..everybody needs an inspiration
everybody needs a song..
a beautiful melody when the night's so long
'cause there is no guarantee that this life is easy..
hari yang sunyi. hari yang sepi. hanya meneruskan saja lagi rutin yang sama, dengan rasa yang sama, dengan tingkah yang sama. tidak saya gagal untuk menjadi saya; apa yang saya mungkin percaya siapa ialah saya. atau, saya ialah siapa.
watever.
melihat miley cyrus berlakon dalam The Last Song, saya, mulanya jadi malas mahu lanjutkan masa ( atau, buang masa ) tengok dia. hilang mood. bukan, bukan. saya bukan anti dia, cuma.. mungkin sekadar rebel kerana dia..becoming the second britney spears. gah, watever. tapi, malas juga mahu pilih-pilih cerita lain jadi..yeah. saya teruskan tengok.
dan saya, boleh kata..nangis. heh.
bukan sebab miley, tapi daddy dia.
..he died. because of cancer.
and yeah, hal mak ayah ni memang sensitip.
saya boleh rebel dengan diri sendiri, tipu diri sendiri, lari; which, jadi penakut, eskep, but one thing that i, cannot lie much is, how much i love them and how significant they are, in my life. it means a world to have them, alive, healthy. ifo my eyes.
well.
saya..biasa lari dari macam-macam benda. saya tak berani pun nak berperasaan. membesar untuk merasa macam-macam perasaan, macam-macam tekanan, satu cara yang saya terjumpakan untuk kuatkan diri, kuatkan hati, kuatkan kaki; kosongkan hati.
jangan rasa apa-apa. jangan fikir apa-apa.
pedulikan semuanya.
saya akan okey. semua akan okey. jangan risau.
mimpi ngeri ni akan berakhir jugak. lama-lama kau akan bangun and semua jadi normal balik.
well.
memang semua jadi normal balik. sementara menunggu masa jadi tak normal balik.
saya dah terbiasa.
jadi saya dah terbiasa jadi manusia yang sentiasa menafikan apa saya rasa. tak pedulikan apa hati saya mahu. tak pedulikan semuanya; semua benda.
fitrahnya, saya mahu..gembira. mahu juga, berkasih sayang. heh.
tapi bila datang peluang, saya akan terus jadi saya jugak; being ignorance. dan..mestilah, orang yang sayang saya/saya sayang akan terluka. no?
kerana satu-satunya cara untuk saya tidak lembik,
ialah padam apa saya rasa.
..and do nothing.
cuma terus yakinkan diri,
"saya akan okey. semua akan okey. jangan risau."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.