Ahad, 6 Februari 2011

Moonlight Sonata.

jadi saya di sini, menyedut udara shah alam sekali lagi. untuk kesekian kalinya. hari ini penuh adventure bagi saya. uluyam-kualakububharu-uluyam-shahalam-banting-shahalam, akhirnya saya di sini. senja di kfc, berhalwakan bunyi-bunyian enjin motokar dan segala, saya suap nasi suapan demi suapan dengan memanggil segala nostalgia yang ada; tipikal saya. dalam bisu, saya sampaikan energi lemah tanpa saya sendiri sedari, dan mempengaruhi energi yang lainnya juga, mereka..jadi sedih. suram saja jadinya. lantas dengan sedikit usaha, saya cuba, cuba, sapukan dengan aura gembira yang masih bersisa. mereka harus lihat saya senyum, bukan begini. journey mereka harus diteruskan lagi selepas ini, tidak macam saya; sudah selamat sampai.

dan saya di sini lagi, memerah daya dengan langkah yang tidak seberapa- mencuba mencari makna, atau cuba mencari semangat? energi negatif bukanlah yang sepatutnya saya ada untuk memulakan hari-hari seterusnya. tipikal saya, cuba mencari petunjuk, atau mungkin arah, atau mungkin apa-apa sajalah namanya; untuk membentuk energi saya selepas ini, untuk membentuk tetapan minda saya, dan memijak ke trek yang betul; dengan berbicara dengan hati sendiri, atau mungkin berbicara dengan apa-apa saja entiti yang boleh berkomunikasi dengan saya. apa saja.

jadi journey saya awal tadi membawa jasad saya untuk mengembara ke banyak tempat, melihat ramai orang, melihat banyak kereta, motor, basikal dsb. dan juga mendengar banyak lagu. banyak, lagu. dari 40an, ke 70an, hinggalah ke disco-type music, atau apa-apa sajalah nama yang diberi, lantas menyeret minda saya, tenaga saya, untuk menyedut nostalgia yang ada. muzik, sememangnya mewujudkan tenaga yang tidak kita ternampakkan. dan saya sendiri suka menukar-nukar siaran mengikut kehendak saya, dimana, menyeret/memaksa aura yang wujud bertukar-tukar dengan drastik- ya, itu saya. 

jadi saya begitu. masih, begini. sungguh, hari ini hari bermakna. kerana selalunya hari-hari saya kusam, kosong. semacam tiada pengisian, lantas, Tuhan hadirkan sekalisekala petanda yang jelas di depan mata, sekadar untuk mengingatkan saya kembali, atau mungkin menjelaskan apa yang sudah ada depan mata, atau mungkin memberikan 'warna' kepadanya agar saya bisa nampak, dengan penuh sedar dan faham.manusia itu memang sifatnya pelupa. akan lupa. akan alpa- itu saya juga. ya iya, kita semua manusia, kan? bila hidup saya begini, sekurang-kurangnya, saya nampak butir-butir halus makna hidup. butir-butir halus pengajaran Dia. butir-butir halus kehadiran Dia dalam setiap apa-apa saja yang ada di muka bumi ini. dan di dunia lain. segalanya. ia mengajar saya, erti syukur.  terhadap sekecil-kecil nikmat.

jadi saya masih menaip. sebentar tadi saya cuma mencari alasan untuk tidak membuang masa di atas katil dan terkebil-kebil atau terpusing-pusing mencari posisi selesa, untuk akhirnya lari lagi ke alam mimpi. sungguh, mengarut. alam mimpi itu apa saja, 'siapa' saja yang mewujudkan/menghidupkan jalan ceritanya. tapi juga, ia satu lagi jenis journey yang saya suka. saya harap saya boleh belajar ilmu melangkah ke mimpi orang. bukan saya takut, atau mengalah, tapi ya iya, adakalanya saya 'tidur' dan 'bermimpi'. 'berjalan' untuk mencari sesuatu yang tertinggal di belakang, atau mungkin mengejar apa yang ada di depan, lantas temui jawapan dalam semua dejavu yang bila-bila saja boleh datang. dan kadang-kadang, saya memaksa diri untuk mengingati apa dejavu yang seterusnya, agar saya tahu hala tuju saya di masa hadapan. perkara seperti- masihkah saya begini, atau masihkah teman saya bersama sama, atau berlakukah sesuatu yang saya paling tidak mahu dsb. tapi ya iya, perkara seperti itu wajib kita hadirkan kepercayaan kita dengan qada' dan qadar, dan hakikat bahawa kita dilarang sama sekali menilik masa depan kita dan kita sama sekali tidak boleh. tidak.

oh. jadi saya masih lagi menaip. hakikatnya saya letih benar. terlalu banyak untuk satu hari. termasuk apa yang berlaku selepas 00:00hours. ini namanya paksa diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.