Khamis, 27 Januari 2011

3 pagi

"hai." pendek. kering. tak berperisa.
"hai." 
"buat apa?"
"tak ada buat apa-apa"
"kenapa duduk diam kat sini?..dalam gelap pulak"
"..saja"
"kenapa ni.."
"..."
"kau tau aku ada kat sini..kan?"
"tak."

mengeluh. lantas mengibas-ngibas punggung lalu duduk. kini berdua sudah di situ, duduk peluk lutut, mengadap bulan. mengadap kelip-kelip lampu Menara KL. kelip - kelip lampu KLCC. 

sunyi. sepi. kaku.
sesaat dua, tiga empat saat. lima. enam. tujuh..lapan..

"hey, kau tahu ta- "
"tak." laju saja memintas.
"um, well.. aku mimpi kau tadi"
"..oh"
"..."

lalu sepi mencelah lagi antara kedua mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.