pagi sabtu.
maria bangkit dengan sinar mentari yang terang menyuluh menembusi jendela biliknya. digosok-gosok perlahan matanya, sambil mencari kekuatan mahu bangun. dicapai telefon di atas meja sisi. diperiksanya kalau-kalau ada mesej atau missed call; tiada. maria mengeluh. hiba terus hatinya. rasa sunyi terus. sayu.
ditolaknya perlahan selimut kesayangannya; selimut yang akan dibawanya ke mana-mana pun dia pergi. sejenak, dia memandang sahaja selimut hijau yang berkusutan di kakinya. sebak. pedih sungguh hatinya. sampai bila mahu begini.
dipaksa dirinya melangkah ke jendela biliknya. membuka bilah tingkap satu demi satu. lantas, berdiri di situ. melemparkan pandangan ke fajar sadik. lama. jingga langit yang bermain dengan kelabu awan seakan membantu memberikan warna pada hatiya kala itu. cinta Allah tidak putus untuknya. saat dia begini, makin dalam insafnya yang hilang tatkala dia gembira dengan hidup. tatkala dia gembira dengan ombak dunia. tatkala dia.. argh. hembusan nafas kasar mengiringi butir air mata yang mengalir spontan saat dia rasa kerdil benar.
sepi subuh mencengkam hatinya. permulaan pagi yang tidaklah berapa baik. maria makin tidak terasa pijakan kakinya. dibawa lemah badannya ke atas katil; lalu rebah.
nyanyian sepi subuh sabtu meramas-ramas hatinya kasar. memicit-micit garang; memaksa matanya memerahkan pedih yang suka dipadamkan sebelum ini. duka yang suka dicatkan dengan tawa hipokrit sebelum ini.
air mata maria sungguh murah subuh sabtu ini.
sepi subuh makin menyanyi nyaring, berlawanan sengit dengan ngongoian sebak,pilu hatinya.
what a saturday morning.
selamat pagi, dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.