hari apakah hari ni?
oh, ahadddd.
eh, isnin lahh.
heh.cny atau bukan cny. holiday means nothing to me; boring, boring, boring.
get a life lahh nini tch.
*
sejuk, menggigit hingga ke tulang sum sum. perlahan, maria mengerekot dalam selimut kesayangannya. rasa kecil benar selimut itu, ya, memang kecil pun sebenarnya. tapi maria sanggup, daripada dia kalut tak boleh tidur. hujan lagi di luar, tak berhenti-henti sejak kelmarin. macam masih awal lagi pagi ini pada maria jadi, dia sambung tidur. berniat untuk sambung, mimpi tadi..
*
"hai, welcome back." spontan, maria terlompat sedikit. terkejut dengan sapaan kering dari belakangnya. perlahan, dia memanggung kepala.
"er..hai."
"jom?" sambil menghulurkan tangan, dan senyum manis.
maria lihat tangan itu dan senyuman itu silih berganti. mahu pergi mana pula? sepintas lalu maria lihat kiri kanannya; tiada apa-apa, cuma padang hijau seluas mata memandang. dengan angin sejuk yang bertiup sekali-sekala. maria sembunyikan tangan dalam peluk tubuh. sejuk.
"tak nak?" pendek, mamat di hadapannya ini bertanya. muka yang ceria, jelas, dia merancangkan sesuatu yang mungkin seronok. dari sinar matanya yang redup, maria seolah terpukau dengan mamat ini. perlahan, tanpa dorongan paksa, maria menyambut huluran tangan mamat itu.
senyum.
"mari, aku mahu tunjukkan sesuatu."
lantas tangan kiri mamat itu beraksi seolah-olah membuka hijab ke suatu tempat yang lain. tempat yang penuh dengan warna-warni. tempat yang penuh dengan tenaga positif. tempat yang..ah, payah hendak diceritakan dengan kata-kata sahaja.
setapak demi setapak, maria makin melangkah ke arah dunia yang tidak pernah muncul dalam mana-mana imaginasinya sebelum ini.
dan makin meninggalkan realiti di belakangnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.