik saja." senyum.
"2 tahun sudah, kan? sudah terlalu banyak yang berlaku dalam hidup kamu."
"em."
"dan aku masih lagi macam ni, lah. perjalanan hidup yang perlahan, terlalu perlahan."
senyum lagi. tersirat.

*

udara pagi ini..semacam. tidak banyak yang kami bualkan dalam satu malam yang singkat, dan tidak sempat kami berbicara secara gay. ah, satu malam, mana cukup. tapi masih, aku bersyukur.
melihat dia dan keperibadian dia, lantas aku temukan satu sisi yang lama tersimpan. ya, benar. teman itu umpama cermin yang bisa samaada pantulkan kembali refleksi diri kamu atau menjadi cermin sakti yang bisa tunjukkan siapa kamu masa akan datang. magisnya cermin ini; kamu berupaya untuk pilih reflek yang kamu mahu.

jujur, aku sekarang jadi keliru. aku sekarang di tengah-tengah; antara menjadi aku dan tidak menjadi aku. ah. sudah.

Khamis, 6 Januari 2011

bismillah.

"assalamualaikum"
sunyi. lama.
selawat lagi. salam diberi lagi.

sedetik. dua detik. perlahan-lahan, mampir juga.

"maaf, saya tidak tahu macam mana lagi"
"saudari..tahu apa saudari patut buat..kan?"
"tapi saya..kekuatan saya.."
"saudari, tauhidkan Allah. Cintakan Rasullullah s.a.w. junjungkan ibu saudari. biar macam mana pun ayah saudari, dia tetap seorang ayah. jangan..derhaka."

senyap. 

"air mata nak keluar jugak"
"usah ditangisi perkara dunia..tangis biar takut kerna Allah, takut kerna azabnya, tangis biar kerna taubat"

diam lagi.

"saya..sayang sangat dia.dia..cinta saya"

kali ini, tiada kata-kata yang boleh terzahir secara zahir. semuanya hadir terus, ke dalam hati. kali ini, mereka berbicara lagi, hati ke hati. setelah sekian lama salam tidak bersahut. dia datang, kali ini. agaknya, sudah melarat sangat, kot?

"ye, saya tahu. fahamlah. maaf sebab gunakan adik saya. saya tahu. saya salah"

diam.

"ye, saya tahu..tapi saya..argh"
"..ibu..kalau orang lain boleh, kenapa ibu..tak boleh, saudari?"

diam.

"saya tahu. tunggu masa sesuai. okey?"

diam.

"oh ya, semalam saya mimpi anak singa kejar saya, nak main-main dengan saya. apa maksud tu?"

kali ini, macam kena marah. sebab tulis dalam blog? haha. gila. pergi pecah rahsia.

"sori, saya..entah?"

alamak. shes gone. aiseh.
adeh. baru pasan. hari ni kames. malam jumaat.

padanlah.

Selasa, 16 November 2010

bicara tentang broga.

bila udara yang dihela sudah bagaikan asid, apalagi yang aku boleh buat selain lari ke sini dan mengadu domba? oh, dada terasa sempit, sesak. bila saja mengembang, seolah-olah berjuta jarum menyucuk-nyucuk segenap ruang hati. bertambah, dan bertambah. lalu, aku pilih untuk tidak bernafas, atau memaksa nafas keluar. biar, biar dada kekal sempit. biar, dada tidak terasa apa-apa. tapi fitrahnya aku manusia, perlu..bernafas. jadi, terima sajalah. biar rabak sekalipun dada ini. oh, aku tidak mahu fikir apa-apa. tolong, kosongkan ruang fikiran ini. tolong, aku mahu lari. haha. pengecut!

hadirnya aku di situ waktu itu, tidak aku terhargaikan suasana yang ada waktu itu. tidak aku terdengarkan bicara alam ketika itu, tidak aku terlihatkan indahnya alam waktu itu, hinggalah angin menyapa aku keras. menghempas, dan bersatu dingin dengan kulit. oh, maaf. aku tidak perasan pada awalnya. janganlah merajuk. mari, bertiuplah lagi.

lalu angin bertiup lagi. suka, membelai-belai aku lembut dengan nyaman udaranya, bergurau senda dengan aku dengan rima gila-gilanya. mengulit segenap tubuh aku dengan lembut layanannya. ketawa aku, suka. nakal kau ya, angin. dan burung-burung kecil, mulai terbang berlegar-legar. kelihatannya pada mata aku, seolah-olah bermain-main riang ketika aku di situ, bergurau senda dengan angin. dan lalang-lalang pula, ah, usah cakaplah. liuk-lentuk mereka menari-nari mengikut rentak angin sungguh membuai perasaan. ketawa lagi aku. terlupa sebentar sang mentari yang mula menampakkan diri dibelakang. ya, waktu itu aku membelakangkan sang matahari. patutnya, ketika itu semua orang teruja melihat secara langsung sang matahari yang perlahan-lahan menampakkan diri, yang mana pada mulanya menjadi fokus utama aku hadir disitu awal-awal pagi lagi. tapi waktu itu, aku sudah leka dengan angin. haha. aku rasa, matahari cemburu benar waktu itu. maka aku, berpusinglah, mengadap matahari.

bermain dengan alam, sungguh menggembirakan. aku bisa leka berjam-jam di situ. dan memang aku mahu terus di situ.  semua ada di situ, apa lagi yang tiada? lihatlah, pengajaran langsung daripada Allah yang Esa. kau, tidak akan jemu. persoalan, penghargaan akan nikmat Allah tidak akan surut dari minda. bersyukur, kau bisa melihat semua itu. semua. SEMUA.

dan oh, untuk tidak terlupa, di saat hati terasa berat benar mahu pergi, pelangi..muncul. tiba-tiba. haha. kejam sungguh. sengaja kamu ya, betul-betul buat aku tidak mahu pergi. lalu, duduk lagi aku di situ, bermain-main lagi dengan angin, sambil melihat pelangi dari kejauhan. sampai akhirnya aku terpaksa juga turun, apabila ditegur. hujan mungkin akan turun. lalu.. aku ucapkan selamat tinggal pada semua. pada angin yang nakal, matahari yang sentiasa setia di situ, walau selalunya aku tidak terhargaikan, lalang yang lemah gemalai, dan pelangi yang sungguh baik. alam..tidak akan buat kau kecewa. semuanya, hadir di situ, meraikan kehadiran kau di situ, dan menyampaikan kasih Allah kepada kau.

bermain dengan alam walau untuk beberapa minit, ketika itu, sungguh..terapi yang bisa aku ulang tayang dalam minda. bisa aku panggil bila-bila masa aku mahu.

dan broga, aku akan datang lagi. tunggu..ya?

Jumaat, 5 November 2010

"Assalamualaikum.."
sejenak, suara yang tidak berapa jelas pada telinganya dibiar berlalu pergi. suasana sunyi saja ketika itu, hampir-hampir tiada kedengaran apa-apa bunyi pun, melainkan degup jantungnya dan desir angin dingin yang membawa pengenalan identiti tetamu yang tidak diundang itu.

"apa khabar ya saudari?..macam mana hidup sekarang?.."
lembut saja tutur kata itu. tutur kata, tanpa suara. ya, mereka berbicara secara suara hati. tapi dia, tidak menjawab. soalan itu dirasakannya hanyalah sekadar berbasa-basi, sebelum si tetamu menjurus kepada topik tujuan kedatangannya awal dinihari itu.

duduknya membelakangkan jasad tidak berjisim serba putih itu, yang mana mata hatinya yang dapat melihat walaupun tidak menoleh. tidak, dia tidak cukup kuat untuk menoleh. macam ni, jadilah. gerak lakunya serba kaku, serba tidak kena. pergerakan diminimumkan. bersedia, mendengar hujah-hujah si tetamu. mendengar, teguran-teguran demi membawanya kembali ke hakikat penciptaan diri di bumi Allah ini. 

dalam kerlipan mata, tiba-tiba jasad serba putih tidak berjisim itu sudah mampir dibelakangnya. hampir, sangat hampir. 

"kita datang kali ini sebab kita lihat sudah banyak sangat yang saudari tersasar.."

serentak dengan habisnya bisikan halus itu, dia..pengsan.